JASMINE memandang nombor angka di kertas yang dia cabut tadi, bertulis '4'. Lalu dia melihat ke arah rakan-rakan lelakinya untuk memastikan siapa yang mendapat nombor sempadan dengannya. Masing-masing mula berpecah dan mencari padanan nombor sendiri.
Dan Jasmine terdiam apabila padanan dia bersama Harraz. Sempat wanita itu mencari kelibat Edzril Shah, nampaknya lelaki itu berpasangan dengan Farah.
Jasmine tidak tahu, ini permainan apa. Tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, ada yang salah dalam aturan ini.
Annesa sudah memendam rasa, memerhati sahaja Harraz yang berdiri berdekatan dengan Jasmine. Kenapalah dia dapat dengan perempuan tu?
"Ada sebarang bantahan?" tanya Raissa kepada rakan-rakannya semua.
"Can I swap with Annesa?" tanya Jasmine tanpa teragak-agak.
"Kenapa?" Raissa menjungkir kening.
Jasmine menggeleng kepalanya dan menghela nafas. Aku cakap kang mesti orang fikir aku perasan yang Harraz syok kat aku huh! But I really need to talk about this. "Kamil with Sasha so why don't Annesa with Harraz together?"
Edzril Shah memandang Jasmine dari jauh. Dia juga menggeleng sebenarnya apabila pasangannya ialah Farah. Kebarangkalian untuk dia berpasangan dengan Jasmine memang agak sukar. Tetapi siapa sangka yang Jasmine akan diatur bersama Harraz?
"Then you want who? Rell?" Farah seakan memerli, menjeling Jasmine. Mamat tu jadi partner aku, jeles ke?
"Come on Jas, its just a game..., 15-20 minutes only. Kalau Annesa okay, we can continue the game." Raissa berkata kepada Jasmine dan memandang Annesa.
"Nessa okay ke?" Harraz sempat menoleh ke arah Annesa. Dia tidak kisah sangat jika Annesa bersama Rohan, rakannya sendiri. Tetapi dia pasti Annesa rasa sesuatu kerana dia berpasangan dengan Jasmine.
"Okay je, kejap je pun." angguk Annesa tersengih, walaupun sebenarnya hati dia agak terasa. Orang yang paling dia tidak mahu Harraz dipadankan ialah Jasmine.
Jasmine menggeleng hampa. "No, its not okay.... You guys couple."
"Macam something je, ke takut kisah berulang kembali?" Raissa tersenyum nakal kepada Jasmine.
Dalam diam, Edzril Shah sudah tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Tajam mata lelaki itu memerhati permainan yang dicipta oleh Raissa. Licik tapi kurang cerdik.
"I just want to respect other couple, can you imagine your partner with.... Oh god forget it!" Jasmine menarik mukanya. Dia tahu yang dia akan dipandang serong walaupun cuba menegakkan hal yang benar. Takkanlah mahu butakan mata dengan alasan sebuah permainan? Tidak kukuh dan merepek!
Edzril Shah menggeleng kecil. Kalau Annesa pun senyap tak nak pertahankan semua ni, kenapa kau yang kena melebih Jasmine? Just f*ck that dude and play the game, enjoy the show. Kau kata kau nak jatuhkan diorang? They give you opportunities so grab it and slay.
Annesa mendiamkan diri sahaja. Nampaknya Jasmine bersungguh untuk tidak mahu satu kumpulan dengan Harraz. Seolah Jasmine mahu menegakkan yang dia menghormati mereka berdua sebagai pasangan. Tetapi ayat 'kisah berulang kembali' itu cukup membuatkan Annesa gusar. Apa benar ada kisah di antara Harraz dan Jasmine?
"Kau suka Harraz lagi eaaaa?" Farah mula mengusik nakal, merenung Jasmine dengan sinis.
Edzril Shah menghela nafas berat dan menjeling Farah. Kenapa minah ni kena jadi batu api eh? Benda dah lepas tak payah nak bangkitkan, satgi tercetus lah tu pergaduhan.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
