Hali tersedar dari pengsan. Dia memandang sekelilingnya. Suasana hospital adalah tidak asing baginya. Hali masih pening, namun dia cuba menguatkan diri untuk bangun setelah teringat tentang Taufan. Hali segera bangun dan cuba turun dari katil namun ditahan oleh Gempa.
"Tepi Gem! Aku nak jumpa Taufan!"
Gempa menggelengkan kepalanya berkali-kali sambil menundukkan wajahnya. Dia menangis. Solar yang berada di katil sebelah menemani abangnya Duri, hanya mampu memandang Hali dengan wajah yang sayu.
Hali memandang Solar dan Duri. Terlihat jelas di wajah mereka, kesedihan yang tidak tertanggung lagi. Duri yang sudah penat menangis kini hanya mampu termenung dengan wajah yang kosong.
Dada hali turun naik kerana berdebar.
Kesemua mereka ada di dalam bilik rawatan tersebut. Semuanya terdiam sepi tanpa bicara.
Hali turun dari katil dan menyarung seliparnya untuk mencari Taufan. Gempa tidak mampu lagi menahan abangnya itu kerana dia juga sudah lemah longlai bagai melayangnya sukma, pergi tidak kembali.
Ice menahan Hali. Dia memeluk Hali dan mengurut-ngurut belakang Hali supaya tetap bertenang.
"Taufan dah takde Hali.."
Hali menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Dia cuba menafikan apa yang baru sahaja didengari olehnya.
"Tak mungkin."
Gempa sudah meraung sambil menekup mukanya di katil Hali. Dia tidak mampu lagi menahan sebak di dada saat melihat Hali bangun mencari Taufan. Fang dan Blaze cuba menenangkan Gempa. Duri yang menatap dinding dengan tatapan yang kosong juga turut menangis kembali.
Sebak yang tidak terhingga.
Hali kini terduduk.
Melepaskan segala rasa sedih yang cukup berat untuk ditanggung lagi.
Dia menumbuk lantai berkali-kali.
"INI SEMUAAA SALAH AKUUU!!!"
Tindakannya menumbuk lantai tersebut membuatkan Solar dan Ice serta-merta memegang dan menahan tangan Hali dari terus menumbuk lantai. Buku lima tangan kanannya sudah berdarah-darah.
Solar dan Ice sedaya upaya menahan Hali namun tidak berjaya kerana Hali lebih kuat melawan dan terus menumbuk lantai sambil menjerit-jerit. Mereka berdua hanya mampu memeluk Hali bagi menenangkannya.
"Kau tak salah Hali. Please,.. jangan salahkan diri sendiri." Pujuk Ice, tidak melepaskan pelukannya dari Hali.
Lama kelamaan Hali semakin lemah kerana penat.
Dia pengsan kembali.
Yaya dan Ying segera keluar dari bilik rawatan untuk memanggil doktor.
Gopal pula membantu Ice dan Solar memapah Hali dan membaringkannya di katil rawatan kembali. Fang membalut kemas tangan Hali dengan tuala buat sementara waktu bagi memberhentikan darah yang terus mengalir.
Doktor dan jururawat masuk ke bilik rawatan dan melihat keadaan Hali.
"Jom lah keluar, biar Hali dengan Duri rehat dulu." Ujar Gempa sambil mengesat air matanya yang tetap mengalir tanpa henti. Mungkin kerana terlalu sebak melihat keadaan abangnya.
Mereka semua akur dan keluar dari bilik rawatan bagi membenarkan Hali dan Duri berehat.
°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°
Jenazah Taufan telah selamat dikebumikan. Yaya, Ying, Fang, Gopal, Blaze, Ice, Solar dan Duri meminta diri untuk pulang dari tanah perkuburan.
Kini tinggal Hali dan Gempa berduaan di samping kubur Taufan.
YOU ARE READING
LUKISAN KENANGAN
Fanfiction⚠️⚠️⚠️ THIS IS ANGST STORY OF TAUFAN ⚠️⚠️⚠️ Gempa, Halilintar dan Taufan merupakan adik-beradik kembar. Sama juga dengan Solar dan Duri, serta Blaze dan Ice. Ketujuh-tujuh dari mereka bersahabat akrab. Hali sangat rapat dengan Solar dan Ice sejak z...