Bab 13

34 3 7
                                        

JASMINE duduk bermain dengan telefon sementara wajahnya ditata-rias oleh juru solek. Pada malam ini, dia mengambil job menjadi model sambilan untuk baju kahwin di sebuah putik pengantin. Tidak sangka Nuha juga menyibuk sama untuk menemani Jasmine sementara Zetty menjadi jurugambarnya nanti.

Seorang wanita, pengurus butik berlari anak masuk ke dalam bilik bergambar di bahagian belakang dengan gundah gulana. Ke hulu ke hilir bercakap dengan telefon, entah apa yang di bualkan juga tidak pasti.

"Jasmine, you takde boyfriend ke?" usai Kak Fiza mematikan talian, wanita itu menuju ke arah Jasmine. Melontar soalan.

Jasmine tercengang kecil, memproses soalan Kak Fiza. "Tak ada, kenapa?"

Zetty mendekat dengan Jasmine dan Kak Fiza. "Kenapa kak?"

"Model lelaki tak boleh datang, ada kecemasan katanya. Aduhai, akak dah lah kesuntukan masa dah ni." omel Kak Fiza.

"Pastu macam mana?" Jasmine menggaru kepala sendiri.

"Sebab tu akak tanya Jasmine, kalau Jasmine ada teman pakwe, boleh duet sekali." kata Kak Fiza.

Jasmine tercengang. Apa terdesak sangat ke sampai main ambil je? Contoh, kalau aku ada boyfriend pun tapi boyfriend aku tu tak handsome? Macam mana?

"Erm, ada tak kawan-kawan Jasmine yang handsome ke? Yang tinggi? Pernah jadi model?" tanya Kak Fiza.

Okay ni betul-betul terdesak. Hela Jasmine.

Wanita itu berkerut sekejap. Sebenarnya dia tiada ramai kawan lelaki, sedangkan kawan perempuan pun boleh dikira dengan jari, inikan pula yang lelaki. Tetapi mengikut ketampanan, ada satu wajah yang muncul di dalam kepala Jasmine.

"Nuha!" panggil Jasmine.

Terkedek-kedek Nuha mendekat. "Apa? Kenapa?"

"Kau perasan tak malam reunion tu ada seorang cikgu sekolah mata kelabu?" tanya Jasmine sambil bersandar di kerusi.

"Yang mana eh? Yang putih tu ke?" Nuha pun ingat-ingat lupa. Setahunya dia ada perasan, namun tidaklah mengecam mana.

Jasmine menghela kepenatan apabila Nuha tidak mengingati lelaki itu. Dia tidak mahu melabel lelaki itu 'Rohingya Titiwangsa', walaupun dia tahu melalui nama itu sahaja yang akan membuatkan Nuha mengecam.

"Cikgu sekolah mata kelabu? Yang mengajar kat Gombak tu ke?" celah Kak Fiza.

Jasmine terdiam, lalu mengangguk kepada Kak Fiza. Aih, kenal mamat tu. "Ye, yang tu. Akak kenal ke dia?"

"Kenal, handsome. Masa muda dulu dia ada juga jadi model sambilan." Kak Juna mencelah.

Jasmine mengangguk kecil. Handsome masa muda dulu? Dah tua sangat ke mamat tu? Tengok muka macam dalam 30-an, small wrinkle, maybe over stress? "So, you want that guy? Tapi tak pasti lah ada ke tidak. Weh, aku tak ada nombor dia!"

Jasmine merengek selepas menyedari sesuatu. Memanglah mereka berdua pernah bertembung, tetapi tidak pernah pula menukar nombor telefon. Lagipun dia nampak yang lelaki itu seakan tidak berminat, jadi dia malas beria. Dan jika benar dia ada nombor guru tersebut, sudah lama dia beri pada Raissa.

"Akak ada nombor dia, tapi doa lah dia tak tukar nombor lagi. Nah, awak cakap lah dengan dia." Kak Juna menyua telefonnya. Nama Cikgu Edzril Shah tentera di layar.

"Eh? Kenapa saya?" Jasmine menggeleng kecil. Tak nak aku."

"Sebab kalau akak panggil, dia tak akan datang pun. Dia dah lama tak buat job tu. By the way, awak kenal dia macam mana?" Kak Juna menanti jawapan.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang