Bab 10

29 3 5
                                        


MINYAK wangi diletakkan semula ke dalam bekas kaca sesudah disembur beberapa kali di tubuh. Sambil mata terarah ke cermin, lelaki itu membetulkan kemeja yang melekap di tubuh sasa itu. Jam tangan dia jeling sekejap, angka menunjukkan pukul lapan malam. Masih ada kira-kira 45 minit lagi sebelum dia keluar ke temu janji.

Usai sampai ke destinasi. Mercedes AMG CLA Coupe warna hitam itu masuk ke tapak parking. Selepas menuruni kenderaan, lelaki itu terus naik ke tingkat atas melalui lif. Restoran mewah itu dia masuki selepas memberi dua pass buffet pada pelayan bertugas. Sambil menunggu kehadiran seseorang, dia sempat bermain dengan smartphone sendiri.

"Hi Encik Mikhael."

Suara lembut itu kedengaran cukup manja di telinganya. Terus Mikhael menoleh. Senyuman diukir manis memandang wanita yang memakai plain casual dinner dress itu. Dengan rambut yang disanggul kemas mempamerkan rupa yang formal. Lipstick separa merah di bibir Jasmine itu dia pandang dengan tajam. Sexy.

"Jasmine, have a seat." Mikhael mula untuk bangun dan mahu menolak kerusi untuk Jasmine.

Jasmine kekok sekejap, sambil itu dia memandang sekeliling.

"You look beautiful, as always. Just this night extra pretty." sengih Raden Mikhael kecil.

Jasmine hanya tersenyum dan mengangguk kecil. "Terima kasih."

"Kalau you nak ambik makanan dulu pergilah. Ambik je apa-apa, I ambik pakej buffet. Macam-macam ada kat sini."

"Takpe ke?" soal Jasmine teragak-agak.

"Takpe, bila ada makanan seronok sikit nak berbual kan?"

Jasmine tidak melepaskan peluang, maklumlah seharian dia tidak makan atas sebab yang tidak dapat dia elakkan. Wanita itu terus menuju ke kawasan hidangan dan mengambil beberapa makanan. Kambing bakar, seafood dan beberapa lagi makanan lain memenuhi pinggan.

Tergamam sekejap Mikhael melihat hidangan yang dibawa oleh Jasmine. Kuat makan budak ni.

Jasmine menadah tangannya untuk membaca doa. Dia menghiraukan sahaja Mikhael seolah sentap dalam diam apabila dia membaca doa makan.

"So how was your day?" Mikhael memulakan basa-basinya.

"Just fine. Encik Mikhael?" balas Jasmine.

"Okay Allhamdulillah. Tak perlulah nak berencik dengan I. Panggil I Mikhael je." dia tersenyum manis kepada Jasmine.

Jasmine hanya tersenyum palsu. Ew.

"Kenapa you ajak I dinner ni? Tempat mahal pulak tu." soal Jasmine direct.

Mikhael tersenyum sedikit, dia mengeluarkan sampul dari kotnya lalu dihulurkan kepada Jasmine.

Jasmine terdiam. Ha sudah, apa ni? Nak rasuah aku ke? "Apa ni?"

"Some reward for your design."

"Its okay Encik Mikhael, memang kerja I pun." Jasmine menggeleng kepalanya.

"No, ambil. I ikhlas."

Jasmine mengangguk akur dan menerima sampul yang agak tebal itu, lalu disimpan di dalam begnya. "Thank you."

"My wife really love your design, sebelum ni dah banyak design dia riject untuk rumah kami but kali ini dia suka. I tak larat dah nak cari designer lain so I should thanks to you Jasmine." senyuman lebar terlahir di wajah lelaki itu.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang