"GOD, I hate people ew." ucap Jasmine selamba dengan wajah dan lenggok kata yang sangat dramatik. Memandang diri sendiri di hadapan cermin. Jujur Jasmine lemau, dia tidak mahu ke acara tersebut. Ini semua gara-gara Nuha.
"Bukan selalu pun Jas, kau dah lama sangat isolation, apa salahnya keluar cari kawan sekejap? Bro, sometimes u really need to make a new friend." kata Nuha. Kadang cara Jasmine menyepikan diri lebih teruk berbanding dirinya.
Keluhan berat lahir dari Jasmine, mengenang nasib.
"Aku penat lah dengan orang. Too many bullshit, drama, two face. Banyak kali juga aku cakap kan? Kenapa aku tak nak bergaul dengan dunia luar?" cebik Jasmine. Rasanya orang sekeliling takkan faham. Tidak apa lah, aku pun malas nak bagi orang lain hadam.
Nuha mengangguk redha.
Jasmine berubah seperti itu pun selepas ada pergaduhan besar di sekolah dahulu. Sejak itu, memang Jasmine menyepi dan membawa diri. Ada sebuah salah faham yang berbelit berlaku antara mereka semua sampai membunuh diri Jasmine yang lama. Wanita itu sudah tidak petah dan ceria seperti dulu. Menjauhkan diri.
Nuha juga terlibat dalam konflik tersebut dan juga menjadi antara rakan-rakan yang memulaukan Jasmine. Tetapi wanita itu sedar dan cuba mencari punca di mana dan mengapa Jasmine bertindak demikian. Rupanya Jasmine dikelilingi oleh 'ular' yang membelit dan membunuh dalam diam. Patutlah dia macam tu, macam trauma pun ada. Hmn kalau lah aku sedar dari awal.
Nuha juga perasan dengan persekitaran ketika di zaman sekolah dahulu, ramai yang tidak sukakan Jasmine di atas sebab yang sukar untuk dikenalpasti walaupun hakikatnya Jasmine seorang tidaklah jahat, baik. Tetapi entah lah manusia.
Dan benda ini semua telah mengubah Jasmine menjadi dua manusia yang berbeza. Pada dulunya wanita itu ramah, sopan dan juga amat mengambil berat tentang rakan-rakan yang lain, tetapi hari demi hari, ia membutakan Jasmine menjadi seorang yang dingin. Berhati batu, suka menyendiri dan pendiam.
Seolah itu bukan Jasmine yang dikenalinya dulu. Banyak yang sudah berubah pada Jasmine, percakapan wanita itu yang dahulunya lancar juga menjadi kekok dan gagap, mungkin kerana sudah lama berdiam diri dan tidak bergaul....
"Jas, tak over ke mekap aku?" soal Nuha melihat mukanya di cermin.
"Tak lah. Cantik je, kotla boleh cari jodoh ke kat sana." Jasmine ketawa kecil.
"Eeee kat sekolah tu apa ada ew. Jas kau seriuslah nak pergi benda bodoh ni?" soal Nuha serius memandang Jasmine.
Jasmine membuat muka. Aku cepuk ko kang! "Kau yang ajak aku kan? Baru sekarang ke sel otak kau berhubung ha?"
Nuha monyok. Betul juga, dia yang beria.
Dua wanita itu berjalan menuruni lift dan terus menuju ke parking lot. Mereka mendekati kereta Nuha. Jasmine duduk di tempat pemandu seperti yang dipinta oleh wanita itu. Kemudian menghidupkan enjin lalu menderum keluar dari perkarangan apartment.
Jasmine mula membebel di atas jalan raya. Berdecit juga wanita itu dibuatnya, diiringi oleh makian. Keadaan di jalan raya pada malam itu agak sesak, dan ramai juga pemandu yang membawa kereta tidak menggunakan akal fikiran lalu mencetus kemarahan Jasmine.
"Ei bapak jam sia, menteri turun ke apa? Kenapa lah tak naik motor je tadi? Boleh selit-selit kan senang?" Jasmine tidak puas hati memegang stereng kereta Myvi itu. Jiwa ridernya meronta. Galau.
![](https://img.wattpad.com/cover/341208247-288-k952324.jpg)
YOU ARE READING
STARBOY : Levent Neslisah
RomanceEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...