[9] FLASHBACK

37 5 0
                                        

TAUFAN POV

Aku kini sedang berdiri di satu tempat. Di tengah hujan yang sangat lebat. Aku memandang kehadapan, melihat Hali meninggalkanku pergi begitu sahaja. Aku menunduk ke tanah sambil memegang erat dadaku dan memeluk sesuatu. Aku merasakan perit yang teramat sekali. Aku tidak tahu apa yang sedang terjadi padaku.

Bentuk tubuhku sedikit kecil daripada biasa. Begitu juga Hali.

'Aku berada di masa silam ke?' Bisik hatiku.

Fikiranku secara tiba² mengimbas kembali peristiwa yang telah terjadi yang mana telah membuatkan aku rasa sakit yang teramat seperti ini.

.
.
.
.
.
.

.

"Dahlah Fan! Aku penat lah layan kau! Macam budak² tau tak?!" Jerkah Hali terhadapku.

Aku terkesima. Air mataku turut bergenang di pelupuk mataku.

"Hali! Apa masalah kau ni?!" Gempa yang sedang memelukku membalas jerkahan Hali sebentar tadi.

"Tch. Masalah aku? Kau tahu tak— sebab dia ni lah aku tak dapat jumpa Solar untuk sambut birthday aku harini." Rungut Hali.

"Birthday kau? Kau ulang balik. Kau cakap birthday kau?!" Gempa mula naik angin.

Hali terdiam. Dia memandangku kesal.

"YE! BIRTHDAY KITA! TAPI AKU DAH JANJI DENGAN SOLAR SEBAB DIA KATA DIA NAK BAGI AKU SURPRISE." Hali cuba menegakkan kebenarannya.

"Seriously Hali? Kau lagi pentingkan Solar dari kembar² kau ni sendiri? HARINI BIRTHDAY KITA TAU! SEPATUTNYA DENGAN KITEORANG KAU PATUT LUANGKAN MASA!" Gempa menarik kolar baju Hali.

"KAU TAU TAK? KALAU IKUTKAN, UPAN DENGAN AKU BOLEH JE LA NAK SAMBUT BIRTHDAY SENDIRI SEBAB DURI AND BLAZE PUN ADA NAK BUAT SURPRISE TAPI KAMI NI SANGGUP KETEPIKAN DURI DAN BLAZE DEMI KAU!" Gempa benar² hilang sabar dengan sikap abang kembarnya itu.

Hali menepis genggaman tangan Gempa di kolar bajunya. "Tch. Tepi lah."

"DAHLAH. JANGANLAH GADUHH!!" Aku menjerit demi menghentikan perbalahan itu dihadapanku. Aku sedikit tertekan. Air mataku sudah berjujuran mengalir di kedua belah pipiku.

"Heh— asal kau nangis Fan? Takkan sebab benda² bodoh macam ni je kau nak koyak?" Hali mengambil lukisan² yang dihadiahkan olehku kepadanya.

Dia mengangkat lukisan paling berharga yang aku hadiahkan untuknya. "Tch. Kalau setakat benda ni, aku boleh lukis lagi elok lah." Hali meronyokkan lukisanku dan melemparkannya kepadaku.

Aku terkesima melihat perilakunya. Sungguh pedih. Namun, cuba ku tahan sebaik mungkin.

"Dah. Aku malas nak buang masa." Hali berlalu pergi begitu sahaja.

Aku membuka gumpalan kertas lukisanku. Air mataku menitis seraya lukisan berharga yang cuba disiapkan olehku selama seminggu lebih musnah begitu sahaja. Namun, aku mengesat laju air mataku. Aku memandang Gempa. Dia kelihatan sangat geram dengan perilaku yang baru sahaja dilakukan oleh Hali. Gempa ingin mengejar Hali namun segera ditahan olehku.

"Jangan—" Hanya itu sahaja perkataan yang mampu aku ungkapkan.

Gempa melepaskan pegangan tanganku.

"Jangan tahan aku. Aku nak ajar dia." Gempa berlalu pergi mengejar Hali.

Kini tinggal aku seorang diri di taman tersebut. Kami bertiga datang ke situ untuk berkelah bersama-sama. Namun, entah mengapa Hali menjadi baran tiba-tiba setelah aku berikan hadiah lukisanku untuknya.

LUKISAN KENANGANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang