Taufan dimasukkan ke wad psikiatri dan berada di bawah pantauan Dr. Kira'na sehingga status mentalnya kembali terkawal. Setelah sebulan lebih menjalani rawatan, simptom² serangan Schizo Taufan sudah berkurangan dan dia dibenarkan keluar dan pulang ke rumah.
Hari ini, 12 Mac 2024—
Taufan discharge dari hospital dan pulang ke rumah bersama Gempa yang turut ditemani Duri. Setibanya di rumah, Taufan menghempaskan badannya di sofa untuk melepaskan lelah di dada. Matanya kini tertumpu ke arah dinding yang terdapat kalendar.
Esok adalah hari ulang tahun kelahiran mereka bertiga iaitu Hali, Taufan dan Gempa. Taufan memikirkan sesuatu sehinggalah satu idea terlintas difikirannya. Dia menuju ke dapur dan mengeluarkan bahan² masakan. Tampak seperti bahan-bahan untuk membuat biskut atau kek. Gempa yang melihat tindakan Taufan, menahan abangnya itu serta-merta.
"Upan. Kau nak buat apa? Kau kan baru je discharge dari hospital.. Rehat lah.." Ucap Gempa.
"Alaaa kau ni Gem. Risau sangat lah. Kalau aku tak okay, kenapa aku boleh keluar?" Bidas Taufan.
"Kau nak buat apa Fan? Bagitahu lah, kita buat sama²." Duri mencelah.
"Erm— actually, aku nak buat kek coklat moist kegemaran GemGem dengan biskut chipsmore kegemaran Hali." Taufan tersengih sambil menggaru-garu pipinya.
"Aik? Kenapa tiba²? Untuk apa?" Soal Gempa hairan.
"Ish kau ni! Sampai hati lupa birthday kita. Esok kan birthday kitaaa— lupa kee??" Taufan memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Gempa menepuk kedua belah pipinya.
"Aduhhh— macam mana boleh lupa siot."
"Macam mana lah tak lupa semua benda penting kalau kau asyik risau pasal aku je. Padahal aku okay je." Ujar Taufan.
"Alaa normal la tu. Tu tandanya Gempa sayangkan kau sangat²." Balas Duri.
"Hm yelah². Dah sini, tolong aku buat kek and biskut ni!" Taufan merangkul leher Gempa dan Duri.
"Shh— jangan bagitau Hali lagi tauuu." Taufan meminta Gempa dan Duri untuk merahsiakan perkara tersebut dari abangnya.
"Eh asal lak? Tak aci la. Kau nak surprise Hali tapi aku, kau tak surprise pulak." Gempa mencebik bibir tidak puas hati.
"Alololo kecik hati pulak dia yeee—" Taufan mencubit pipi Gempa. Gempa mengaduh kesakitan kerana Taufan mencubit pipinya dengan kuat. Duri pula tertawa melihat gelagat dua beradik itu.
"Haa— apa kata esok kita buat parti je? Kita ajak la semua datang. Tapi, dengan Hali jela kita rahsiakan. Amacam?" Cadang Duri.
Taufan petik jari. "Wuish! Cun jugak idea kau ni! Kalau macam tu esok kita buat parti lah!"
Gempa turut bersetuju dengan cadangan Duri namun dalam masa yang sama dia masih merisaukan keadaan Taufan.
"Kau okay ke Taufan? Betul eh kau larat? Jangan paksa diri."
"Gem! Kalau aku tak larat takdenya aku nak ajak buat. Lagipun korang kan tolong aku.. kalau nak tambah tenaga pun boleh. Kau call la Gopal and Blaze suruh datang tolong HAHAHAHAH." Taufan cuba meyakinkan Gempa.
Akhirnya Gempa akur dan mempersetujui projek Taufan dan Duri tersebut. Gempa menelefon Gopal dan Blaze untuk datang menolong mereka bertiga.
°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°
YOU ARE READING
LUKISAN KENANGAN
Fanfiction⚠️⚠️⚠️ THIS IS ANGST STORY OF TAUFAN ⚠️⚠️⚠️ Gempa, Halilintar dan Taufan merupakan adik-beradik kembar. Sama juga dengan Solar dan Duri, serta Blaze dan Ice. Ketujuh-tujuh dari mereka bersahabat akrab. Hali sangat rapat dengan Solar dan Ice sejak z...