TERKEDIP-kedip mata Zayeed memandang bapanya yang elok sahaja mencekak pinggang di ruangan pejabatnya ketika ini.Sedari tadi Dato Zarif berdiri dihadapannya tanpa bicara. Helaan nafas dilepaskan.
Diperbetulkan kedudukannya sambil mengemaskan sedikit coat di bajunya.
"Yes daddy? Kenapa tengok Zayeed macam tu? Rindu Zayeed ke?"
Dato Zarif mengeluh. Ditarik kerusi lalu dia menghenyak punggung dihadapan Zayeed. Zayeed masih menanti apa yang bakal dibicarakan oleh bapanya.
"Mummy you bising lagi tentang you. And perkara itu perkara yang sama. Hampir pekak telinga i dengar leteran dia tau?"
Zayeed mendengus. Dipicit batang hidungnya kejap.
"Apa lagi ni? Dah bertahun-tahun dah perkara ni berlaku. Takkan la mummy still tak boleh terima Marsha bekerja di rumah Zayeed?"
"Itu yang daddy sakit kepala tu.. mummy you tak habis-habis bertemu geng datin dia, lepas tu asyik tanya mereka sama ada mereka mempunyai anak perempuan bujang tak. Nampak sangat mummy you nak kenenkan you dengan anak kawan-kawan dia."
Zayeed berdecit. "I taknak. I taknak sesiapa. Faham?"
Dato Zarif menjeling. "Kenapa? Sebab Marsha?"
Zayeed berdecit. "Takde kena mengena dengan dia."
"Habis tu? Apa alasannya lagi? Umur you dah mencecah 36 tahun tau? Takkan la you taknak berkeluarga? Bila difikirkan balik, bagus juga mummy you buat macam tu. Mana la tahu, tahun ni i makan nasi minyak you kan?"
Zayeed menjeling bapanya. "I don't want it. I taknak berkahwin lagi."
Dato Zarif mengeluh. "Kenapa? Cuba bagi alasan pada daddy.. daddy dah penat pertahankan you depan mummy you tau?"
Zayeed menolak isian pipinya dengan lidah. "First of all, i nak tanya something. Kenapa mummy beria sangat cari perempuan untuk i? Takkan la sebab i bujang terlajak kot?"
Dato Zarif gelak. Disandarkan badan ke kerusi itu. "Takkan tak faham kot? Mummy you sedang cuba jaga jarak you dengan Marsha. Kalau dia kahwinkan you dengan anak kawan dia, dia takkan bimbangkan you lagi. Bagi dia, Marsha sedang goda you sekarang."
Zayeed gelak sinis. "What? Goda i? Marsha langsung tak goda i tahu? Dia hanya buat kerja dia sebagai pembantu rumah i je.."
Dato Zarif menjungkit bahu. "I don't know. I tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tapi apa yang mummy you buat tu betul.. i pun taknak Marsha goda you. I taknak menantu dari golongan yang tiada apa-apa seperti Marsha."
Berkerut dahi Zayeed mendengar itu.
"Really daddy? You sendiri yang ajar i agar tak pandang rendah pada orang lain. But now? You rendahkan martabat Marsha pula ke?"
Dato Zarif menggeleng. "No, i'm not. I cuba nak beritahu you bahawa Marsha bukan dari golongan kita. Jadi, jangan sesekali you terfikir untuk buat dia jadi isteri you."
Zayeed mendengus. Diraup kasar wajahnya.
"It's nonsense. Berkahwin dengan sesiapa pun, itu hak i. I yang nak hidup dengan seseorang tu. Kenapa i kena ikut cakap orang lain pula sedangkan ini kehidupan i?"Dato Zarif mengecilkan mata memandang si anak.
"Cara you bercakap ni seumpama you nak jadikan Marsha sebagai isteri pula. Sebab tu you pertahankan dia, am i right?"Zayeed gelak. Namun lebih kepada sinis.
"No, i'm not. I cuma jaga maruah pekerja i. Dia dibawah tanggungjawab i. Sememangnya i akan marah sesiapa sahaja yang merendahkan martabat dia.."Dato Zarif menggeleng. "You dah berubah selepas bertemu perempuan tu, Zayeed."
"Really? Celah mana i berubah? I tak pernah berubah. I masih diri i. I cuma menegakkan kebenaran sahaja. Salah ke i pertahankan orang yang i kenal? 4 tahun daddy.. 4 tahun i kenal Marsha..
...dia langsung tak buat apa-apa masalah pada i. Goda i? Jauh sekali. Kalau dia goda i, dah lama dah i dukung anak sekarang disebabkan godaan dia."
"Zayeed Affan! What are you talking about?!" Marah Dato Zarif dengan dahi berkerut.
Zayeed menjungkit bahu. "I knew you faham maksud tersirat i kan? You tengok la sekarang, ada ke i kendong anak? Takde kan? It's mean, we're not doing anything indecent sepanjang kami berduaan di rumah itu. So, bersihkan fikiran you daddy. I tak suka cara you berfikir."
Dato Zarif gelak sinis. "Really? Sekarang you boleh la berkata begitu. Kalau you rasa nak ngap seseorang, i yakin you akan jadikan Marsha sebagai makanan you. Sebab hanya dia sahaja santapan you sekarang."
Zayeed bangun dari duduknya. Dimasukkan kedua tangan ke dalam poket dengan senyuman sinis.
"Oh ya? Yakinnya you? You berada di tempai i ke?" Dato Zarif menolak isian pipinya dengan lidah mendengar itu. Dia bangun dari duduknya lalu mencerlung anaknya.
"Sanggup you bergaduh dengan bapa you sendiri hanya kerana perempuan luar macam tu?"
Zayeed menggeleng. "Nope. Perbetulkan ayat you tu. I cuma menegakkan kebenaran dari seseorang yang memfitnah i. Itu sahaja. I tak kisah you family i or not, tapi bila melibatkan maruah, i akan usaha habis-habisan untuk menjaga nama baik i."
Dato Zarif mendengus. Ditolak kasar kerusi itu sebelum dia melangkah keluar dari bilik pejabat anaknya. Sempat dia menjeling Zayeed sebelum dia keluar dari bilik itu.
Zayeed mengeluh. Dipicit batang hidungnya dengan mata terpejam. Digeleng kejap kepalanya.
"Sakit kepala betul.." gumamnya perlahan. Ditekan interkom biliknya.
'Ya tuan?'
"Postponed meeting i petang ni. I nak balik, kepala i macam nak pecah."
'Baik, tuan.'
Zayeed menutup interkom lalu diambil coat serta beg bimbitnya.
Nak balik. Atleast ada orang yang boleh melembutkan hatinya di rumah..
Eh? Jangan macam-macam abe😌
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...