"VENT, I have job for you."
Levent menyandarkan diri di kerusi sambil bertanya, tidak memandang wanita yang baru masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahnya itu. "What task?"
"Some revenge." Naurah menjeling Levent.
"Semata-mata?" kening Levent naik.
"You don't want money ke, Vent?" tanya Naurah Razman.
"How much?"
"60 ribu."
"What task? Setakat kerja simple macam ni, roger Bonnie jelah. Takkan tak faham aku tak ada masa nak buat semua ni? Merepek betul. Aku ni banyak benda lagi kena buat." takat revenge ni semua celah gigi je. Tak berat sangat pun, boleh je hantar orang lain dulu. Aku malas turun padang kalau hal besar kuman.
"Fine." akur wanita itu dan keluar dari perut kereta. Berlalu pergi dengan perasaan yang hampa.
Memang benar sejak setahun dia ini, Levent seakan lepas tangan. Memberi Bonnie dan yang lain menguruskan segalanya. Maklumlah sebenarnya masing-masing dari mereka punya kerja yang hakiki, kecuali Bonnie dan yang lain. Mereka memang digajikan untuk menjaga clubhouse, jadi boleh dikatakan Levent mampu bernafas lega.
Pada hari itu, dia perlu menempuh jam yang agak teruk untuk ke kawasan perniagaan kecil-kecilannya. Sepatutnya perjalanan ke sana hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja tetapi sudah dianjak ke satu jam lamanya. Tup-tup sampai pukul empat!
Lelaki itu memarkingkan keretanya di sebuah kawasan lapang di depan garaj. Dia keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah sebuah bangunan kontena setinggi dua tingkat. Memandang ke arah kaunter untuk mencari kelibat pekerjanya.
"Johanna? Where are you Joe?" Levent Neslisah memanggil staffnya.
"Yes boss! Kat sini. I tengah..., nak susun helmet atas cabinet ni." suara Joe muncul dari belakang.
Levent terus berjalan ke arah suara yang didengarinya, memandang Johanna yang sedang gigih memanjat kerusi kayu untuk menyusun beberapa helmet fullface yang baru sampai di kedai itu. Johanna terus turun apabila ternampak bossnya.
"Sorry boss, I tak jaga kaunter sebab banyak gila barang yang I kena susun dan key in dalam system. Rushing sikit hari ni." Johanna yang berambut potongan bobcut berkata.
"Ada banyak lagi ke?"
"Banyak lagi boss. Ni baru helmet, belum lagi shoes dengan glove. Baru sampai pagi tadi ni." maklum Johanna, Tidak sangka kali ini bosnya menempah banyak barang baru, tidak menang tangan dia dibuatnya.
"Barang sampai bila ni Joe?"
"Pukul tiga setengah tadi. Diorang ada problem sikit, delay dua jam."
"Mana Fiona? Thariq? Halim?" lelaki itu meliarkan mata di sekeliling.
"Thariq ada kat atas. Halim memang off day. Fiona macam biasalah, tak masuk kerja lagi bos. I ingat nak buang dia lah, selalu buat hal. Tapi kena tanya bos dulu." maklum Joe.
"Buang je lah betina tu, menyusahkan kita. Later you cari 2 lagi pekerja baru, I nak all boys. Perempuan banyak masalah." jengkel Levent menyampah.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
