Aireen naik ke atas katil sebelum dia membaringkan tubuhnya secara telentang. Mata merenung lama siling putih itu.
"Termenung apa tu?" Soal satu suara mematikan lamunan gadis itu. Dia memandang Andika yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek paras lutut.
Badan dibangunkan lalu disandarkan pada kepala katil. Kepala digeleng perlahan.
"Tak ada apa." Ternaik sebelah kening Andika. Tempat kosong disebelah Aireen diambil. Wajah sedih isterinya itu dipandang.
"Kenapa ni. Cuba bagitahu abang." Ujar Andika lembut. Tangan kecil Aireen ditarik lalu digenggam olehnya.
"Aireen teringatkan ibu ayah." Perlahan sahaja suara Aireen menerpa masuk pendengaran Andika. Bibir merah asli gadis itu juga sudah tercebik sebelum satu esakan kecil kedengaran.
"Aireen rindu diorang." Ujar Aireen lagi tersedu-sedan. Bahunya sudah terhinjut-hinjut akibat tangisannya itu.
Andika yang melihatkan itu dengan pantas menarik tubuh kecil itu sebelum dipeluk. Belakang badan Aireen diusap lembut.
"Hey, tak nak lah nangis macam ni." Aireen geleng. Muka disembamkan pada bahu Andika.
"Nanti kita pergi jumpa ibu ayah, okay. Tadi Aireen sendiri cakap Aireen nak pergi sana jemput ibu ayah." Belakang badan Aireen ditepuk perlahan, meredakan tangisan gadis kecil itu.
"Aireen takut." Kata Aireen. Dia memandang wajah Andika dengan bibir yang tersebik-sebik.
Andika senyum nipis, tangan naik mengusap pipi isterinya yang sudah basah dengan air mata. Rambut gadis itu juga dibetulkan.
"Kita doakan yang terbaik. InsyaAllah ibu ayah okay jumpa kita nanti." Aireen angguk perlahan. Dia memeluk Andika kembali, muka disembamkam pada dada lelaki itu.
"Abang tak sabar nak tengok bidadari abang waktu bersanding nanti." Bisik Andika. Sudah terbayang wajah cantik Aireen mengenakan busana pengantin.
"Cantiknya."
Aireen mengangkat kepala memandang Andika yang termenung sambil bibir mengukirkan satu senyuman.
"Abang berangan ke?" Soal Aireen mematikan lamunan lelaki itu. Kepala ditunduk memandang Aireen yang sudah menatapnya pelik.
"Hehe tengah terbayang Aireen pakai baju sanding nanti." Andika sengih tidak bersalah. Pipi merah Aireen diusap dengan ibu jarinya. Dilabuhkan satu ciuman di situ.
"Abang ni."
"Jangan lah marah." Andika mendakap kuat badan Aireen. Comel je isterinya itu.
"Jom tidur. Abang dah mengantuk." Badan dibaringkan di atas katil dengan Aireen yang menindih dirinya. Kepala gadis itu diletakkan di dadanya sebelum diusap rambut hitam itu.
"Erm abang, boleh lepaskan Aireen? Aireen nak tidur ni."
"Tidur je lah. Abang nak peluk." Aireen sudah cuak. Dia cuba menolak tangan Andika yang menjalar pada pinggangnya namun gagal, malah lelaki itu makin menguatkan lagi pelukannya.
"Shh, tidur sayang."
Aireen akur sahaja. Dia menyelesakan kedudukannya. Kepala dibiarkan sahaja di atas dada keras lelaki itu.
"Selamat malam, abang."
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
Lãng mạnSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...