3 tahun berlalu...
Hali kini sedang membetulkan blazer hitam miliknya dihadapan cermin di dalam bilik bagi memastikan dirinya cukup kemas. Surai rambut putihnya juga dirapikan.
"Hali! Cepat— nanti kita lambat!" Jerit Gempa dari garaj rumah. Gempa menghidupkan enjin kereta sementara menunggu Hali.
10 minit berlalu..
Hali keluar dari pintu rumah dan menyarung kasutnya.
"Lama siot. Bersiap macam perempuan." Bebel Gempa.
Hali tersengih.
Gempa kembali tersenyum saat melihat penampilan abangnya itu.
"Kalau Fan ada. Mesti dia paling excited kan?" Ujar Gempa secara spontan.
Hali tersenyum kecil namun masih kelihatan riak wajahnya berubah sebak seketika.
"Dah². Tak elok sedih². Harini kan hari penting! Have fun!" Gempa menepuk bahu Hali.
Hali mengukir senyuman manis sekali lagi. Dia dan Gempa kemudiannya masuk ke dalam kereta sebelum beredar dari perkarangan rumah mereka.
°•°>>>🌪️💙🌪️<<<°•°
Duri melihat jam tangannya berkali-kali.
"Haishh— lambatnya diorang ni. Orang dah ramai ni."
Duri mundar-mandir di pintu utama sebuah bangunan yang bercirikan muzium seni.
Solar menepuk bahu Duri dari belakang. Ice dan Blaze turut berada di situ kerana mengikuti Solar mencari Duri.
"Kejap lagi diorang sampai lah tu." Ucap Solar.
"Takde lah. Sekarang dah pukul berapa dah." Rungut Duri.
"Alaa santai lah. Dah² jom masuk balik, kan GemGem dah mintak tolong kita layan semua tetamu." Ujar Ice.
"Kau ni risau sangat lah. Patutnya kau excited. Harini kan hari penting! Dah! Jom ikut aku pergi check desserts dengan Gopal!" Blaze serta merta merangkul leher Duri dan mengheretnya masuk ke dalam bangunan tersebut kembali.
Duri hanya mampu meronta-ronta saat diheret Blaze. Ice pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sudah cukup faham dengan perangai Blaze yang sebegitu rupa.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta yang amat dikenali Solar dan Ice muncul di perkarangan 'drive thru' lobi utama bangunan tersebut.
"Haa sampai pun." Ucap Ice.
Hali dan Gempa keluar tergesa-gesa dari kereta dan menaiki tangga menuju ke lobi utama.
"How's the event going?" Soal Gempa dalam keadaan tercungap-cungap menaiki tangga perkarangan lobi utama.
"Don't worry. Everything is going well. Kiteorang dah start and semua tetamu pun tengah menjamu selera. Cuma, tengah tunggu majlis perasmian dari korang berdua je." Balas Solar panjang lebar.
"Okay good! Hali— aku masuk dulu, aku nak kena tengok bahagian pengurusan makanan. I'll come back to you later." Kata Gempa sambil menepuk-nepuk bahu Hali sebelum bergegas memasuki bangunan.
YOU ARE READING
LUKISAN KENANGAN
Fanfiction⚠️⚠️⚠️ THIS IS ANGST STORY OF TAUFAN ⚠️⚠️⚠️ Gempa, Halilintar dan Taufan merupakan adik-beradik kembar. Sama juga dengan Solar dan Duri, serta Blaze dan Ice. Ketujuh-tujuh dari mereka bersahabat akrab. Hali sangat rapat dengan Solar dan Ice sejak z...