"Sayang." Panggil Andika lembut sebelum dia mengambil tempat bersebelahan Aireen. Dia memandang lama gadis itu dengan senyuman mekar di wajah.
"Abang kenapa? Macam pelik je." Soal Aireen. Andika yang masih tersenyum dipandang pelik.
"Abang dah ambil cuti, dua minggu." Kata Andika selepas lama berdiam diri. Dia menatap lama wajah milik Aireen dengan tatapan teruja.
"Lamanya. Untuk apa?"
"Sayang kan dah habis belajar. Lagipun kita dah lama tak pergi bercuti sama-sama. So why not kan?" Terang Andika membuatkan Aireen mengangguk faham.
"Anggap je ni honeymoon kita."
"Dah tiga tahun kahwin pun nak honeymoon lagi ke abang?" Andika mengangguk perlahan. Badan Aireen ditarik agar rapat dengannya.
"Well sayang, honeymoon tu sampai kita tua pun still boleh pergi tau. Bukannya lepas kahwin je boleh honeymoon."
"Abang rindu nak manja-manja dengan isteri abang ni." Dagu Aireen dicuit manja membuatkan gadis itu tersenyun nipis.
Bukan main merenyam suaminya ini. Padahal hari-hari bermanja dengannya.
"Abang." Panggil Aireen perlahan. Dia pandang Andika dengan senyuman nipis.
"Tadi maksu dengan Amanda ada datang." Andika melepaskan keluhan kuat. Dia menatap malas Aireen. Badan perlahan-lahan dibaringkan ke atas katil sebelum selimut ditarik.
"Abang tak nak dengar apa-apa." Ucap Andika acuh tak acuh. Badan dibaringkan membelakangi Aireen.
Aireen yang melihat itu terus terdiam. Dia tahu Andika tidak suka berbicara tentang itu. Lagi-lagi kalau benda itu berkaitan dengan rumah tangga mereka.
"Abang, tengok lah Aireen." Badan Andika ditarik lembut supaya menghadapnya namun lelaki itu hanya mengeraskan badannya.
"Diorang datang nak bagi kad jemputan je. Amanda dah nak kahwin bulan depan." Ujar Aireen tatkala Andika tidak memberikan apa-apa respons kepadanya.
Dia mengintai sedikit wajah Andika. Bahu lelaki itu diusap lembut seperti ingin mengambil hati lelaki itu.
"Abang jangan lah marah, diorang tak buat apa pun." Gumam Aireen dengan suara yang perlahan. Tangan yang tadi mengusap bahu Andika terhenti.
Andika yang berpusing menghadapnya dipandang dengan senyuman datar. Tangan lelaki itu dicapai sebelum digenggam erat.
"Maksu ada tanya pasal anak lagi?" Teka Andika tatkala dia melihat wajah sugul itu.
Ya, dia faham maksud wajah itu. Sejak dua tahun lepas lagi, maksu nya itu tidak habis-habis bertanya berkaitan anak kepada mereka. Sehinggakan pernah dia cop Aireen mandul di hadapannya.
"Betul kan?" Soal Andika lagi namun Aireen masih kekal senyap di hadapannya. Nafas ditarik dalam sebelum mula duduk di hadapan gadis itu.
"Dia ada cakap apa lagi?" Aireen geleng sebelum tersenyum nipis.
"Tak ada apa abang. Abang jangan risau, okay." Balas Aireen lembut. Pipi Andika diusap dengan ibu jarinya.
"Macam mana abang tak risau, kalau dia datang je mesti dia akan sakitkan sayang."
"Tapi apa yang maksu cakap tu betul kan?" Kata Aireen dengan mata tepat memandang Andika.
"Kita dah hampir tiga tahun kahwin abang, tapi masih lagi tak ada anak. Kalau betul Aireen mandul macam mana?" Andika menggeleng kepala mendengar kata-kata Aireen.
Wajah Aireen ditekup agar gadis itu memandangnya.
"Dengar cakap abang ni baik-baik. Dan abang takkan ulang lagi benda ni lepas ni." Andika bersuara sedikit keras dengan wajah yang serious. Dia menikam tajam mata hitam Aireen.
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...