EDZRIL SHAH menanda beberapa kertas soalan sejarah di dalam kereta dengan ditemani oleh lampu di dalam kereta yang memancar. Di ikutkan masih banyak lagi kerja lain yang patut dia selesaikan, tetapi ada perkara yang lebih penting dia harus selamatkan dari pekerjaannya.
Sejak dua tiga bulan ini, prestasi kerjayanya semakin merosot sebagai seorang guru. Banyak kelas tambahan terpaksa dia batalkan di atas urusan lain. Mesyuarat juga jarang dia hadiri, apatah lagi menyertai aktiviti penting seperti yang dulunya. Kerja-kerja di luar membuatkan dia lelah dan kadang-kala mula hilang tumpuan dalam mengajar.
Seakan mahu putus asa pun ada.
Pada malam ini, sekali lagi dia terpaksa membazir masa dan mengetepikan kerjayanya demi satu perkara. Dia menawarkan diri untuk mengikut Jasmine dalam menyertai trip bersama rakan wanita itu.
Walaupun dia tidak begitu mengenali mana rakan-rakan Jasmine, tetapi itu bukan masalah besar. Ada masalah lain yang lebih dahsyat yang bakal menimpa Jasmine jika dia tidak bersama wanita itu.
Telefon kedua Edzril Shah berdering. Lelaki itu menyelitkan pen merah di telinga lalu menjeling ke arah skrin telefon. Nombor itu di angkat dan loud speaker di aktifkan.
"Hello? Oh.... Its okay I can handle this alone.... Ala, ni side job aku. Kau monitor je yang lain tu dulu.... Hm.... Okay."
Talian dimatikan apabila mendengar ketukan dari tingkap. Dia memandang Jasmine di luar kereta.
Edzril Shah membuka lock pintunya, lalu melangkah keluar dari dalam kereta untuk membantu Jasmine menyimpan barang di dalam bonet kereta.
Apabila membuka pintu, Jasmine terpandang kertas yang bertimbun di atas kerusi di sebelah tempat duduk pemandu. Bersama dengan beberapa batang pen dan buku revisi. Adakah lelaki itu membuat kerja di dalam kereta sambil menunggunya?
Jasmine sempat mengintai interior Satria Neo tersebut. Peh kereta ni tiptop, dalamnya bukan kaleng-kaleng! Dengan lampu neon strip yang menghiasi.
Edzril Shah mula masuk ke dalam perut kereta lalu mengemas segala barang kerjanya. Meletakkan kesemua benda di dalam beg kerja dan di tempat duduk belakang. "Sorry, messy sikit."
"Kalau kau banyak kerja, kau tak payah ikut pun takpe Rell. Kesian pulak aku tengok kau." Jasmine menghela nafas berat, ada rasa serba salah yang menyerbu. Haih rambut messy pun handsome bukan main mamat ni.
Sebenarnya Jasmine pun tidak menyangka yang Edzril Shah sendiri volunteer mahu mengikutnya. Tetapi sudah alang-alang tuan badan yang menawarkan, kita sebat ajelah....
Usai segalanya teratur, Edzril Shah yang memberikan satu pandangan yang tajam kepada Jasmine yang duduk di sebelahnya.
Wanita itu sudah terdiam. Aku ada buat salah ke?
"Kenapa awak lambat?" tanya Edzril Shah, watak seorang gurunya keluar.
"Ala salah jalan la cikgu, biasa lah kalau balik tandas pun pusing-pusing dulu satu bangunan baru balik kelas. Lagipun baru lima minit. Garangnya." Jasmine memandang Edzril Shah dengan kurang senang. Pertama kali dia mendengar suara tegas lelaki itu.
Edzril Shah tersenyum menahan tawanya melihat lagak Jasmine. Kebiasaannya dia sangat menepati masa, adakalanya dia sampai ke tempat yang dijanjikan 15 atau 30 minit awal. Namun disebabkan lagak Jasmine sudah mencairkan hatinya, tidak jadi dia marah.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomantikEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
