Bab 1

179 7 1
                                    

BERITA yang dia terima cukup menghentam jiwa, begitu ampuh untuk membuat dirinya jatuh tersungkur. Telefon yang dia tekap di telinga itu menghempas ke lantai, lututnya juga turut mengikut rentak. Mata mula berpinar dan degupan jantungnya kian mendadak laju. Mencari arah dan kekuatan yang mustahil untuk dia dapatkan.

"Sakinah...,"

Dia ulang sebaris nama itu berkali-kali, semakin lama semakin kuat sampai menjerit sendiri. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang tersaji oleh tuhan kepadanya.

Lelaki itu cuba bangkit, mendapatkan kunci motosikalnya di atas meja. Dengan langkah yang hiba, dia mengatur untuk menuju ke satu destinasi.

Pembawaannya agak berbahaya, hampir semua lampu merah dia langgar untuk tiba di destinasi secepat mungkin.  Sampai sahaja di HKL, mata lelaki itu sudah dapat menangkap beberapa orang terdekat yang dia kenali.

Seorang lelaki yang turut berada di dalam keramaian ahli keluarga yang sedang menangis itu memandang Edzril Shah dengan mata yang merah. Kaki berat mengatur rentak untuk menuju ke arah itu.

"Please..., please." kalimat itu meniti di bibir Edzril Shah. Meminta sebuah keajaiban walaupun telinga sudah mendengar sendiri berita yang mustahil untuk merintih sebuah harapan.

Aizat mencebik sedih lalu menggeleng. Dia tahu melalui raut wajah rakannya itu, Edzril Shah sudah hancur. Malahan tidak gentar menitiskan air mata, meluahkan rasa di khalayak ramai.  "Rell, sorry...."

Dada Edzril Shah sekali lagi dibantai dengan rasa sakit. Sudahlah matanya membengkak menangis ketika menunggang tadi. Dan kini, semakin lebat air matanya turun ke lekuk pipi. Sungguh dia tidak kuat, kudratnya hilang sepenuhnya.

"Sakinah..., Sakinah...." sekali lagi nama itu diulang oleh Edzril Shah dalam tangisan yang semakin hiba.

"Aku minta maaf Rell, dia dah tak ada. Memang teruk keadaan dia." tangisan Aizat juga memecah keadaan. Laju dia mendakap  untuk menenangkan Edzril Shah.

Lelaki itu mengusap-usap belakang Edzril Shah sambil berbisik sebuah kekuatan. Dapat Aizat dengar tangisan Edzril Shah yang memecah suasana sekeliling. Tidak pernah dia melihat Edzril Shah menangis, tetapi kali ini, jiwa lelaki itu dirobek sepenuhnya.

"Semua salah aku...."

Beberapa tahun kemudian....

SELEPAS berhempas-pulas menanda buku latihan, menyemak kerja sekolah dan membuat laporan. Cikgu Edzril Shah mula menyandarkan di kerusi. Lelaki itu mula menenangkan diri seketika dan merehatkan minda, melepaskan kepenatan. Walaupun angin yang dingin menyerbu diri, tetap tidak cukup untuk melegakan lelaki itu, kerana yang penat ialah mindanya, bukan sekadar tubuh badan sahaja.

Memang menjadi seorang guru ialah impiannya. Tetapi dia akui yang kerja ini melelahkan, sampai satu tahap membuatkan dirinya 'burn out' dan hampir gila dengan tekanan kerja.

Mana tidaknya, Isnin sampai Jumaat mengajar, Sabtu dan Ahad juga ada kelas tambahan, cuti perlu menanda kertas dan menyemak buku latihan. Pendek kata, kerjaya seorang guru memang memerlukan seseorang itu menyerahkan jiwa dan raga sepenuhnya....

Walaupun Cikgu Edzril Shah sangat sayang akan kerjayanya tetapi kadang-kala dia akui yang kelelahannya mampu membuatkan dia hilang semangat lalu hampir berputus asa.

Sempat dia menjeling bingkai yang berisi gambar dia bersama seorang wanita sedang tersenyum gembira itu. Lalu dia mendapatkan gambar tadi dan menatap lama, mengusap-usap gambar wajah wanita tadi. Senyuman sumbing bergaris di pipi.

I miss you sayang....

Usai meletakkan semula bingkai gambar tadi. Lelaki itu menguak rambutnya sekejap, membuka sedikit butang baju sehingga ke paras dada lalu menggeliat sepuasnya. Setelah dia rasakan agak lama merehatkan diri. Cikgu Edzril Shah kembali menyiapkan tugasannya.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang