[13] PERGI

41 3 0
                                    

>>>⚠️ ANGST WARNING IN THIS CHAPTER! ⚠️<<<

Pukul 7:45 malam.

Hali masih belum pulang. Semua sudah berada di rumah triplets itu kecuali Solar, Ice, Yaya, Ying dan Fang kerana mereka berlima akan datang ke parti lewat sedikit. Mereka berlima mempunyai rancangan mereka yang tersendiri untuk memberi surprise kepada Hali.

Taufan cuba menelefon Hali berkali-kali namun tidak berjawab. Wajahnya tampak gelisah memikirkan abangnya yang belum pulang. Duri yang melihat Taufan gelisah sedari tadi mula mendekati rakannya itu.

"Tunggu dulu Fan. Mungkin dia singgah mana² ke? Jangan risaulah." Duri cuba menenangkan Taufan.

"Ye dho. Dari tadi kau mundar-mandir macam tu. Chill la. Jom kita main PS4 dulu." Blaze menyampuk.

Taufan mengendahkan rakan-rakannya dan meneruskan hasratnya untuk tetap menelefon abangnya itu.

"Upan.. Stay calm." Pujuk Gempa.

"Aku tak boleh! Macam mana kalau ada apa² jadi dekat dia? Aku taknak dia sakit!" Taufan sedikit panik.

"Tenang Fan. Kalau kau panik, nanti sakit kau datang balik. Tenang... Aku ada. Aku yakin Hali okay je. Cuma, mungkin dia balik lambat sikit. Kau kenal kan abang kau tu macam mana.." Gempa tetap cuba bertenang dalam memujuk Taufan.

Taufan mengatur pernafasannya semula.

Tidak lama kemudian, bunyi enjin motosikal Hali kedengaran di luar rumah.

"Haa tuu. Panjang umur." Ujar Gempa.

"DEYY TUTUP LAMPU! READY²!"

Gopal dan Blaze pergi menutup semua suiz yang ada di kawasan ruang tamu. Manakala Gempa dan Taufan bersiap sedia dengan kek hari lahir mereka bertiga.

Hali membuka pintu rumah. Gelap gelita. Dia membuka suis lampu ruang tamu yang berada berdekatan dengan pintu rumahnya.

Suis dibuka.

.
.
.
.
.
.
.

"Happy Birthday to Us!"

Hali terkesima seketika. Namun, barannya petang tadi masih belum hilang. Wajahnya kembali tidak berperasaan.

"Happy Birthday to Us!"

Gempa dan Taufan menuju ke arah Hali. Gempa membawa sebiji kek manakala Taufan membawa biskut kegemaran Hali yang telah dibuat olehnya.

"Happy Birthday to HaliTauGem!"

Blaze, Duri dan Gopal turut menyanyikan lagu ulang tahun untuk triplets itu.

"Happy Birthday to Us!"

Taufan, Gempa, Blaze, Duri dan Gopal bersorak kegembiraan kecuali Hali.

Dia masih berdiri dihadapan pintu rumah.

"Make a wishh!" Ucap Taufan teruja.

Hali diam. Dia memandang kedua-dua adik kembarnya itu dengan tatapan yang kosong dan wajah yang datar. Tidak kelihatan sedikitpun perasaan gembira di wajahnya.

"Hali?" Gempa memanggil abangnya itu.

Hali mengeluh.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now