[6] PENYESALAN

55 8 0
                                    

Jabatan Kecemasan & Trauma — Ruang Menunggu Emergency Operation Theatre.

Hali, Blaze, Duri dan Miss Kuputeri sedang menunggu di ruangan menunggu dewan bedah jabatan kecemasan. Sudah setengah jam Taufan berada di dalam dewan bedah. Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan kerana terdapat darah beku dibahagian otaknya.

Tidak lama kemudian, kelibat Gempa muncul.

"Hali!" Gempa terus berlari ke arah Hali sebaik sahaja susuk tubuh abangnya itu kelihatan.

Hali memandang Gempa sekilas. Dia tersenyum tawar seraya melihat adik kembarnya itu tiba di hospital. Wajah Hali kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya. Matanya juga bengkak kerana menangis teruk sedari tadi.

Gempa memeluk tubuh Hali dengan erat.

"Sorry Gem—"

"Shhh— Ni bukan salah sesiapa." Gempa memotong percakapan abangnya itu kerana dia tahu yang Hali pasti akan menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi kepada Taufan.

Ice turut menuju kepada Hali diikuti Solar dibelakangnya.

Ice kini menyentuh bahu Hali. Dia merenung sahabatnya yang sedang berduka itu. Ice menghela nafasnya yang terasa berat. Hali yang merasakan sentuhan sahabatnya itu mengangkat kepalanya lemah.

"Ice." Hali senyum tawar.

Pandangannya kini beralih kepada Solar yang berada disisi Ice. Wajah Solar dilihat sekilas. Tampak sedikit sebanyak kegusaran di wajah Solar. Hali mengalihkan pandangannya. Matanya kini digenangi air mata.

"Maaf Li, kalau bukan sebab aku—"

"Tak. Ni salah aku sendiri." Hali memotong kata² Solar seraya mengesat air matanya yang mengalir tanpa henti setelah melihat kehadiran Solar.

Sakit rasanya. Tetapi, ianya bukan sakit hati kerana Solar lagi. Rasa sakitnya sudah berubah ke tahap kritikal yang mana dia tidak tahu lagi mengapa hatinya begitu sakit.

"Dah². Sekarang bukan masanya untuk salahkan diri sendiri. Kita doa je banyak² supaya Taufan selamat." Ujar Ice cuba meredakan situasi yang mula menegang.

Ice kini duduk disebelah Blaze. Dia tahu, kembarnya juga pasti sangat terkesan kerana Blaze, Taufan dan Duri sangat akrab antara satu sama lain. Blaze masih termenung dengan wajahnya yang kosong. Terlihat seakan dia masih terkejut dengan tragedi yang berlaku. Bahu Blaze dirangkul dan dipeluk Ice. Ice dapat merasakan yang Blaze pasti trauma melihat tragedi itu dihadapan matanya sendiri.

Solar pula melihat Duri. Kelihatan kembarnya itu masih menangis teresak-esak sedari tadi. Duri memang sangat sensitif orangnya. Solar juga turut memilih untuk berada di samping kembarnya bagi menenangkan Duri. Solar cuba memujuk Duri untuk berhenti menangis.

Miss Kuputeri meminta izin untuk pulang memandangkan semua sudah ada untuk menemani saksi tragedi.

"Terima kasih miss sebab hantarkan Taufan ke hospital." Ucap Gempa kepada Miss Kuputeri.

"Sama-sama. Apa² update terbaru tentang Taufan nanti jangan lupa beritahu saya ya?" Pesan Miss Kuputeri.

Kelihatan wajahnya masih dipenuhi kerisauan kerana memikirkan pelajar kesayangannya itu ditimpa tragedi yang dahsyat. Gempa hanya mengangguk tanda memahami pesan yang disampaikan oleh pensyarah abangnya itu.

3 jam berlalu...

"Hali, Blaze, Uyi— korang dah makan belum ni?" Soal Gempa.

Hanya Blaze yang menggelengkan kepalanya. Hali dan Duri hanya mendiamkan diri. Gempa mengeluh.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now