Bab 15

31 1 0
                                        




SUDAH 30 minit perjalanan bermula, akhirnya masing-masing berada di atas jalan raya. Memandu di dalam satu barisan yang panjang di baris tengah. Sempat Edzril Shah menjeling sedikit ke arah Jasmine yang mengunyah keropok dari tadi, wanita itu sakan membelek telefon dengan wajah yang serius. Lelaki itu perasan bunyi telefon Jasmine berdering dari tadi.

"Banyak betul mesej masuk." usik Edzril Shah.

"Sesi kutuk mengutuk." Jasmine menjungkir bahu sendiri, bersandar di kerusi sambil bersila.

"Kutuk apa?"

"Nuha forward chat kat aku, yang diorang dah syak aku ada something dengan kau. So apa lagi, diorang menggorenglah dalam group tu." Jasmine membalas dengan bersahaja.

"Awak tak ada dalam group tu ke?" Edzril Shah berkerut. Ada something? Eh takkan dia orang anggap aku ada affair dengan budak ni kot?

Jasmine menggeleng. "Malas aku nak join, ada Nuha je dalam tu...."

"Diorang cakap apa?"

"Hm.... Betina murahan, awal rembat jantan.... Dulu baik tudung labuh tapi sekarang naik satu kereta dengan lelaki, munafik... Benda sedap siapa taknak.... Entah apalah yang dia buat dalam kereta tu, pantang nampak laki hensem....

Hari tu kata tak nak ikut, ini dia sendiri datang sekali siap bawak jantan, dasar gatal murahan.... Kata nak tolong aku pikat Edzril, tapi dia yang sapu dulu.... Tengok senang nak usung perempuan munafik tu sekarang, sia-sia je dia acah alim zaman sekolah dulu." Jasmine membaca screenshoot yang Nuha berikan kepadanya tanpa perasaan, suara itu mendatar. Kebanyakannya chat daripada Zamir, Raissa dan Farah.

Edzril Shah terdiam mendengar ayat yang dibaca oleh Jasmine. Kenapa sampai nak cakap Jasmine macam-macam? Sebab dia naik satu kereta dengan aku je ke? Bukannya aku nak buat benda bukan-bukan pun dengan Jasmine. Eloklah Jasmine naik satu kereta dengan aku berbanding dengan manusia macam tu. "Apa longkang sangat mulut kawan-kawan awak ni?"

"Welcome, to the circus."

"Siapa yang chat macam tu?" tona suara yang dilontarkan oleh Edzril Shah jelas menandakan bahawa dia kurang senang.

"Raissa, Zamir, Farah." Jasmine memuat muka.

"Kenapa nama saya pun terpalit sekali? Jasmine, awak bawa saya ke sini sebab Raissa suruh ke?"

"Don't get me wrong, kau jugak yang offer diri." Jasmine jungkir bahu selamba.

"Awak gamble saya ke Jasmine? What prize?" soal Edzril Shah terus.

"Sorry Rell. Aku tahu kau marah." Jasmine menghela nafas berat dan mengurut dahi sendiri.

Edzril Shah senyum sumbing. "Tak apa, saya tak marah pun. Lagi pun betullah tu, saya juga yang tawarkan diri. Dan saya akan menyesal kalau tak pergi, saya tak sanggup tengok awak kawan dengan orang macam tu. Sekurang-kurangnya kalau ada saya, saya boleh tolong atau temankan awak kan?"

Jasmine senyum kecil. Mendengar gaya bahasa Edzril Shah lembut menyapa telinga membuatkan dia tenang. Tetapi dia tidak mahu terus dibuai mimpi. "Kenapa kau tak naik dengan sweetheart Raissa tu?" 

"Jangan komen dulu, tunggu game habis okay?" senyuman Edzril Shah seringai.

Jasmine tergamam melihat senyuman itu, kali ketiga. Dan memang baris di wajah itu sangat berbeza dengan ukiran yang kebiasaannya Edzril Shah hadiahkan. Ini sisi gelap dia ke? "Rell kau ni player!"

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang