Taufan berjalan di koridor kelas-kelas menuju ke kelasnya. Pada awalnya, dia berjalan dengan Hali namun si tsundere itu terus meninggalkannya sebaik sahaja bertemu dengan Solar. Macam biasa, Taufan pergi ke kelasnya seorang diri. Lagipun, dia dengan Hali bukannya sama kelas. Hali sekelas dengan Solar dan Ice. Manakala Taufan pula sekelas dengan Duri, dan Blaze.
Gempa mahu menemani Taufan tetapi pelawaan Gempa ditolak mentah-mentah oleh abang kembarnya itu. Katanya, dia sudah besar dan tak mahu diejek Blaze kerana Gempa seolah-olah lebih bersifat ke'abang'an berbanding dirinya. Jam tangan milik Taufan menunjukkan angka 8:50 pagi, Taufan membuat keputusan untuk pergi ke vending machine untuk membeli sekotak air tebu. Sudah menjadi rutin hariannya membeli sekotak air tebu. Setelah air dibeli, dia mengambil tempat duduk di sebuah bangku bagi menghilangkan dahaga dan melepaskan lelahnya sebelum masuk ke kelas.
Bahu Taufan dicuit, dan Taufan menoleh. Duri dan Blaze menyergah nya dari belakang. Namun, tiada apa-apa reaksi yang ditunjukkan Taufan selain muka datar nya.
"Alaaa tak jadi ke?" Keluh Blaze sambil menggaru-garu pipinya.
"Haih.. macam mana lah aku nak terkejut kalau hari² kau buat benda yang sama kat aku, di lokasi yang sama dan pada waktu yang sama?!" Taufan sweatdrops.
Duri dan Blaze tersengih-sengih.
"Hehehe, okay². Ampun.." Duri meminta maaf sambil menggaru-garu pipinya yang tidak gatal.
"Alaa kau ni. Tak payahlah garang macam Hali pulak." Blaze duduk di sebelah Taufan. Tiba², dia merampas air kotak tebu daripada tangan Taufan dan minum tanpa segan silu.
Taufan ternganga melihat tingkah laku Blaze yang sebegitu rupa.
"Woi! Suka² hati kau je amik air orang eh? Kalau nak beli sendiri lah." Taufan merampas kembali air kotak miliknya dari tangan Blaze.
"Alooo.. nak rasa sikit je.."
"Banyaklah kau punya sikit. Dapat kat kau air ni boleh habis sekelip mata je tau tak."
Blaze tersengih-sengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Duri yang baru menyedari ada ruang kosong di sebelah kiri Taufan, mengambil tempat tersebut.
"Macam mana demam kau? Dah okay?" Soal Duri sambil menyentuh dahi Taufan untuk merasai suhu badan Taufan. Akhir² ini memang Taufan sering demam namun dia enggan memberitahu penyebabnya. Berulang kali Gempa dan Hali mengajaknya pergi ke hospital namun ditolak mentah² olehnya.
"Okay lah sikit. Tapi selsema dan batuk tu ada lagi." Balas Taufan.
"Kau larat tak ni?" Soalnya lagi. Duri memang begitu, mudah risau akan orang² yang dia sayang.
"Aku larat la. Kalau tak larat kenapa aku datang kuliah? Eeee.. geramnya akuu." Kata Taufan sambil mencubit pipi Duri dengan kuat. Duri mengaduh.
Titt— Titt—!
Taufan melirik ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.
"Haa dahlah tu, pukul 9 dah ni. Jom masuk kelas. Nanti sir Kai kunci pintu pulak." Taufan bangun dari tempat duduknya.
"Alaaa lek luu. Kita lepak duluuu. Zaman bila pergi kuliah full class ni? Zaman universiti la syok nak skip kelas." Blaze mengeluh sebaik sahaja mendengar ajakan Taufan untuk ke kelas.
YOU ARE READING
LUKISAN KENANGAN
Fanfiction⚠️⚠️⚠️ THIS IS ANGST STORY OF TAUFAN ⚠️⚠️⚠️ Gempa, Halilintar dan Taufan merupakan adik-beradik kembar. Sama juga dengan Solar dan Duri, serta Blaze dan Ice. Ketujuh-tujuh dari mereka bersahabat akrab. Hali sangat rapat dengan Solar dan Ice sejak z...