Bab 12

42 3 15
                                        


PADA tepat pukul lapan malam, mereka sekawan mula keluar untuk pergi ke majlis kesyukuran salah seorang kenalan lama. Empat orang wanita di dalam kereta itu bergurau sakan, entah apa yang di bualkan agaknya. Jasmine yang memandu kereta Nuha itu hanya mendengar sahaja celoteh Naomi di belakang.

"Dia duduk area situ tu lagi ke?" soal Jasmine yang berjubah dan berselendang hitam itu.

"A'ah situ lagilah." angguk Naomi yang turut serta di dalam kereta itu. Juga bekas rakan sekelas Nuha dan Jasmine dulu.

"Jauh lagi ke rumah mamat tu?" soal Jasmine memandu dalam gelap malam. Jalan yang mereka tempuhi bagaikan laluan Karak lama pun ada. Nasib lah kereta masih ada yang lalu-lalang.

Ikutkan hati memang Jasmine tidak mahu ke sana, cukuplah dia bercampur ketika di reunion tempoh hari. Otak aku sakeeet!

"Ni ke rumah dia?" Jasmine memasuki simpang dan kelihatan ada rumah putih dua tingkat dan ada khemah kecil di depannya.

"Aah yang ni lah," angguk Naomi.

"Ayo, parking penuh. Nak parking kat mana ni? Kita lambat sikit je." keluh Jasmine melihat tiada tempat yang tinggal.

"Parking luar sini jelah. Jalan kaki. Bukan jauh mana pun." kata Nuha.

"Alah aku malas betul nak jalan kaki ni." cebik Naomi.

"Ni bukan makan kecil-kecil ni." Jasmine terkejut melihat keramaian manusia di kawasan khemah itu.

"Kau kena faham, adik beradik dia ramai. Mesti diorang ajak kawan-kawan diorang jugak." kata Nuha.

"Aku tak tahulah kenapa aku datang sini." geleng Jasmine menjejak kawasan rumah itu. Dia menepuk dahi sendiri

"Kita makan pastu blah la." jawab Naomi terus. Dia juga tidak minat berlamaan di situ, sekadar memenuhi jemputan bekas rakan sekelasnya sahaja.

Jasmine dan Nuha membiarkan sahaja Naomi berjalan dulu, masuk ke dalam rumah. Lalu Jasmine menepuk bahu Nuha.

"How can you let that bitch join us in one car?" jengkel Jasmine.

"Mana aku tahu dia nak tumpang kereta kita!" Nuha menjeling Jasmine, yang juga tidak berkenan dengan Naomi.

"Kau tu lembut sangat dengan dia Nuha! Lain kali kalau dia contact ke apa takyah balas." geleng Jasmine hampa. Nanti dia juga yang terpaksa melihat Nuha frust dilayan macam sampah oleh Naomi.

"Aku bukan jenis yang hati keras macam kau Jas. Sorrylah. Aku cuba, pasni aku tak balas dah dia mesej ke apa. Memang aku kena berguru dengan kau lah bab ignore orang ni." akur Nuha. Kadang dia hairan, entah apa yang membuatkan Jasmine begitu jaguh mengabaikan manusia.

"Haih...."

Hampir sahaja Harraz terlanggar tetamu yang lain kerana matanya telah dicuri oleh seseorang. Lama dia memandang wanita berselendang hitam dan berjubah itu, kejelitaan wanita tersebut tidak ubah seperti model pun ada. Ya Allah, Jasmine?

Jasmine menghela nafas berat. Setelah beberapa tahun, sekali lagi dia bertentang mata dengan lelaki itu.

"Hai Nuha, Jasmine." angguk Harraz kepada Nuha, senyum manis kepada Jasmine.

"Masuklah dulu, semua dah ada kat dalam." kata Harraz, mempelawa.

Masing-masing melangkah masuk ke dalam rumah dan bersalaman tangan beberapa pemilik rumah.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang