FAKHRUL mengetuk pintu bertalu-talu. Sudah hampir lima minit lelaki itu 'rebana' di depan rumah, tetapi langsung orang di dalam tidak menyahut. Di ikutkan hati mahu sahaja lelaki itu memekik tetapi imannya masih tersisa. Terus Fakhrul menyeluk poket seluar sukannya dan mengeluarkan kunci rumah.
Sebenarnya ada je kunci, tapi malas nak guna. Nasib kau lah Fakhrul. Mana tahu orang dalam tu sibuk ke tidur ke apa.
Fakhrul yang membawa beg badminton itu masuk ke dalam rumah, mencari kelibat rakannya. Adakah Edzril Shah tiada di rumah? Jika benar teman serumahnya keluar, kenapa gril pintu tidak dikunci?
Rupanya Edzril Shah sedang terlena dengan lambakan buku latihan di atas meja. Agaknya terlelap ketika membuat kerja. Ini lah dia kehidupan sebagai guru, siang malam berhempas-pulas menyiapkan kerja demi anak murid tercinta.
Ikut kan hati Fakhrul, mahu membiarkan sahaja Edzril Shah terus terlena. Tetapi dia bimbang rakan serumahnya itu perlu menyiapkan kerja dalam kadar yang segera. Terus Fakhrul mengejutkan Edzril Shah.
Sekali tepukan sahaja, Edzril Shah mula terjaga dengan wajah seakan baru bangkit dari alam lain. Terpinga-pinga Edzril Shah dengan mata yang merah memandang sekeliling.
"Ha? Aku kat mana ni? Eh Fakhrul. Pukul berapa ni?" tanya Edzril Shah masih mamai dan terpinga-pinga. Tangannya menggapai buku latihan sekolah di atas meja.
"Pukul sepuluh dah. Berapa lama hang tidoq ni Rell? Banyak betul kirja hang." Fakhrul menggeleng kecil. Simpati dengan Edzril Shah.
Edzril Shah merengek kecil dan menggeliat sekejap. Setelah beberapa saat kemudian, lelaki itu mula kembali ke alam yang nyata sepenuhnya. Dilihatnya buku-buku latihan di atas meja. Laju Edzril Shah mencapai pen merah yang penutup masih terbuka itu.
Fakrhul mula menyimpan beg batmintonnya lalu menarik kerusi meja dapur di depan Edzril Shah. Lelaki itu melabuhkan punggung di kerusi.
"Hang tak pi mana ka? Biasanya hang keluaq waktu macam ni. Tak join ride?" tanya si lebai itu.
"Nak keluaq apa, kerja bergunung aku ni. Lambat sikit habis bertimpa kepala aku kena basuh. Ride tu lain hari ada." geleng Edzril Shah sambil menanda buku latihan. Automatik slang utagha yang dia tiru itu keluar. Memanglah dia punya hobi, tetapi dia tidak mampu mengetepikan tanggungjawab azali.
"Nasib hang lah jadi cikgu na. Tapi takpa, kerja mulia." Fakhrul ketawa kecil.
Edzril Shah tertawa juga. Namun dalam tawa nya terselit satu sisi kesakitan dan penderitaan yang tiada siapa tahu. Aku ni, luaran je nampak nampak mulia. "Hang ja yang selalu bagi sokongan kat aku kerja jadi cikgu. Kengkawan aku hauk semua suruh aku berhenti goyang kaki."
"Takpa Rell, banyak jasa hang pada negara." Fakhrul tersenyum lalu menepuk bahu Edzril Shah.
"Aku nak pergi DIY kejap lepas ni, nak kena beli duster, entah budak kelas aku makan agaknya duster tu. Ada apa-apa mau kirim?" tanya Edzril Shah memandang Fakhrul. Meraup wajah sendiri, menahan kepenatan. Banyak betul kerja aku hari ni.
Biarpun lelah dan sekarat, dia tetap perlu bergerak maju. Ada tanggungjawab yang dia galas.
"Ha elok jugak hang pi DIY ni. Tolong belikan tape, plastik sampah lepas tu sudu. Kalau boleh hang tengok cawan hat comey sikit hat oke sikit hang beli lah sebijik dua. Dah takdak cawan dah dalam rumah ni entah mana tah pi cawan tu semua. Ha ni lagi satu, sabun..., sabun basuh pinggan hang beli sekali nah. Taknak yang keras kelekung dalam bekaih tu, nak yang caiaq tu senang sikit." Fakhrul mula menyenaraikan apa yang dia ingat.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
