SEBAIK sahaja habis mengajar, Cikgu Edzril Shah terus menuju ke bilik guru sebelum meneruskan kelas terakhir pada hari itu. Sementara menunggu masa, dia perlu menghabiskan kerja yang masih tersisa.
"Assalamualaikum cikgu. Saya ada benda nak cakap dengan cikgu." sapa seorang anak murid itu kepada Cikgu Edzril Shah.
"Waalaikumusalam. Kenapa Azizul?" tumpuan guru muda itu mula beralih.
"Cikgu, saya nak batalkan lawatan saya." kata Azizul.
"Eh, kenapa? Lawatan ni terhad tau, nama awak dah terpilih." hairan Cikgu Edzril Shah dibuatnya.
"Saya tahu, tapi saya ada masalah kewangan. Kalau saya tarik diri mesti yang lain yang lebih berkemampuan dapat pergi." Azizul menunduk kerana malu.
Edzril Shah mengangguk dan mengeluarkan sebuah kertas yang agak ronyok dari dalam buku laporannya. Catatan kecil yang dia tulis untuk menyemak baki bayaran lawatan.
Jumlah bayaran lawatan ini ialah 250 ringgit dan Azizul telah membayar sebanyak 200 ringgit. Hmn lagi lima puluh ringgit je rupanya, ruginya kalau tak pergi.
Cikgu Edzril Shah kenal ibu bapa kepada Muhammad Azizul Imran ini. Ibu murid tersebut ialah seorang suri rumah dan ayahnya sekadar pemandu lori, mempunyai lapan adik beradik semuanya.
"So, awak tak cukup lagi lima puluh ringgit lagi kan?"
Angguk Azizul pada soalan guru itu.
"Okay kalau macam tu saya bayarkan baki selebihnya. Boleh?" senyum Cikgu Edzril Shah kepada Azizul. Lagipun setakat 50 ringgit, kira sedekah kepada pelajarnya sendiri.
Azizul terkejut. Dia tak salah dengar ke? "Cikgu, jangan lah. Saya tak ada duit nak bayar selebihnya."
"Azizul. Ada ke saya cakap saya suruh awak ganti? Tak kan?" Cikgu Edzril Shah menggeleng.
Azizul melopong, dia mengucap rasa syukur dan riak wajahnya kian berseri dan gembira. "Allhamdulillah. Terima kasih cikgu. Saya tak pernah pun pergi lawatan. Tak sangka akhirnya saya dapat pergi."
Cikgu Edzril Shah senyum sumbing dan mengangguk kecil. Tersentuh.
"Walaupun awak orang susah, tapi awak pandai. Seolah kesusahan tu bukan halangan untuk awak berjaya dalam akademik. Awak perform dalam semua exam. Anggap je ni reward untuk awak ya? Kalau ada masalah apa-apa, jangan segan jumpa saya okay? Awak pergi masuk kelas." Cikgu Edzril Shah menepuk bahu Azizul sambil tersenyum.
Azizul mencebik sedih. Tidak pernah ada orang yang ambil peduli tentang dirinya, kecuali Cikgu Edzril Shah. Laju dia memeluk guru itu dengan erat. Jujur dia menyenangi dan menyayangi guru itu.
Cikgu Edzril Shah agak terkejut dengan perbuatan Azizul, dia membalas pelukan itu sekejap sebelum mereka terurai kembali.
"Terima kasih cikgu." Azizul senyum dan berlalu pergi.
Usai sahaja Azizul pergi, dia menyelesaikan urusan. Lelaki itu menyandar di kerusi. Hatinya tidak sedap, seakan terlupa akan sesuatu, tetapi dia sendiri tidak tahu apa. Lalu tanpa menghiraukannya, dia meneruskan perjalanan untuk ke kelas seterusnya.
Kepala Cikgu Edzril Shah mula terasa panas, hidungnya keluar cecair likat tanpa dia sedari. Mata dia bulat, meraba hidung sendiri. Ada secalit darah likat di jari.
Dah kenapa...?
Terus tubuh itu rebah ke koridor. Tidak sedarkan diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
Roman d'amourEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
