Bab 20

59 1 1
                                        

JASMINE membuat muka. Sambil bersila di atas kerusi berhadapan dengan botol di atas meja, berputar lalu berakhir pada dirinya. Zamir menjuih sekejap, memikirkan soalan apa yang akan di lontar. Edzril Shah juga terlibat sama, memerhati suasana.

"Kenapa kau freehair sekarang?"

Jasmine mencebik mendengar soalan bodoh Zamir, sudahlah dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Tidak pasal-pasal pula dia ialah mangsa pertama di dalam pusingan ini.

"Human change." balas Jasmine ringkas.

"Aku nak specific." pinta Zamir.

"Berdasarkan ayat human change, aku rasa kau dah boleh faham kenapa. Human change ada reason, so fikirkan sendiri. Soalan kau dah dua kali dah ni. Next round please." Jasmine bertegas. Dan dia tahu ada mata-mata lain yang menantikan jawapan.

"So kau nak salahkan orang sekeliling sebab tu kau freehair?" soal Zamir mengancam Jasmine. Aku pijak kau Jas, sabar jap.

"Salahkan orang sekeliling? Who the fuck they are to decide who I want to be? Bitch please." Jasmine ketawa lalu bersandar di kerusi. Aku tak ada cakap pun?

"You take it too personal lah Jasmine." Raissa menjeling kecil.

"Me taking it too personal or his question just crossing the fucking lines? Sebelum assume seseorang tu 'take personal', fikir balik patut tak dia tanya soalan macam tu." tanya Jasmine kepada Raissa, direct.

"Ala, bukan soalan sensitif pun." Farah pula menjeling. Bangga betul freehair, nak mempertahankan satu dosa. Lol.

Edzril Shah sudah terdiam. Benar apa yang Jasmine katakan, dia setuju. Memang ini sebuah permainan, tetapi permainan juga ada pencaturan dan peraturan. Namun dia juga akui yang dia tidak menyokong dan kurang gemar yang Jasmine memilih untuk freehair. Dan dia tahu, jauh di surut hati Jasmine, wanita itu menjadi begini kerana layanan manusia sekeliling.

"Semua orang ada sensitiviti masing-masing, itu yang membuatkan manusia ada nilai." balas Jasmine terus. Kau tak ada rasa sensitif, sebab tu kau kurang ajar.

"I think we should make a rules about this game. Hadkan soalan yang privasi dan keterlaluan, if not.... Maybe someone will stab you tonight. Be careful." Jasmine memandang rakan-rakan yang lain. Bagi aku, permainan ni benda bodoh. Banyak lagi benda lain yang boleh main.

"Lek ah game je kot, kenapa kau trigged ni? Tanya pasal freehair je pun. Takkan bangga jadi ahli neraka?" soal Raissa menggeleng kepada Jasmine.

Jasmine akui, egonya tercalar. Tetapi dia tahu jika permainan ini tidak dikawal dengan aturan, makin banyak pekung dan rahsia yang tidak sepatutnya terdedah. Dia tahu dia jahil, semakin terpesong. Tetapi dia juga punya keinginan untuk berubah.

"Because its just a 'game', a stupid game. You know what is definition of a game huh? Of course some of you will choose to lie again and again to hide something and your sins. Game ni takde cagaran atau jaminan, menipu selagi boleh.

So let people know what they should. Maka, kita akan elakkan hot question untuk menghalang kes pembunuhan beramai-ramai. Agree? Its just a game kan?" Edzril Shah pula bersuara tiba-tiba, memandang kesemua yang berada di situ. Senyuman ayat 'its just a game' itu memainkan peranan yang agak berlainan.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang