IZZUL - PROLOG

2K 76 2
                                    




BANGGG!

Bergema ruangan mansion itu dengan tembakan peluru disertakan suara menjerit seseorang yang menandakan dia sedang dalam kesakitan setelah ditembak oleh seseorang.

Pelipisnya mula berpeluh ketika ini. Tangan memegang kakinya yang telah dipenuhi darah. Berdesis dia dibuatnya ketika ini. Dia cuba menyusun nafas walaupun nafasnya seumpama sudah kehabisan.

Kesakitan kali ini sangat luar biasa walaupun peluru itu menusuk ke kakinya yang bermakna tembakan itu tidak mengundang maut.

"Kau nak lari mana, hm? Beritahu aku.. mudah aku nak escort kau." Ujar satu suara sinis yang sedang melangkah ke arah lelaki tadi dengan langkah gah.

Lelaki tadi menjeling jejaka yang berpakaian serba  hitam itu dengan cerlungan tajam. Dia mengetap bibir menahan kesakitan yang dialaminya. Kakinya hampir lemah longlai namun dia pertahankan dirinya agar dirinya tidak dipandang lemah oleh ketua penjenayah dihadapannya ini.

"Lepaskan aku lah Izzul! Kau dah lama kurung aku dalam sangkar kau! Apa lagi yang kau nak ni?!" Marahnya dengan cerlungan.

Lelaki yang bernama Izzul itu senyum senget mendengar itu. Dia menjungkit kening.

"Aik? Tak best ke menginap dalam kurungan aku? Aku dah bagi makan.. dah bagi tempat tidur.. apa lagi yang tak cukup ni, hm?"

Lelaki muda itu mendengus. Dia masih lagi berdiri walaupun dia sudah lemah. Izzul yang memandang reaksi lelaki tadi menjungkit kening lalu memutarkan biji matanya.

"Duduk la.. apa yang nak malu sangat." Izzul terus menendang pelipat lutut lelaki tadi. Automatik lelaki tadi duduk melutut dihadapan Izzul.

Pekerja Izzul senyum senget melihat itu manakala Izzul berpeluk tubuh sambil menunduk memandang lelaki tadi.

Lelaki tadi mencerlung Izzul. "Ini bukan penginapan. Tapi penyiksaan! Aku tak sanggup lagi jadi hamba kau Izzul!"

Tergelak Izzul mendengar itu. "Wait what? Hamba? Ada aku suruh kau buat kerja rumah? Menyapu? Membersihkan tandas? Ada?"

Lelaki tadi mengetap bibir mendengar soalan sinis dari Izzul. Izzul menggeleng. Dia duduk mencangkung dihadapan lelaki tadi lalu mendongakkan dagu lelaki muda itu.

"Tak kan? Aku tak pernah suruh kau buat semua itu. Aku hanya suruh kau duduk diam-diam je dalam sangkar yang aku sediakan. Lebih baik kau duduk dengan aku daripada merempat dalam penjara kan?" Bisik Izzul dengan senyuman.

Lelaki tadi meludah darah ke atas lantai. Dia mencerlung Izzul. "Lebih baik aku duduk dalam penjara berbanding terperangkap dalam sangkar kau la setan! Kau selalu dera aku! Lepas tu kau panggil nurse untuk rawat aku! Eh Izzul! Lebih baik kau bunuh je aku! Puas hati kau kan?!"

Jeritan lelaki itu mula bergema sehingga para pekerja Izzul berdecit mendengar itu. Izzul menggeleng.

"Kau silap tafsir.. aku sukakan darah, bukan nyawa. Kerja aku adalah menyiksa iblis seperti kau. Siapa suruh kau buat onar diluar sana? Hm? Elok-elok je kau hidup bebas di luar sana, tapi kau cari pasal sentuh anak dara dato. Dan dato itu adalah kawan aku. Aku takkan benarkan mana-mana lelaki merosakkan anak dara orang sesuka hati."

Lelaki tadi mengeluh. Benar, itulah punca mengapa Izzul mengurungnya disini. Hampir 3 bulan dia dikurung. Izzul sentiasa menderanya setiap masa, namun lelaki itu akan menyuruh doktor merawat semula. Izzul juga beri makan kepadanya.

Tujuan Izzul hanya satu. Ingin menyiksa sesiapa yang mencari pasal dengannya serta orang terdekatnya.

Izzul senyum senget. "Kau patut bersyukur, aku tak potong bahagian berharga lelaki pada kau. Kalau aku potong, alamatnya tak ada keturunan la kau nanti. Nak?"

Lelaki tadi mencerlung Izzul namun Izzul hanya senyum. Izzul mengangguk.

"Liam! Bagi pisau pada aku!" Terbeliak mata lelaki tadi mendengar itu. Dia menggeleng laju.

"Jangan Izzul.. aku taknak.." rayunya pada Izzul. Izzul menjungkit kening.

"Taknak? Kenapa? Apa gunanya benda tu ada kalau kau sesuka hati je merosakkan anak dara orang? Berdosa tau berdosa?" Tanya Izzul dengan senyuman.

Lelaki itu mengeluh. "Baik, aku janji aku takkan lari lagi. Kau sumbatlah aku dalam penjara kau.. asalkan kau.. tak potong barang aku." Lelaki tadi menutup bawah perutnya dengan tangan kanan.

Izzul tergelak mendengar itu. Dia mengangguk lalu bangun dari duduknya. Digosok tangan menghilangkan debu.

"Good. Kalau aku dapat tahu kau cuba melarikan diri lagi dari aku, aku cincang kau."

Lelaki itu meneguk liur lalu mengangguk. Izzul mengarah anak buahnya untuk mengangkat lelaki tadi ke ruangan perawatan.

Izzul senyum. Diambil rokok lalu dihidupkan api. Dia duduk diatas sofa lalu menyilangkan kaki kanan ke kaki kiri. Berkepul asap keluar dari mulutnya.

"Nak lawan aku konon.. ni Izzul Farizqi la.. tiada sesiapa mampu lawan penjenayah seperti aku."

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now