AIREEN ANDIKA | 16

399 24 4
                                    

"Worst day, hm?" Soal Aurora apabila Aireen memasuki keretanya. Dia mengerling sekilas Aireen disebelah sebelum menghidupkan enjin kereta.

Jelas di penglihatannya, wajah Aireen tampak kusut seperti sedang memikirkan sesuatu. Selalunya gadis itu akan nampak ceria setiap kali pulang dari kelas.

"Hm. Stress sikit." Balas Aireen pendek. Beg galasnya yang tadi di atas riba diletakkan di bawah. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia merenung ke luar.

"Mengeluh? Macam teruk je stress tu." Teka Aurora dengan satu senyuman nipis.

"Mind to share?" Tanya wanita itu. Dia diam sahaja selepas itu, menunggu balasan dari adik iparnya itu.

"Markah test Aireen haritu tak berapa menarik lah kak. Assignment pun, entah lah. Aireen tak yakin sangat." Luah Aireen dengan suara lemahnya. Badan disandar malas pada seat penumpang.

"Sudah lah minggu depan dah start final exam."

Aurora di sebelah angguk tanda faham. Patutlah muka ketat je dari tadi, ada masalah dengan pelajaran rupanya.

"Aireen, tak nak lah mengalah awal sangat." Ujar Aurora lembut. Kereta diberhentikan di tempat parking. Seatbelt miliknya dibuka sebelum dia berpusing menghadap Aireen.

"Jangan disebabkan satu je yang rendah, Aireen dah give up macam ni."

"Aireen, dalam belajar ni pun ada naik turun dia tau. But the most important thing is jangan pernah putus asa." Pesan Aurora lagi. Tangan kecil Aireen ditarik lalu digenggam.

"Akak tahu Aireen seorang yang pandai dan akak juga tahu Aireen boleh buat semua tu." Sambung Aurora. Mata menikam lembut mata Aireen. Bibir merahnya mula mengukir senyuman manis.

"Think positive and trust yourself, okay? Jangan sebab satu je kejatuhan Aireen, Aireen terus give up."

"Akak pun pernah berada dalam situasi Aireen, but papa dan mama always cakap, teruskan doa, usaha dan tawakal. InsyaAllah, semua tu tak akan mengkhianati hasil."

Aireen angguk tanda faham. Dia membalas genggaman tangan Aurora dengan senyuman.

"And one more thing, akak taknak Aireen terlalu push diri Aireen belajar untuk final nanti. Belajar setakat Aireen mampu sahaja. Kalau penat, take a rest. Buat apa-apa aktiviti yang boleh tenangkan fikiran. Dah tenang, sambung balik, faham."

"Aireen faham. Terima kasih kak Rara, sebab dah nasihatkan Aireen." Ucap Aireen lembut. Suka mendengar pesanan dari kakak iparnya itu.

"My pleasure, baby."

"You know what, cikgu akak dulu pernah cakap, kita belajar bersungguh-sungguh untuk timba ilmu dah capai cita-cita kita. Bukannya belajar penat-penat untuk masuk hospital mental."

"Faham kan maksud akak." Aireen tergelak perlahan sebelum mengangguk tanda faham.

"Good."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now