"Jadi, macam mana doktor?" Soal Gempa.
Dr. Kasa menghela nafas berat.
"Berdasarkan keputusan ujian makmal dan CT scan En.Taufan, ada sedikit gangguan pada bahagian otak frontal dan temporalnya. Mungkin ianya side effect dari pembedahannya sebulan yang lalu. Sebab itu, ada sebahagian perkara yang diingatinya dan tidak diingatinya."
Hali dan Gempa hanya mengangguk faham mendengar penjelasan Dr. Kasa.
"Tapi, saya rasa saya perlu rujuk En. Taufan ke bahagian psikiatri."
"Psikiatri?" Hali mengerutkan dahinya.
"Ya. Berdasarkan kumpulan data saya dari En. Taufan, dia ada beritahu yang dia mengalami beberapa episod halusinasi dan tekanan perasaan atau secara ringkasnya, depresi."
Hali dan Gempa saling berpandangan antara satu sama lain. Riak wajah mereka berdua mulai risau. Namun, Gempa cuba untuk bertenang.
"Kepada siapa ya abang kembar saya akan dirujuk di bahagian psikiatri nanti?" Soal Gempa untuk mendapatkan kepastian.
"Saya akan rujuk En. Taufan kepada Dr. Kira'na. Beliau merupakan pakar psikiatri hospital ini. Nanti kamu berdua boleh tanya maklumat lanjut kepada Dr. Kira'na. Harini dia tiada appointment dengan mana² pesakit. Jadi, saya akan rujuk En. Taufan terus kepadanya." Terang Dr. Kasa.
"Okay baik. Terima kasih doktor." Hali dan Gempa bersalaman dengan Dr. Kasa sebelum keluar dari bilik konsultasi.
°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°
Gempa dan Hali keluar dari bilik konsultasi. Duri yang menemani Taufan di ruangan menunggu terus bangun seraya melihat Gempa dan Hali keluar dari bilik Dr. Kasa.
"Macam mana Gem? Hali?" Duri memandang Hali dan Gempa dengan wajahnya yang dipenuhi tanda tanya.
Gempa mengeluh sambil memandang Taufan yang sedang duduk di kerusi dengan tatapan sayu. Dia memegang bahu Duri dan melihat Duri semula. "Taufan kena refer psikiatri."
Duri sedikit terkejut mendengar berita itu. Dia memandang Taufan. Terasa sebak di dada mengenangkan sahabatnya yang baru sihat kini sakit kembali.
Taufan sedang termenung di kerusi menunggu. Hali kini berdiri dihadapan adiknya itu. Tangannya dihulurkan kepada Taufan. "Jom."
Taufan menolak tangan Hali perlahan. "Kenapa aku kena rujuk psikiatri? Aku bukan gila pun." Dia merenung Hali tajam.
Hali menarik lengan Taufan perlahan. "Ini bukan soal kalau pergi psikiatri maknanya kau dikira gila. Bukan, Fan.. Kau kena pergi jugak. Ini demi kesihatan kau."
"Tch. Sejak bila kau kisah sangat pasal aku? Biasanya abaikan je." Decih Taufan perlahan.
Hali sedikit tersentak. "Apa dia?"
Taufan tersenyum sinis. "Heh— kau dengar kan?" Taufan kini memandang tajam ke dalam mata Hali. Hali menelan liur yang terasa sedikit berpasir di tekaknya. Emosi adiknya itu sekarang semakin tidak dapat dijangka.
"Aku tak kira. Kau kena pergi jugak." Hali menggenggam pergelangan tangan Taufan dan menarik adiknya itu secara paksa.
"Ouch! Sakit ah!" Taufan mengaduh kesakitan kerana Hali menggenggam lengannya dengan kuat.
YOU ARE READING
LUKISAN KENANGAN
Fiksi Penggemar⚠️⚠️⚠️ THIS IS ANGST STORY OF TAUFAN ⚠️⚠️⚠️ Gempa, Halilintar dan Taufan merupakan adik-beradik kembar. Sama juga dengan Solar dan Duri, serta Blaze dan Ice. Ketujuh-tujuh dari mereka bersahabat akrab. Hali sangat rapat dengan Solar dan Ice sejak z...