[2] CEMBURU

64 7 0
                                    

Yaya dan Ying kini sudah berdiri dihadapan rumah Halilintar. Yaya memberi salam dan tidak lama kemudian, kelibat seseorang berbaju t-shirt hitam merah muncul di pintu rumah beserta jawapan salam darinya. Halilintar mempelawa kedua-dua gadis itu masuk ke rumah. Pintu rumah dibiarkan terbuka kerana tidak manis jika jiran² ternampak. Kelihatan Fang, Solar dan Taufan juga sudah berada di ruang tamu. Gempa pula berada di dapur bagi menyiapkan projek kulinarinya.

"Duduklah dulu, aku pergi buat air kejap." Hali kemudiannya berlalu ke dapur untuk menyediakan air buat 2 gadis itu.

"Aik? Korang bertiga je? Yang lain mana?" Soal Ying kehairanan apabila dia perasan bahawa kelibat Gopal, Ice, Blaze dan Duri tidak kunjung tiba.

"Ohh— Duri, Blaze dan Gopal pergi main futsal katanya. Ice pulak taknak join sebab dia nak tidur katanya."

Ying dan Yaya hanya mengangguk faham mendengar penjelasan ringkas dari Taufan. Beberapa minit kemudian, Hali kembali ke ruang tamu bersama seteko teh o panas dan beberapa gelas. Hali ingin menuangkan air namun dihalang segera oleh Yaya.

"Takpe, aku boleh tuang sendiri. Terima kasih Hali." Terukir senyuman manis dibibir gadis berbaju merah jambu itu. Warna merah jambu sudah seperti simbolik kepada keperibadian Yaya yang bersifat ayu.

Muka Hali sudah merah padam. Mungkin kerana terkesima melihat wajah manis gadis kesukaannya. Solar hanya melihat situasi itu dengan wajah yang menahan cemburu didada. Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Yaya namun disebabkan Halilintar meluahkannya terlebih dahulu berkenaan perasaannya terhadap Yaya, maka Solar memilih untuk berahsia dengan sahabat karibnya itu.

Solar cuba untuk bertenang dan menyejukkan hatinya. Dia mencapai teko dihadapannya untuk meneguk segelas air namun siapa sangka, Yaya juga turut mencapai teko tersebut pada waktu yang sama dan secara tidak sengaja tangan mereka berdua bersentuhan sesama sendiri. Kali ini, riak wajah Hali pula yang berubah. Dia cuba menahan cemburu melihat adegan itu dihadapan matanya.

"Erm Yaya— kau boleh tak tunjukkan kat kiteorang cara nak buat shading yang betul?" Taufan cuba memecah keheningan suasana yang sedikit tegang sebentar tadi.

Ya, Taufan tahu bahawa abangnya itu sedang menahan cemburu di hati dan dia tahu sifat baran Hali tidak boleh dikawal sekiranya tidak dibendung segera.

Mereka berenam meneruskan sesi ulangkaji seperti yang dirancang. Di dalam kelas mereka, Hali, dan Yaya lah yang paling handal dalam subjek seni halus. Oleh kerana itu, Taufan lebih berminat untuk belajar tentang subjek tersebut daripada Yaya. Bukannya dia tidak boleh menuntut ilmu daripada Hali, tetapi abangnya itu kurang berminat untuk mengajar. Masing² diberikan satu arahan yang sama oleh Yaya iaitu melukis objek yang berada dihadapan mereka.

Yaya hanya memantau lukisan yang dilukiskan setiap dari mereka berlima. Sehinggalah tiba di Solar, Yaya memberhentikan langkahnya. Hali melirik sedikit untuk melihat Yaya dan Solar. Yaya kini berada berdekatan dengan Solar. Dia membantu Solar dengan menunjukkan cara yang benar untuk melukis.

Taufan memandang Hali. Hali yang sedang melihat Yaya dan Solar, menggenggam berus lukisannya dengan kuat. Kelihatan jarinya jelas kemerahan kerana dia menggenggam berus lukisannya dengan sangat kuat sehinggalah—

Prakkk

Kesemua mereka memandang Hali dengan wajah terkejut oleh kerana bunyi tersebut datang daripada Halilintar. Taufan melihat tangan abangnya itu sudah berdarah. Taufan mengambil sapu tangannya dan mencapai tangan Hali, namun ditepis kasar oleh abangnya itu. Hali bangun serta-merta dan menuju ke biliknya. Pintu dihempas kasar. Kelima-lima mereka terkedu melihat situasi itu. Gempa yang berada di dapur juga turut terkejut dan menjenguk mereka semua.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now