JASMINE hanya memerhati suasana malam dan rakan-rakan yang berada di open kitchen itu dari jauh. Dia tidak ada keinginan untuk bercampur walaupun perut sudah berkeroncong minta diisi. Mahu tidak mahu, wanita itu terpaksa juga turun untuk mengalas perut.
Telefon Jasmine berbunyi secara tiba-tiba. Nama Mikhael tentera di skrin telefon. Aneh juga, kenapa lelaki itu menghubungi dia agaknya di waktu begini.
"Hello Jasmine." suara seorang lelaki bergema di hujung talian.
"Yes Encik Mikhael? Kenapa?" tanya Jasmine pelik.
"I'm really sorry I call you malam macam ni. I ingat you dah tidur. I cuma nak..., you datang kat Villa I. I nak you tengok apa yang patut sebab tengah under renovation kan. In case anything yang you rasa tak okay ke?" tanya Raden Mikhael.
"Oh, you nak I datang buat check-up ke? Company takde datang tengok?" tanya Jasmine. Pelik, sebab inspection ni bukan bahagian aku. Fishy.
"Ada, tapi yang deal dengan I only Zariff. I kalau boleh nak you yang tengok sebab design ni under you. Zariff ada kata yang you memang patut kena datang siang tadi. Tapi you minta pengecualian. You...., kat mana?"
"I ada short trip dengan kawan I. Nanti I follow up balik okay?"
"Tapi you kat mana? Mana tahu I boleh roger a few networking kat sana untuk serve you for free ke kan?" senyum Raden Mikhael dari hujung talian.
Jasmine menggeleng, mengabaikan persoalan itu. Buat apa Mikhael perlu tahu? "Saya ada benda nak buat ni. Saya minta diri dulu ya."
Raden Mikhael mengangguk kecil. Nampaknya bukan mudah untuk Jasmine memberi tahu di mana wanita itu berada. "Orite dear, sweet dream. Sorry tau sebab I kacau you waktu macam ni."
"Its okay, goodnight." Jasmine mematikan talian. Setibanya di open kitchen, Jasmine hanya mengabaikan sahaja Edzril Shah yang sedang sakan bersembang dengan Raissa dan yang lain itu.
Dalam diam, ekoran mata Edzril Shah mula menancap ke arah Jasmine. Wanita genit itu comel dengan memakai satin casual pyjamas yang dilipat sedikit di bahagian kaki supaya tidak mencecah lantai itu. Macam budak kecik.
Tanpa banyak kata, Edzril Shah berlalu dari meja itu dan menuju ke arah Jasmine. Membuatkan yang lain kelu seribu bahasa.
Macam tu je dia blah?
"Mamat tu something, macam talam pun ada." Raissa memandang Zamir dan Farah.
"Kan, muka dia suci tapi kadang bila dia senyum tu, boleh nampak dia sebenarnya jahat. Bermuka-muka juga." Zamir juga mengangguk setuju.
"AWALNYA pakai baju tidur." Edzril Shah tersenyum kecil. Berdiri di sebelah Jasmine, berhadapan dengan meja tray makanan.
"Tak tahu pulak diorang buat makan-makan, so I just wear what I bring." Jasmine jungkit bahu sekejap, matanya kembali pada juadah di atas meja.
"Comel." lirik lelaki itu nakal.
"Oh God! Strawberry! Siapa bawak ni?" soal Edzril Shah mengambil sebiji buah strawberry yang berada di dalam Tupperware merah jambu itu, lalu menggigitnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
