"Abang nak bawa Aireen pergi mana ni? Kenapa kena tutup mata bagai?" Soal Aireen tidak puas hati.
Sejak mereka di rumah lagi Andika sudah menutup matanya, katanya tidak mahu Aireen tahu kemana mereka ingin pergi hari ini.
Dan Aireen juga tidak berhenti bertanyakan hal itu kepada suaminya.
"Adalah sayang. Aireen ikut je, jangan banyak tanya." Seloroh Andika. Tangan Aireen yang berada di ribanya digenggam kemas sebelum dibawa ke bibirnya.
"Kalau Aireen jatuh macam mana?"
"Tak akan lah. Abang ada, abang tak akan biarkan isteri dan anak abang sakit." Balas Andika tenang tanpa sedar membuatkan senyuman Aireen terbentuk. Dia masih fokus pada pemanduannya sebelum dia tersenyum apabila mereka sudah sampai ke destinasi.
"Kita dah sampai." Ujar Andika. Seatbelt pada badannya dibuka sebelum dia membuka seatbelt Aireen.
"Sayang tunggu kejap, abang buka kan pintu." Laju lelaki itu turun dari kereta. Sempat dia mengerling 'tempat' yang ingin dia tunjukkan kepada Aireen sebelum mengangguk.
Pintu belah penumpang dibuka. Tudung Aireen yang sedikit senget akibat penutup mata dibetulkan sebelum dia mencium dahi putih itu manakala tangannya sempat mengusap lembut perut Aireen yang sudah menampakkan bentuk.
"Abang yakin sayang akan suka kan kejutan abang ni." Bisik Andika sebelum dia dengan berhati-hati membantu Aireen turun dari kereta.
"Insya'Allah."
Andika memimpin Aireen berjalan ke arah 'tempat' itu. Langkah dihentikan apabila mereka kini sudah tiba di pintu masuk.
"Are you ready, sayang?" Aireen menarik nafas dalam sebelum mengangguk. Sebenarnya dia agak berdebar dengan kejutan yang dimaksudkan Andika.
Suaminya itu bukan boleh kira, ada sahaja benda pelik-pelik lelaki itu ingin buat.
Andika senyum senget, dia dengan perlahan mengira sehingga tiga sebelum membuka kain penutup mata di wajah Aireen.
Gadis itu mengelipkan mata beberapa kali menghilangkan silau sebelum pandangan menghadap ke depan.
"Surprise!!" Jerit semua yang ada di situ membuatkan Aireen sedikit terkejut. Mata memandang sekeliling tempat itu tidak faham.
Seperti cafe. Tapi yang belum dibuka.
"Apa ni abang? Aireen tak faham." Soal Aireen. Dia memandang wajah-wajah yang berada di hadapannya. Ada kawan-kawan Andika, papa dan mama.
"Ingat tak dulu Aireen pernah bagitahu abang, yang Aireen ada impian untuk buka cafe sendiri?" Aireen seolah sedang berfikir sebelum mengangguk perlahan.
"So here is it. Abang dah tunaikan impian Aireen tu." Aireen memandang Andika tidak percaya. Dia memandang pula wajah Encik Affan dan Puan Mariam dan mendapat anggukan dari dia.
"Abang serious ke?" Soal Aireen inginkan kepastian.
"Iya sayang. Beberapa hari ni kan sayang selalu tanya abang kenapa balik lewat, semua sebab abang dengan kawan-kawan abang nak siapkan cafe ni lah." Balas Andika. Perut Aireen diusap.
"Anggap je ni hadiah dari abang sebab sayang dah bawa zuriat abang dalam ni." Bisik Andika perlahan cukup mereka berdua sahaja yang dengar.
"Thank you abang. Thank you sebab buat impian Aireen tercapai." Badan Andika dipeluk erat.
"Aip, bukan abang je, diorang pun tolong tau." Aireen sengih. Wajah dikalihkan memandang yang lain. Senyuman diberikan buat semua.
"Terima kasih juga semua. Korang baik sangat dengan Aireen, sampai Aireen tak tahu macam mana nak balas jasa korang."
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...