[8] PULANG

28 5 0
                                    

Taufan akhirnya dapat keluar dari hospital setelah keadaan kesihatannya beransur pulih. Seminggu pun sudah berlalu sejak dia pulang dari hospital. Dia juga belum menghadiri kuliah kerana Gempa dan Hali menyuruhnya berehat terlebih dahulu. Memandangkan cuti semester Gempa sudah bermula, maka Hali tidak risau tentang keadaan Taufan yang perlu berada seorang diri di rumah kerana Gempa ada untuk menemani Taufan.

Taufan kini sedang duduk di kerusi iaitu berdekatan dengan jendela biliknya sambil melukis di dalam buku lukisannya. Baginya, dengan merenung ke luar jendela, lebih banyak ilham yang akan diperolehi. Namun, aktivitinya itu tergendala seketika kerana dia beralih ke meja belajarnya untuk meregangkan diri dan berehat buat seketika. Laci meja dibuka dan terdapat beberapa keping gambarnya, Hali dan Gempa sewaktu kecil. Terdapat juga beberapa helai lukisannya yang kelihatan sudah kusam dan berhabuk.

'Lukisan ni masa aku 13 tahun.' Taufan tersenyum melihat lukisan yang dilukis olehnya sewaktu berumur 13 tahun.

"Gembiranyaaa kau sekarang—"

Taufan tersentak.

Dia melihat sekeliling biliknya. Tiada sebarang kelibat sesiapa pun. Taufan merasa berdebar buat seketika.

"Suara tu lagi.. SIAPA KAU HAH?!!" Jerit Taufan.

Tiba² helaian gambar yang dipegang Taufan dirampas oleh seseorang dari arah belakang. Taufan tersentak lagi tetapi kali ini dia sedikit panik. Taufan memusingkan badannya kebelakang.

Taufan terkesima.

Dia terasa seperti peredaran darah di seluruh badannya terhenti buat seketika. Taufan menampar-nampar pipinya untuk memastikan dirinya tidak berada dalam khayalan. Susuk tubuh lelaki yang dilihatnya sekarang kelihatan tidak asing baginya namun dia tidak dapat mengingati dengan baik. Taufan cuba mengatur nafasnya semula.

"Apasal kau terkejut sangat ni? Macam tak pernah nampak aku je." Soal lelaki itu.

"Siapa kau?! Kenapa kau asyik muncul je sejak akhir-akhir ni? Kau nak apa dari aku?!" Gertak Taufan.

"Wooo²— chill la. Fan, takkan lah kau tak ingat aku?" Soal lelaki itu kembali sambil membelek-belek setiap helaian gambar yang dirampasnya dari Taufan.

Taufan menggelengkan kepala.

Lelaki tersebut mengeluh seraya duduk di penjuru kaki katil Taufan. Dia kini duduk berhadapan dengan Taufan sambil mengukirkan segaris senyuman. Dia mengambil tangan Taufan dan meletakkan kembali gambar-gambar tersebut di tangan Taufan.

"Aku— Beliung. Bel? Tak ingat ke?"

Ya. Beliung— sahabat Taufan di alam mimpinya sewaktu koma.

Taufan memegang kepalanya yang terasa sakit tiba². Dia cuba mengingati sesuatu namun tidak mampu.

"Sampai hati kau lupakan aku— aku sanggup lepaskan kau pulang kat abang, adik and kawan² kau tauu.." Beliung membuat muka sedih dan kecewa.

"JANGAN KACAUUU AKUU LAHHH!!!" Jerit Taufan. Buku lukisannya dilempar ke arah Beliung namun tidak mengenai susuk tubuh itu.

Tiba² pintu bilik Taufan dibuka oleh Gempa. Taufan mengalihkan pandangannya ke arah Gempa. Nafasnya masih tercungap-cungap.

"Taufan? Kenapa kau jerit? Kau cakap dengan siapa tadi?"

Taufan memandang kembali ke arah Beliung. Beliung masih ada di situ sambil baring di atas katilnya.

"Kk-kau tak nampak ke Gem?!" Soal Taufan terketar-ketar sambil menunjuk ke arah Beliung yang dilihatnya.

Gempa menggelengkan kepalanya.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now