JASMINE sedang menguap dan menggeliat di meja kerjanya. Dia memandang kembali floor plan yang perlu dia siapkan itu, setelah segalanya disiapkan, dia menekan ctrl dan huruf S untuk menyimpan kerjanya. Pengguna Autocad perlu save file selalu kerana software ini tiada fungsi autosave. Bayangkan kalau kerja dah buat tapi tak sempat save, lepas tu lag. Tak ke gila?
Jasmine terpandang lagi satu file di atas mejanya. Dia terus membuka file itu dan mengamuk di dalam hati, perlu menyiapkan lagi tiga 3D! Argh kenapalah selambak kerja aku kali ni? Gaji pun Nauzubillah! Dah, nak taknak hidup perlu diteruskan juga.
Yang memandang tinggi interior designer sebagai kerjaya yang mendatangkan pulangan lumayan itu ialah halusinasi semata-mata, mereka yang bekerja di bidang yang sama sahaja yang tahu betapa menderitanya menjadi seorang interior designer. Workload cam hanad, gaji B40!
Lainlah kepada interior designer yang berpengalaman atau mempunyai firma sendiri....
Nama Jasmine dipanggil seseorang.
"Jasmine, lepas lunch nanti datang kat tapak projek okay. Kita buat site visit sikit." Zariff menyapa Jasmine yang berada di mejanya.
"Aik, pergi tapak project? Saya bukan bahagian turun padang." Jasmine naik pelik kerana bahagian yang dia dapat hanyalah duduk di ofis sahaja, tiada outting.
"Ni site project kita. Boss suruh saya pilih dua orang yang berpotensi untuk bantu saya. Jadi saya pilih awak." Zariff tersenyum.
Jasmine mengangguk redha. Makin selambaklah kerja aku lepas ni. Ya Allah, indah!
"Jasmine, nanti lunch dengan siapa?" tanya lelaki itu lagi.
"Kawan." jawab Jasmine pelik. Dah kenapa nak tahu aku lunch dengan siapa ni?
"Oh, lelaki ke perempuan?"
Jasmine terngango kecil. Wait, its that your business? I don't think so. "Perempuan."
"Ow.... Okay." angguk Zariff, dan berlalu dari situ.
SETELAH Jasmine berlalu pergi untuk makan tengah hari, dia kembali semula di ofisnya. Menunggu hampir setengah jam di meja sendiri. Ketika Zariff datang menyapa, barulah dia membawa beg tangan dan beberapa alatan kerja untuk mengikut rentak lelaki itu.
Tanpa sedar, Zariff mencuri pandang ke arah Jasmine yang bersanggul comel itu. Entah kenapa dia tertarik dengan Jasmine. Cantik....
"Jasmine, awak naik dengan saya ke? Sebab Kak Shiela naik dengan saya jugak." ujar Zariff kepada Jasmine. Lagipun senang kalau naik satu kereta. Boleh lah dia brief sedikit tentang projek ini.
"Okay jugak. Saya tak kisah pun." Jasmine mengangguk.
Apabila sampai sahaja di parking lot. Mereka mendekati kereta sebuah Honda Civic Hatchback yang berwarna dark grey itu. Kereta kepunyaan seniornya Encik Zariff.
Sebagai seorang interior design senior yang sudah berpengalaman hampir 15 tahun. Gaji sudah mencecah angka 5k-7k sebulan, memang tiada masalah jika lelaki itu untuk memakai kereta 'mewah' sedikit memandangkan Zariff hanya hidup seorang sahaja. Jadi tidak ada banyak tanggungan pun.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
