"Aireen, Andika sini kejap." Andika dan Aireen yang baru sahaja turun bergerak ke arah Puan Mariam. Dua wanita dan seorang lelaki di hadapan ibunya itu dipandang sekilas sebelum kembali menatap Puan Mariam.
"Kenapa ma?" Soal Andika. Dia menarik Aireen ke tepi sebelum menyuruh gadis itu duduk di sebelah ibunya.
"Mama nak kenalkan. Ni Farra, kawan mama. Dua lagi ni pekerja dia, Najiha dan Arif." Ujar Puan Mariam dengan mata memandang ke arah tiga manusia di depannya.
"Mama minta kawan mama ni lah uruskan majlis kamu berdua." Andika menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat pada wanita itu.
"Nanti Andika dan Aireen datang lah butik aunty. Aunty nak ukur badan kamu untuk baju." Ujar wanita sebaya Puan Mariam itu. Senyuman manis diberikan buat pasangan itu.
"Baik aunty. Kalau tak busy, minggu depan kami pergi." Puan Farra mengangguk.
"Erm mama, Andika dengan Aireen nak keluar kejap. Nanti apa-apa mama bagitahu nanti, boleh?"
"Nak pergi mana?" Soal Puan Mariam dan hanya mendapat senyuman sahaja dari anak bongsunya itu.
Puan Mariam senyum sebelum angguk tanda faham. Dating lah tu.
"Kitorang minta diri dulu. Assalamualaikum." Tangan kasar Andika menarik lembut tangan Aireen agar mengikutinya. Wajah empat figura disitu sempat dipandangan sebelum dia memberikan satu sengihan pada mereka.
"Orang baru kahwin, Yam. Biarlah diorang. Tengah hangat bercinta lagi tu." Seloroh Puan Farra bersama tawa halus.
"Itu lah, Farra. Bersyukur aku anak menantu aku tu bahagia." Puan Marian senyum nipis.
Dia tahu Andika bukan sejenis yang suka melayan perempuan. Kakak-kakaknya sendiri pun dia layan acuh tidak acuh, apatah lagi orang lain.
Namun dia berasa lega apabila melihat anak bongsunya itu bahagia bersama Aireen walaupun mereka kahwin bukan atas kehendak sendiri.
"Aku harap Andika dan Aireen ikhlas dalam hubungan mereka."
"Abang." Panggil suara kecil itu. Dia memandang sahaja wajah Andika dari sisi.
"Hm."
"Boleh Aireen tanya?" Soal Aireen lembut. Dia terkedip-kedip memandang Andika.
"Sure. Aireen nak tanya apa?" Aireen diam seketika. Dia memandang ke sekeliling, memastikan tiada orang yang berada dekat dengan mereka. Mata kembali dikalihkan lada Andika.
"Selain kawan-kawan abang, siapa je tahu pasal kita?"
"Kenapa Aireen tanya macam tu?" Soal Andika pelik. Suara gadis itu juga seakan berjaga-jaga seakan tidak mahu orang lain dengar.
"Abang tahu kan macam mana kita kahwin." Andika angguk perlahan. Dia merenung wajah sugul gadis disebelahnya itu.
"Mama nampak bersungguh-sungguh buat majlis tu. Macam nak ajak ramai orang."
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
Storie d'amoreSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...