[3] LUKA

67 6 0
                                    

Halilintar kelihatan gelisah dan tak tentu arah. Tindakannya tempoh hari membuat fikirannya sedikit kusut. Dia mundar-mandir dihadapan Ice seperti orang tak betul.

"Oi! Kau ni apasal ke hulu ke hilir kat depan aku ni?"

"Hishh— agak²nya dia terima ke tak eh?"

"Terima apa benda kau ni? Siapa dia?"

Tiba² Hali memegang bahu Ice. Dia memandang Ice serta memperlahankan suaranya sedikit sebelum menyambung bicara.

"Aku lamar Yaya 3 hari lepas."

"APAAA?! KAU LL-LAM—" Mulut Ice ditutup dengan tangan Hali serta-merta.

"Ish kau ni. Kut ye terkejut pun janganlah bagi semua orang dengar."

Ice masih memandang Hali dengan muka tidak percaya.

"Jap— Solar tau tak pasal ni?"

"Err— hehe. Solar tak tau. Kau jangan lah bagitahu dia lagi."

"Asal? Aku rasa kau lagi rapat dengan dia."

"Hm? Entahlah, sebenarnya sejak akhir² ni aku dah tak berapa rapat dengan dia.."

"Kau gaduh lagi ke Li?" Soal Ice dengan wajah kecewanya.

"Susah nak explain."

Trettt— Trettt—

Bunyi vibration dari phone milik Hali membuatkannya berhenti bercakap dengan Ice buat seketika. Terdapat satu notifikasi yang diterima olehnya.

————————————————————————
Yaya ❤️

Yaya ❤️
Hali. Aku nak jumpa kau lepas kelas, pukul 5:30pm nanti— boleh ke?
2:45 p.m.

————————————————————————

Halilintar tersenyum.

"Kau dah kenapa senyum² macam tu?" Soal Ice, kehairanan.

Halilintar tersengih pula kali ini.

"Hmph. Buah hati chat la tu. Happy tu happy jugak tapi jangan letak harapan tinggi sangat." Pesan Ice.

"Alaa kau ni buat aku overthinking je la."

"Tak salah nak happy. Tapi aku taknak kau terlalu berharap. Harapan tu menyakitkan. Nanti kau jugak yang sakit."

Ice menyambung kembali kerjanya. Reaksi wajah Hali kini berubah, dia terfikir bahawa kata² Ice itu ada benarnya juga.

°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°

Hali kini tiba di lokasi di mana Yaya ingin berjumpa dengannya. Kelihatan gadis itu sudah menunggu di sebuah meja batu. Hali membetulkan topi dan surai rambutnya sebelum berjumpa dengan buah hatinya itu. Dia kemudian menghampiri Yaya dan duduk di hadapan Yaya. Yaya yang melihat kehadiran Hali mengukirkan senyuman manisnya.

"Emm— aku nak jumpa kau ni pasal perkara yang kau cakap 3 hari lepas."

"Ohh pasal tuu.. jadi macam mana?"

Yaya menolak sebuah kotak yang berisi sebentuk cincin. Hali memandang kotak tersebut. Cincin tersebut diberikan olehnya 3 hari yang lalu sebagai tanda lamarannya kepada Yaya. Riak wajah Hali yang dilimpahi senyuman sebentar tadi kini perlahan-lahan memudar kembali. Dia memandang Yaya. Perasaannya kini bercampur-baur.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now