[4] PANIK

91 10 0
                                        

Jam menunjukkan pukul 8:05 pagi...

Gempa yang sudah menyiapkan sarapan memanggil 2 orang abang kembarnya untuk bersarapan bersama-sama. Taufan yang sudah bersiap untuk ke kuliah mengambil tempat duduknya untuk bersarapan terlebih dahulu. Beberapa minit kemudian, Hali tiba di meja makan. Dia kelihatan sedikit kelam-kabut.

"Aik Hali- kelam-kabut je. Tak sarapan dulu ke?" Soal Gempa.

Hali mencapai sekeping roti yang telah disapu jem strawberi dan meletakkannya di mulut sebelum meluru ke pintu rumah. "Sorry Gem, tak sempat dah ni."

"Li, kau datang tak persembahan teater final aku pukul 2 petang nanti?" Taufan cuba mengingatkan abangnya itu kembali kerana Hali ada berjanji untuk datang ke persembahan final teaternya tempoh hari.

"Tengok dulu Fan. Hari ni aku kena hantar projek seni aku dengan Solar. Banyak lagi yang tak siap— kalau sempat aku datang la eh."

Tidak lama selepas itu kelibat Hali hilang dari pandangan Taufan dan Gempa. Wajah Taufan sedikit hampa namun dia cuba memahami keadaan abangnya yang sentiasa sibuk itu. Dia kembali menikmati sarapan yang disediakan Gempa.

Gempa turut mengambil tempat duduk dihadapan Taufan untuk bersarapan bersamanya. Wajah Taufan ditenung. Gempa mulai perasan tentang wajah Taufan yang kelihatan agak pucat daripada biasa.

"Upann, kau nampak pucat sangat harini. Kau sihat tak ni?" Tegur Gempa kerisauan.

"Taklah. Aku okay je. Maybe sebab penat sikit kut. Seminggu ni kan aku asyik berlatih je."

"Sekarang ni kau larat tak nak buat persembahan petang nanti?"

"Kau ni GemGem, risau sangat laaa. Aku okay jee! Lagipun kiteorang ada pengganti kalau apa² jadi. Kau tak payah la risau."

"Haih yela²."

°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°

Jam 2:30 petang...

Hali berulangkali menelefon Solar sambil melihat jam tangannya berkali-kali.

"Ish jawablah call aku. Kau pergi mana pulak kali ni."

'Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.'

Ini sudah kali ke-12 Hali mendail nombor telefon Solar namun tidak berjawab. Hali yang keberangan mencampak handphonenya ke tanah.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi datang dari phone Hali. Dia mengambil kembali phonenya yang dilemparkan ke tanah sebentar tadi.

————————————————————————
Sunshine ☀️💛

Sunshine ☀️💛
Sorry Hali, kalau kau hantar kerja tu sendiri boleh ke?
2:32 p.m.

You
Asal lak? Kau kat mana?
2:32 p.m.
✓✓

Sunshine ️💛
Aku pergi tengok teater Duri. Tapi sebelum tu aku ada kerja sikit, so aku tak confirm lagi pergi ke tak. Kau tak pergi tengok ke?
2:33 p.m.

————————————————————————

Hali menepuk dahinya. "Aduhhh, macam mana boleh lupa pulak ni. Aku dah janji dah dengan Upann nak datang."

LUKISAN KENANGANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang