"Bila majlis budak tu?" Soal Encik Sufian datar tanpa memandang wajah isterinya. Duit pemberian menantunya beberapa hari lepas dikira.
"Asal nak tahu sangat? Kau nak pergi?" Encik Sufian berdecit perlahan tatkala soalannya tidak terjawab. Kepala menoleh memandang Puan Amina yang bermalasan di atas katil.
"Aku tanya tu jawab. Bukan bagi soalan balik." Bentak Encik Sufian. Sungguh dia tidak puas hati melihat wajah tidak perasaan isterinya itu.
"Mana lah aku tahu. Dia bagi kad dekat kau kan haritu." Marah Puan Amina kembali. Mata digulingkan keatas tanda menyampah.
Tiada masa lah dia mahu ambil kisah berkaitan anak tidak gunanya itu.
"Kita pergi majlis tu." Terlepas tawa milik wanita itu selepas mendengar tutur kata suaminya. Dia mula bangun sebelum melangkah mendekati Encik Sufian yang berada di meja makan.
"Aku salah dengar ke? Kau nak pergi majlis tu?" Encik Sufian berdecit sebelum mengangguk. Wajah isterinya dipandang menyampah.
"Kau buat lawak apa ni Pian. Bukan haritu kau sendiri ke cakap kau tak akan jejak kaki dekat sana?"
"Aku nak pergi bersebab." Cantas Encik Sufian laju. Duit yang tadi berada di tangannya dihempas ke atas meja.
"Ni, duit ni dah kurang." Ujar Encik Sufian. Wajah Puan Amina ditatap dalam.
"Habistu?"
"Haih slow betul perempuan ni." Getus Encik Sufian perlahan. Wajah Puan Amina yang berada di hadapannya dipandang.
"Habistu apa lagi, aku nak minta duit lagi lah dengan menantu kaya kau tu." Ternaik hujung bibir Puan Amina. Kepala diangguk tanda faham.
"Kau suka lah kan. Tambahan lagi duit budak tu bagi lagi banyak dari yang kau dapat." Kutuk Encik Sufian. Duit tadi diambil sebelum dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
Puan Amina yang tadi tersenyum terus berubah. Wajah suaminya itu ditatap tajam.
"Sekurang-kurangnya aku dapat juga duit. Daripada kau, jadi biawak hidup. Tahu nak menghabiskan duit aku untuk dadah kau je." Perli Puan Amina kembali membuatkan Encik Sufian terdiam. Kepala digeleng perlahan.
"Hoi, kau tu patut bersyukur sekurang-kurangnya ada lagi yang nak layanan kau. Sedar sikit kau tu dah tua. Layanan kau tu dah tak laku."
"Lain lah si Aireen tu. Muda, cantik, badan pun seksi. Aku tengok pun terliur."
"Memang betul-betul syaitan kau ni. Dengan anak sendiri pun bernafsu." Sindir Puan Amina. Baru sahaja dia ingin meninggalkan Encik Sufian, namun tangannya pantas disauk oleh lelaki itu.
Badan ditarik merapati lelaki tua itu. Riak tidak puas hati terpancar pada wajah itu.
"Kalau aku syaitan, kau apa hm? Sedar lah Mina, kita dua tak ada beza pun. Malah kau tu sepuluh kali ganda lagi teruk dari aku." Sindir Encik Sufian kembali.
Badan Puan Amina yang hanya berkemban dengan kain batik ditatap dari atas kebawah. Senyuman senget mula menghiasi wajahnya.
"Sebelum ni kau layan lelaki lain kan. Apa kata harini kau layan aku, suami kau." Bisik Encik Sufian tepat pada telinga isterinya.
"Tak apa, habis je layanan kau, aku bayar." Ujar Encik Sufian masih dengan nada berbisik. Tangan wanita itu ditarik masuk ke dalam bilik sebelum pintu bilik itu ditutup dan dikunci rapat.
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...