Bab 7

32 3 3
                                        

DISEBABKAN oleh saiz rumah agam milik Raden Mikhael mega, jadi kerja-kerja mentransformasi rumah tersebut menjadi agak lama. Mana tidaknya, ruang tamu sahaja sudah seluas parking untuk lapan buah kereta. Dan apa yang melambatkan proses ialah Mikhael sendiri yang bertindak agak cerewet dan perfectionist, lalu menyebabkan banyak perkara yang tidak kena di mata lelaki itu.

Mahu tidak mahu, terpaksalah diturutkan sahaja kehendak pelanggan.

Seakan hampir semua idea dan design mereka ditolak mentah-mentah, membuatkan masing-masing tertekan kerana gagal mengambil perhatian seorang businessman seperti Mikhael.

Bayangkan jika lelaki kaya itu berjaya 'dipinang', pasti sahaja rakan-rakan 'networking' Mikhael yang datang ke rumah itu akan terpegun dengan hasil sentuhan seni reka tersebut. Mereka juga yang akan mendapat nama nanti.

Jasmine hanya memandang sahaja Zariff dan Kak Shiela yang menggaru kepala, sedang berunding dan berbincang sesama mereka yang tidak jauh darinya. Sebaliknya Jasmine hanya duduk di sebuah kerusi dengan memegang Ipad di sisi.

Lama Jasmine mengamati ruangan rumah yang kosong itu, mengikut konsep dan kemahuan Mikhael sambil dalam kepalanya sudah melakar beberapa hasil. Cumanya masih belum dia luahkan kerana bukan dia yang menjadi 'main brain storm idea'. Tetapi ada juga dia menconteng-conteng sebagai lakaran di dalam Ipad sendiri, hanya untuk mencatat idea dan menyimpan data.

Lelaki berkemeja linen itu memeluk tubuh, berdiri mengintai Jasmine dari belakang. Matanya hanya memandang ke arah skrin Ipad yang diconteng oleh Jasmine dari tadi. Dia mengamati lakaran itu, mengikut konsep dan ruangan, ianya ialah apa yang dia pinta.

Jaraknya semakin dekat dengan Jasmine. Kadang dia mencium bau rambut wanita itu, wangi. Bau buah strawberry, manis. Membuatkan Mikhael geram dalam diam.

Dan jujur, sebenarnya seraut wajah jelita itu sudah menarik perhatiannya sejak pertama kali Jasmine menjejakkan kaki di rumah ini.

Namun melihat tiga cincin yang tersarung di jari wanita itu membuatkan Mikhael ragu. Apakah Jasmine sudah berpunya? Dah kahwin ke? Hmn kalau dah kahwin memang melepaslah aku.

"Jasmine, May I see your design?" sapa Mikhael memecah kesunyian.

Terperanjat Jasmine dibuatnya, tindakan spontan membuatkan dia memeluk Ipad sendiri. Semakin berderau apabila melihat jarak Mikhael benar dekat dengannya. Eee apa ni? Seram lah aku.

"Tengok apa?" tanya Jasmine acuh tidak acuh.

"Your design, miss. Miss or?" soalnya ingin tahu.

"Miss...." jawab Jasmine ringkas bersikap professional.

"So Miss Jasmine. Your design tu cantik.... Boleh I tengok?"

"Tak boleh encik. Sebab syarikat kami dah ada design yang di cadang kursus untuk Encik Mikhael. Yang ini cuma conteng-conteng je, cacamarba." maklum Jasmine terus. Dia bukan tidak mahu tunjuk hasil kerjanya pada Encik Mikhael, tetapi siapa lah dia jika nak dibandingkan dengan Zariff dan Kak Shiela?

"I tak minat design syarikat you, semuanya tak menarik minat I langsung. But your design, let me see." pintanya dengan penuh selamba, dia duduk di depan Jasmine.

Jasmine sudah merengek di dalam hati. Dia buntu untuk mengelak dan nampaknya tiada cara lain. Ya, memang kerja keras boleh melangkau segalanya, dia akui itu. Tetapi dia tidak mahu langkah bendul.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang