SETAHUN sudah berlalu namun Hayyan masih lagi teringat akan bekas isterinya itu.Tipu la jika dia mudah melupakan Serena begitu sahaja kerana dia masih lagi mencintai wanita itu.
Hayyan mengeluh perlahan. Diteguk air kopi panasnya di restoran. Dia ada berjanji dengan rakannya untuk datang berborak namun batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Sudahlah dia tidak selesa bersendirian di restoran itu tatkala ramai gadis yang sedang senyum padanya.
Podah! Aku taknak jatuh cinta dengan sesiapa! Penat!
Rintih Hayyan dalam hati.
"Ayang, sorry-sorry aku lambat. Jem tanpa roti. Kereta tanpa sayap." Hayyan menjeling lelaki yang sedang duduk dihadapannya dengan sengihan.
"Sekali lagi kau panggil aku macam tu, aku sumpah aku beritahu bapak kau yang kau gay."
Naeem tergelak mendengar ugutan rakannya. Naeem merupakan kawan baik Hayyan. Walaupun Hayyan lebih tua 4 tahun darinya, namun dia selesa bergaul dengan lelaki itu.
"By the way, dari jauh aku nampak kau mengelamun. Asal? Masih terfikir perempuan tak guna tu ke?"
Hayyan berdecit. "Dia ada nama."
Naeem menjulingkan mata. "Fine. Masih teringat si siren tu ke?" Hayyan tergelak mendengar itu.
"Asal kau tak panggil mereng terus?" Naeem gelak. "Choii nanti kau marah pula aku mengutuk bekas isteri intan payung kau tu.."
Hayyan menjulingkan mata mendengar itu.
"Dahlah Hayyan. Dah setahun dah kau berpisah dengan dia. Dia pun macam tak cari kau. Nampak sangat dia bahagia dengan kehidupan dia. Kau? Dia campak terus."
Hayyan menghela nafas perlahan. Diraup kasar wajahnya.
"Entahlah Naeem. Kau tak faham. Aku ni cinta mati kot pada dia. Malah, sekarang pun aku masih cintakan dia tau?"
Naeem senyum senget. "Kalau macam tu, buatlah cinta hidup. Konfirm cinta akan berlari-lari menjauh dari si siren tak guna tu."
Hayyan tergelak. Naeem sememangnya suka membuat lawak hambar. Tapi yang anehnya, Hayyan sentiasa gelak.
Entah celah mana lawaknya tu..
"Aku jumpa kau kejap je tau. Sebab nanti aku nak pickup adik aku dekat kafe pula. Menyusahkan betul la dia tu. Orang suruh ambil lesen kereta tu taknak.."
Hayyan menggeleng. "Si cenonet nakal tu ke?" Naeem menjeling. "Siapa lagi adik aku selain si cenonet nakal kau tu?"
Hayyan senyum sahaja. Dia amat kenal ahli keluarga Naeem. Ibubapa Naeem pun sudah mengenalinya. Mereka sangat rapat kerana Naeem tu mulut becok.
Dia menceritakan semua tentang Hayyan kepada ahli keluarganya. Sakit kepala Hayyan dibuatnya.
Naeem senyum senget melihat Hayyan. "Kau rindu Nawra eh? Atau.. kau rindu Nadzir? Yang mana?"
Hayyan berdecit. Nadzir merupakan musuh ketatnya di zaman sekolah serta kolej dulu. Umur mereka sama iaitu 30 tahun.
Mereka seringkali bergaduh kerana mereka berdua diantara jejaka paling terhangat di pasaran waktu dulu.
Untuk memperoleh kemenangan di hati perempuan, mereka berdua belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh tempat pertama.
Namun keputusan mereka sangat sengit sehingga kedua-dua mereka memperoleh nombor satu dalam bidang akademik.
Bukan itu sahaja, mereka juga bergaduh dalam bidang sukan. Masing-masing ingin menunjuk hebat di khalayak umum.
Tapi pada akhirnya, kedua-duanya seri dalam permainan. Tenaga serta kecerdasan mereka adalah di tahap yang sama.
Agak sukar untuk mereka mengenalpasti siapakah pemenang di hati gadis-gadis.
Sehingga sekarang mereka masih bermusuh. Jika bertemu mata, pasti mereka akan menjeling satu sama lain.
"Tak payah sebut nama dia. Menyampah aku." Hayyan menyedut airnya setelah mengatakan itu. Naeem ketawa mendengar intonasi suara Hayyan seumpama malas melayannya.
Naeem menyeluk telefon ke dalam poket tatkala telefonnya sudah bergetar.
"Weh, aku pergi dulu tau. Aku salah tekan silent. Tak pasal-pasal aku tak dengar si Nawra ni mesej aku. Aku gerak lu. Bye!"
Naeem menepuk kejap bahu Hayyan sebelum dia meninggalkan Hayyan bersendirian. Hayyan hanya mengangguk sahaja.
Nafas dihela perlahan. Mata melilau sekeliling. Hayyan mengeluh lagi.
Kebanyakan orang sekelilingnya sedang berjalan dengan pasangan sambil memegang tangan..
Sedangkan dia? Hanya bersendirian sahaja di restoran terkemuka ini..
Kekayaan.. tidak akan membahagiakan jika tiada cinta..
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...