Bab 6

35 3 0
                                        

HATINYA tidak senang. Jujur dari tadi dia berperang dengan diri sendiri, sama ada untuk berlalu pergi ataupun berhenti. Sedangkan Cikgu Edzril Shah masih belum habis menyiapkan laporan, bagaimana dia mahu melarikan diri? Suara becokan guru-guru membawang sakan di waktu rehat membuatkan telinga dia berdesing dari tadi.

Sebenarnya lelaki itu agak kecewa dengan perangai segelintir guru yang amat suka membawang tentang anak murid sendiri. Jika sekadar menyampaikan maklumat, mungkin mampu dimaafkan lagi kerana itu ialah sifat manusia. Tetapi jika sampai ke tahap menokok tambah dan memburukkan nama, sungguh Cikgu Edzril Shah tidak suka.

"Kak Ila simpan lagi lukisan-lukisan tu?" soal seorang guru wanita berumur pertengahan 40-an menegur rakan sekerja di meja sebelah.

"A ah, lukisan ni cantik, akak selalu bawak untuk tunjukkan kat budak-budak." angguk Cikgu Ila sambil menyimpan semula kertas-kertas lukisan tersebut.

"Lukisan siapa tu eh.... Cantik." puji seorang lagi guru.

"Lukisan Adara Jasmine, budak lapan sembilan tahun lepas." maklum Cikgu Ila. Guru wanita itu ialah bekas guru yang mengajar Adara Jasmine mata pelajaran seni pada bertahun yang lalu.

Dahulunya memang Cikgu Ila menggemari Jasmine. Kerana bekas pelajarnya itu sopan, baik dan tidak banyak kerenah. Namun entah kenapa sejak habis sekolah, lain pula gaya yang dilakonkan oleh bekas pelajar itu. Entah apa dan di mana silapnya.

Cikgu Edzril Shah terdiam. Adara Jasmine? Bukan ke....

"Ohh Adara Jasmine yang tanggal tudung tu ke?" becokan mula kedengaran, sekali dengan wajah yang menyampah ditampilkan.

Walaupun sudah bertahun Jasmine meninggalkan sekolah, masih ramai guru veteran yang ada. Menyebabkan bekas pelajar itu tetap dikenali oleh warga sekeliling.

"A ah yang dulu tudung labuh litup bukan main comel, tapi bila keluar je sekolah habis terbang tudung. Dulu baik aih, sopan budak nya tapi kat luar sekarang rambut merah.... Haih apa nak jadi. " geleng cikgu yang lagi seorang, tidak mahu melepaskan peluang. Laju sahaja mulutnya mengata anak orang.

"Hari tu nampak dia kat Petronas, seksi kemain, jeans ketat, baju adik. Ish...."

"Eish munafiqnya macam tu. Ya lah sekolah ni wajib bertudung, kalau kat luar tu memang bukak habis lah. Nampak la tutup aurat tudung labuh sebab fesyen ke sekolah je tu."

"Kan.... Haih biasa lah budak zaman sekarang ni Mah.... Rosakkan imej je kerjanya. Kecewa saya tengok, buat malu ibu bapa aje menyundal macam tu."

Sekali lagi Cikgu Edzril Shah mengangguk dan menggumam. Nampaknya memang betul khabar angin tentang Jasmine. Seorang wanita yang terpesong dari jalan yang benar, dari bertudung litup kepada seksi durjana.

Cikgu Edzril Shah mula mengemas begnya, dia mahu berlalu pergi. Tidak mahu menambah dosa kering. Sebelum itu....

"Budak tu dah habis sekolah dah kak, tak payah lah nak mengata lebih-lebih. Takut terkena kat anak sendiri." tegur Cikgu Edzril Shah selamba.

Terdiam terus empat orang guru yang tadi sedang membawang sakan, masing-masing berpandangan satu sama lain.

Edzril Shah terkenal sebagai seorang guru yang amat lantang dan tegas. Lelaki itu menegur apa yang salah dan tidak suka orang buat perangai buruk sebagai seorang guru. Tetapi ketampanan dan keramahannya gagal membuat orang membencinya.

Sentap terus Cikgu Sarimah dan Cikgu Hayati. Terasa hingga ke pangkal, juga sebal dan marah dalam diam. Mana tidaknya, guru muda itu menegurnya dengan selamba tanpa berlapik sedikit pun seolah tidak menghormati mereka sebagai veteran.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang