LAMA Levent Neslisah menongkat dagu, bermain dengan pemikiran sendiri. Sebenarnya sudah lama dia berniat untuk menjual semula salah satu daripada jentera yang dia miliki, iaitu Ducati 1089, keluaran tahun 2009 itu. Jarang sekali dia menunggang yang satu ini, mungkin kerana sudah terbiasa dengan kecanggihan dan teknologi superbike yang baharu. Jadi dia kurang gemar akan jentera lama tersebut. Maklumlah sudah lebih 10 tahun sudah usia.
Kadang ada juga dia menghidupkan Ducati itu, sekadar memanas enjin untuk menjaga lifespan superbike tersebut. Dan ada juga dia menyewakan kepada mereka yang berminat untuk merasa. Sekurang-kurangnya enjin, bateri dan juga keadaan superbike itu telah terjaga oleh orang lain.
Tetapi kali ini, dia mempunyai alasan tepat untuk menjual koleksi purbanya. Entahlah, walaupun dia rasakan alasannya cukup berisiko dan mampu menghentam mentalnya sekali lagi, tetapi gerak hatinya seakan mencabar diri.
Mencabar untuk melindungi satu lagi nyawa jika sudah terlanjur mencintai.
Nak bela Ducati bukan mudah. Orang nampak waw semat motor bang, sultan wei. Kerja bodoh-bodoh pun boleh naik Ducati macam dalam drama. Takde we, takde. Gaji kau takat lima ribu ringgit tu, Inshaallah kau semput bela menatang ni. Jual diri kat Chowkit sebab nak bayar bulanan.
Itu kalau kau single, tapi kalau dah berkeluarga tu bawak sedar diri bang. Perut bini lagi penting dari kau duk ride weekend dengan member kau. Nanti gian, cari bini jugak. Yang kau nampak kerja biasa tapi naik superbike riban-riban tu ada lah side hustle dia orang.
Meh aku cerita kos yang terpaling surface bela Ducati, itu pun tak semua orang nampak.
Diakui hobinya mahal, untuk model-model Ducati yang dia miliki memerlukan ribuan ringgit untuk menyara. Maklumlah kos servis pun sudah beratus ringgit, kos menyelenggara enjin desmo pun bukan main mahal, cukai dan insuran? Lagi lah.
Harga tayar satu biji pun sudah mencapai angka ratusan ke ribuan ringgit. Tayar juga ialah antara komponen paling penting yang perlu dijaga, jadi jangan segan silu menaburkan wang untuk tayar yang berkualiti. Kau korner pakai tayar cikai atau problem memang tak feel beb, silap hari bulan boleh cium divider jalan. Tak pun kau jual diri lagi sekali sebab rim kau bengkok.
Motosikal berkuasa tinggi memerlukan tayar yang berkualiti tinggi dan soft. Mudah haus, mengikut kekerapan ride juga. Kadar pertukaran tayar lebih singkat dari menukar tayar kereta.
Ah banyaklah, hal enjin lah, hal rosak itu ini, macam-macam hal! Pergi lah kau google! Berbalik pada cerita. Apa yang aku patut buat dengan 1098 ni?
"Oi kau berangan apa ni?" Iskandar Shah berkerut, geram juga dia melihat Levent yang mengelamun sendirian dari tadi. Entah apalah yang lelaki itu fikir agaknya, diam sahaja tidak berkutik. Punya lah ramai awek pandang dia, lalu lalang dalam mall ni pun dia tak perasan? Ceh.
"Hmn? Takde mende pun, dok fikirkan Ducati 1098 aku." geleng Levent berterus terang.
"Oh, ha ah kan..., kau dah lama tak naik yang tu."
"Aku rasa takkan naik dah kot, sebab aku nak jual dia. Nak racing red. 250 cc." Levent terangguk sedikit dengan cadangan sendiri.
"Aik, kau nak tambah koleksi ke apa? Kau kan king atas jalan, nak cc rendah buat apa?" soal Iskandar pelik.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
