[7] MEMORI

63 6 0
                                        

Pembedahan Kraniotomi Taufan telah berjaya seminggu yang lalu. Keadaan Taufan juga sudah stabil dan dia telah dipindahkan ke wad biasa. Namun dia masih belum sedarkan dirinya. Gempa dan Hali bersilih ganti dalam menjaga Taufan di hospital. Kadangkala, Duri turut mengambil tempat untuk menjaga Taufan. Hari berganti hari, mereka semua masih menanti Taufan untuk sedar kembali.

°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°

TAUFAN POV

Aku kini berada di atas sebuah bukit, di bawah sepohon yang rendang. Aku sedang memotret beberapa pemandangan di papan lukisanku. Deruan angin yang menampar pipiku terasa begitu nyaman sekali. Aku sangat menikmati suasana ini. Saujana pemandangan yang luas terbentang dihadapan mataku kelihatan damai sekali. Rasanya seperti tidak ingin lagi kembali ke dunia nyata yang penuh derita.

Di sini, aku bertemu dengan seseorang yang keperibadiannya sangat mirip denganku. Namanya Beliung. Emosi, keperibadian dan sikapnya tidak tumpah seperti aku. Seorang yang ceria dan sukakan cabaran. Entah sejak bila, aku berada di sini bersamanya. Namun, aku merasakan seperti dunia ini bukan dunia sebenarku. Dalam kenikmatan menghayati keindahan dunia ku yang sekarang ini, hatiku masih terdetik sesuatu. Seakan-akan ada yang menantikan aku di dunia lain.

Aku yang sedang memotret sesuatu, termenung sejenak memikirkan perihal yang selalu terlintas di fikiranku. Aku kini sedang memotret dua orang insan yang selalu bermain di fikiranku. Seorang yang beriris perang keemasan dan seorang lagi beriris merah terang. Aku merenung lukisanku itu, wajah mereka berdua kelihatan sangat tidak asing dalam pemikiranku namun entah mengapa aku tidak mampu mengingati mereka. Titisan jernih mengalir keluar dari pelupuk mataku.

Tiba² bahuku disentuh perlahan oleh seseorang. Aku menoleh ke arahnya.

Beliung, atau ku panggilnya dengan panggilan 'Bel'. Dia tersenyum manis setiap kali datang berjumpa denganku. Namun, riak wajahnya segera berubah setelah melihat aku mengesat air mataku.

"Fan.. Kenapa kau menangis?" Soalnya sambil memegang pipiku yang kebasahan kerana air mata. Dia mengesat sisa air mata di pipiku.

Beliung kini duduk bersebelahan denganku. Dia memandang potret yang baru siap dilukis olehku.

"Cantik—" Ucapnya ringkas sembari tersenyum.

Dia memandangku.

"Kau menangis sebab diorang ni kan?"

Aku sedikit tersentak. 'Macam mana dia boleh tahu?'

Aku pun mengangguk perlahan.

"Aku tak tahulah Bel. Aku rasa aku kenal sangat diorang— tapi.. kenapa aku tak ingat eh?"

"Aik? Diorang berdua kan kembar kau?" Beliung membuat muka hairan.

"Kembar aku?" Wajahku sedikit berkerut. Aku cuba untuk mengingati sesuatu. Namun, kosong.

"Ya— yang beriris merah ni abang kau, Hali and yang beriris emas ni pulak adik kau, Gempa. Kau tak ingat ke?" Beliung kini duduk bersila menghadap ke arahku sambil menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya.

Aku termenung sejenak. Fikiranku sedikit serabut. Beliung yang seperti memahami perasaanku kini memelukku erat. "Shh— takpe². Kalau kau tak boleh ingat, jangan paksa diri."

Kami masih berpelukan.

"Kau tahu tak Fan? Kau ni seorang yang penyayang sangat.." Bisik Beliung di telingaku.

LUKISAN KENANGANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang