[11] PARANOID

29 4 0
                                    

2 bulan berlalu...

Hari ini, 27 Februari 2024—  Taufan baru pulang dari temu janji klinik psikiatri bersama Dr. Kira'na. Hari ini dia tidak dapat menghadiri kuliah berikutan temu janji tersebut. Gempa menemaninya ke klinik hari ini oleh kerana Hali terlalu sibuk dengan final examnya. Mereka semua sudah berada di semester akhir dan akan bergraduasi tidak lama lagi. Jadi, masing-masing agak sibuk dengan peperiksaan akhir bagi menentukan kelayakan mereka untuk mendapat segulung ijazah.

Gempa pula tidak ada final exam oleh kerana kursusnya iaitu Seni Kulinari hanya memerlukan markah dari projek finalnya bersama Gopal tempoh hari. Oleh sebab itu, Gempa kurang sibuk dan dapat meluangkan lebih masa untuk menjaga Taufan. Final exam Taufan pula akan berlangsung lebih kurang 3 minggu lagi.

"Gem. Kau masuk lah rumah dulu. Aku nak melukis jap kat halaman rumah ni." Ujar Taufan sambil menyusun papan lukisan, bangku serta alatan² melukisnya.

"Okay baik. Tapi, kau okay ke ni? Aku pergi masak kejap je tau. Nanti dah siap aku datang kat kau balik." Gempa agak risau namun dia cuba mengawal kerisauannya.

Taufan hanya mengangguk sebelum duduk di bangku berhadapan dengan papan lukisannya. Gempa sudah sedia maklum, apabila Taufan sudah berada dihadapan kertas lukisan, jiwanya sudah tiada bersama orang di sekelilingnya lagi. Gempa melepaskan keluhan berat.

FLASHBACK

"Doktor.. saya nak tanya. Normal ke kalau perangai Taufan makin lama makin berubah? Saya tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi, dia macam dah kurang minat terhadap sesuatu. Kadang² kalau kita tunjuk perkara yang dia suka pun, takde reaksi dari dia macam gembira ke apa ke.." Soal Gempa berkenaan status kesihatan mental Taufan.

Sejak akhir-akhir ini, Taufan sudah kurang bercakap. Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri.

"Sebenarnya 'Anhedonia' atau secara ringkasnya kehilangan minat terhadap sesuatu ni memang salah satu karakteristik pesakit Schizophrenia. Dia akan ada masa² sahaja untuk jadi begini. Senang cerita dia ada 'relapse' iaitu ulangan yang tersendiri. Relapse ni penting untuk family pesakit tahu sebab ianya membantu dalam mengenalpasti gap (jarak) diantara satu episod serangan Schizo dengan satu episod yang lain ataupun tanda² serangan Schizo tu sendiri. Kadangkala, keluarga pesakit kurang tahu tentang konsep penyakit Schizophrenia ini. Misalnya, simptom yang kita anggap negatif, tak semestinya negatif untuk pesakit Schizo. Contohnya, berkenaan halusinasi Taufan. Pada pandangan kita nampak negatif untuk orang normal tapi sebenarnya ia adalah simptom positif untuk pesakit Schizophrenia. Begitu juga sebaliknya, simptom yang nampak positif di mata kita macam yang awak beritahu, Taufan sekarang dah kurang bercakap dan tampak mampu mengawal kesedihannya tetapi pada dasarnya ia adalah simptom yang negatif untuk pesakit Schizo. Kenapa negatif? Sebab kita tak tahu bila² masa dia boleh mencederakan dirinya mahupun orang di sekelilingnya."

Gempa mengangguk faham. Wajahnya sedikit khawatir setelah mendengar penerangan Dr. Kira'na. Dr. Kira'na yang melihat kekhawatiran Gempa, cuba menenangkan kembar pesakitnya itu dengan menyentuh bahu Gempa lembut supaya Gempa tidak semakin risau.

"Jangan risau. Setakat appointment kali ke 5 ini, keadaan mentalnya masih terkawal. Saya akan cuba sebaik yang mungkin untuk merawatnya. Jika ada apa² berlaku seperti serangan Schizo dia, tolong call saya serta-merta."

Gempa tersenyum. "Terima kasih doktor."

END FLASHBACK

Gempa mengesat air matanya sebelum masuk ke dalam rumah.

LUKISAN KENANGANWhere stories live. Discover now