AIREEN ANDIKA | 03

591 33 3
                                    

"Morning mama, papa." Sapa Raden Aurora. Pipi milik kedua orang tuanya dicium sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah suaminya.

"Morning. Lewat bangun." Sakat Puan Mariam membuatkan anak perempuannya itu tersengih.

"Mana ada lah. Aurora uruskan Umar tadi." Ujar Aurora membela diri. Dia memandang semua wajah di meja makan itu sebelum terhenti pada satu kerusi kosong.

"Andika mana? Tak bangun lagi?" Soal Aurora lagi selepas mendapati adik bongsunya tidak berada di situ.

"Agaknya lah. Lagipun semalam kitorang sampai hampir pukul 3 pagi." Terang Encik Affan.

"Lewatnya. Bukan ke mama kata bertolak dari sana lepas maghrib ke?"

"Morning." Sapa satu suara garau sebelum dia duduk di satu kerusi kosong. Penutup kepala  hoodie nya dibuka. Dia langsung tidak kisah dengan pandangan dari semua yang berada di situ.

"Panjang umur." Ujar Aurora sebelum pandangannya beralih pada satu sosok yang berdiri tidak jauh dari meja makan itu.

"Aireen, sini sarapan sekali. Tu duduk sebelah Andika." Aireen angguk perlahan. Dia tersenyum kekok sebelum bergerak mendekati suaminya.

"Siapa ni?" Soal Raden Aulia sebaik sahaja Aireen mengambil tempat dihadapannya. Wajah cantik itu direnung lama.

"Cantiknya." Terlepas perkataan itu dari bibir Aurora sebaik sahaja dia melihat senyuman nipis Aireen.

"Ni Aireen. Aireen Safiyya, isteri Andika."

"What?!" Bergema seluruh ruangan itu dengan suara terkejut mereka yang ada di situ. Wajah tenang Andika ditatap tidak percaya.

"Andika? Seriously?"

"Sejak bila?"

"Sejak semalam. Kitorang sah suami isteri sejak semalam." Ujar Andika datar. Pinggan yang berisi bihun goreng diletakkan di hadapan Aireen.

"Tapi macam mana?" Soal Aulia tidak faham.

"Benda ni jadi luar jangkaan kami. Nanti lah Andika cerita." Ujar Andika. Air kopi yang berada di hadapannya diambil sebelum dihirup.

"Aireen, makan lah. Jangan malu. Kat sini semua anak menantu papa mama. Abang kakak Andika." Aireen tidak mengeluarkan sebarang suara malah hanya mengangguk sahaja.

Agak malu berada dalam keluarga itu. Entah kenapa dia merasa dirinya agak kecil disitu.

"Makan lah. Jangan malu-malu. Kitorang semua tak makan orang pun." Hanan Qhadeeja meletakkan segelas susu dihadapan Aireen. Senyuman diberikan buat birasnya itu.

"Terima kasih."

"Tak tahu ke siapa dalang semua ni?" Soal Amir Firdaus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak tahu ke siapa dalang semua ni?" Soal Amir Firdaus. Mustahil benda ini berlaku secara tidak sengaja.

"Kau tak ada buat salah dengan siapa-siapa kan Andika?" Soal Raden Arjuna pula pada adiknya itu.

"Kau kenal aku macam mana kan, Long." Arjuna mengeluh sebelum mengangguk. Dia tahu adiknya itu bukan jenis suka cari pasal dengan orang.

Dia hanya tahu melakukan kerjanya ataupun hanya fokus pada keluarga sahaja. Langsung tidak tertarik dengan dunia luar termasuk bercinta dengan mana-mana perempuan.

"Benda pun dah jadi. Terima aje takdir ni. Kita doakan aje lah orang yang buat tu terima hukuman dia." Nasihat Encik Affan. Dia memandang Andika yang duduk berhadapan dengannya.

"Nanti kita buat majlis kamu dah Aireen. At least orang tahu kamu dan Aireen dah berkahwin. Nanti kalau terserempak dekat luar tak adalah yang bercakap." Ujar Encik Affan lagi dan mendapat anggukan dari anak bongsunya itu.

"Aireen okay ke dengan semua ni?"

"Aireen ikut je mana yang baik." Ujar Aireen lembut. Dia tidak berani ingin membantah. Lagipun dia juga masih baru dalam keluarga itu.

"Aireen umur berapa? Akak nampak macam muda lagi." Soal Aulia membuatkan Aireen senyum.

"Aireen, 19"

"Seriously? Mudanya." Andika memandang Aireen atas bawah. Maknanya beza umur mereka adalah lapan tahun?

Aireen angguk perlahan. Dia memandang Andika yang jelas dengan riak terkejutnya. Manakala yang lain sudah tergelak melihat pasangan itu.

"Andika tercabar lah tu. Aireen muda lapan tahun dari dia tau." Giliran Aireen pula terkejut.

"Andika 27 ke?"

"Kenapa? Tua sangat ke?" Andika pasang riak jengkel membuatkan Aireen tergelak perlahan.

"Sikit lah." Ujar Aireen membuatkan lelaki itu mencebik.

"Jadi Aireen masih belajar ke?" Soal Aurora membuatkan riak wajah gadis itu berubah. Kepala digeleng.

"Tak. Aireen belajar sampai spm je. Lepastu Aireen terus kerja." Ujar Aireen sedikit perlahan.

"Kenapa tak sambung belajar?"

"Ayah ibu tak kasi. Diorang suruh Aireen kerja je terus. Lagipun Aireen tak ada duit nak tanggung yuran belajar tu." Aireen berkata jujur. Sudah tidak kisah dengan pandangan mereka.

Lagipun semalam Encik Affan, Puan Mariam dan Andika sendiri sudah melihat keadaan rumah usangnya.

"Aireen tak teringin nak sambung belajar?" Soal Arjuna berhati-hati.

"Teringin juga. Aireen ada kumpul duit tanpa pengetahuan ayah dan ibu untuk bayar yuran. Tapi tak tahu lah bila cukup." Aireen sengih tidak bersalah. Kepala yang dilitupi tudung sarung hitam digaru.

"Along dengan kaklong ni pensyarah. Kalau  Aireen betul nak sambung belajar, papa boleh hantar Aireen dekat kolej tempat mereka mengajar." Aireen memandang Arjuna dan Qhadeeja sebelum menoleh ke arah Encik Affan.

"Tak apa lah, papa. Aireen tak cukup duit lagi." Encik Affan menggeleng.

"Papa boleh uruskan semua. Aireen tinggal masuk kolej dan belajar bersungguh-sungguh je."

"Itu pun kalau Andika izinkan." Encik Affan sempat mengerling anak bongsunya itu.

"Aireen jangan fikir yang Aireen susahkan kami ya. Mama dah cakap kan semalam. Keluarga kena tolong keluarga."

"Terima kasih sebab baik dengan Aireen. Aireen rasa terhutang budi pula." Aireen bersuara lembut. Sungguh dia tidak sangka, keluarga itu sangat melayani nya dengan baik.

"Aireen jangan fikirkan sangat benda lain."

"Yang penting Andika dan Aireen bahagia pun, kami dah suka."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now