Bab 16

29 1 0
                                        

"LET me take over, Rell."

"Tak perlu, aku tak nak keadaan jadi lebih teruk." Rengus Edzril Shah, mengetepikan suara yang menyapa telinga. Lelaki itu berjalan melepasi meja rakan Jasmine yang lain, sempat dia menangkap butir bicara yang penuh dengan umpatan itu. Membuatkan emosinya mula tidak terkendali.

Lelaki itu merebahkan punggung di atas kerusi, berhadapan dengan Jasmine. Dia mengatur sos cili itu di atas meja tanpa suara. Dalam diam menahan gelojak jiwa untuk tidak kembali ke sisi itu.

'Rell. Bagi lah aku handle, aku kesian kat dia.'

'Kau diam Vent, kau diam. Tadi kau dah take over kan? Aku nak semua benda terkawal.'

"Banyak juga kau makan."

Teguran Jasmine mengembalikan dia pada realiti. Dia memerhati sahaja lagak Jasmine yang memandang makanannya.

Edzril Shah senyum kecil, tanpa kata. Lelaki itu mula mengopek, mengasingkan kulit ayam di dalam bekas makanannya itu dan dia letak di atas kertas tray Jasmine.

"Aik, kau bagi aku ke?" Jasmine melihat timbunan kulit ayam itu.

Lelaki itu hanya mengangguk.

"Story time baby girl." Edzril Shah bersuara sambil mengunyah ayamnya. Tidak disiat dalam bentuk yang kecil, tetapi dikunyahnya terus.

"Bed time story?" Jasmine menduga.

"Yes, once upon a time..., sambung."

Jasmine terdiam sesaat dua. Blur. "Cerita apa eh?"

"Pasal kawan-kawan awaklah."

"Owh."

"Ha cerita."

"Aduh, benda bodoh do Rell kalau nak ingat semula." keluh Jasmine, serabut pula memikirkan hal lama.

Edzril Shah menjeling kecil. "Nak kena tinggal kat sini ke?"

"Fine. People trust me a lot so aku jadi pendengar percuma masa kat sekolah dulu. And what can I say, I have tea from every squads, every person. Tapi bukan cara aku untuk sebar aib bila bergaduh. Cuma aku rasa dia orang paranoid bila aku rapat dengan seseorang yang dia orang tak suka sebab aku kawan dengan semua orang.

So they talked bad about me, mungkin untuk orang jauhkan diri dari aku supaya rahsia dia orang selamat? Bukan tu je. Aku banyak musuh dalam selimut sejak zaman sekolah lagi. Aku tak famous pun, budak tudung labuh, tak banyak ragam. Tapi aku tak tahu apa yang aku buat sampai aku dibenci.

Mungkin dia orang iri dengan apa yang aku ada. Aku tak minta kau percaya tapi this is my sides story. Jadi sekarang aku memilih untuk diam, aku dah tak nak buktikan apa-apa." luah Jasmine. Aku penat.

Edzril Shah terdiam, membuat kesimpulan di dalam kepala. Logik. Bila seseorang tu dah tahu banyak sangat rahsia, tak mustahil akan dihapuskan. Demi kepentingan sesetengah pihak.

Jasmine tertanya-tanya sampai sekarang, entah mengapa dia dibenci. Nak kata bercakap lepas macam sekarang tu memang tidaklah, kerana dia memang jenis yang jaga tutur kata ketika di zaman sekolah dulu. Mungkin ada beberapa caranya yang tidak digemari oleh orang sekeliling.

"Awak tak perlu buktikan apa-apa pun, saya dah boleh agak macam mana dia orang tu. Memang mana-mana yang mendengar cerita akan anggap awak memburukkan dia orang, tapi awak kena tahu yang ada bukti lebih kuat dari semua ni. Iaitu perlakuan dia orang sendiri. Dan tekaan saya jarang meleset." memang sebenarnya Edzril Shah keliru, malahan dia bukan mahu mengambil tahu sangat. Cuma alang-alang sudah berada di dalam kelompok, dia mahu kenal perangai manusia.

STARBOY : Levent NeslisahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang