AIREEN ANDIKA | 17

381 21 2
                                    

"Aireen sayang kenapa tak tidur lagi?" Soal Andika sebaik sahaja dia masuk ke bilik. Tadi dia berada di bilik peribadinya untuk menyiapkan beberapa kerja.

Jam dikerling sekejap. Sudah satu pagi, tapi gadis itu masih bersama beberapa buah buku di atas katil mereka.

"Study lagi?" Andika duduk di birai katil. Mata memandang buku serta alatan tulis Aireen yang bersepah di atas katil.

"Abang dah nak tidur ke?" Andika senyum seraya menggeleng kepalanya.

"Patutnya abang yang tanya, Aireen tak nak tidur ke?" Kepala Aireen diusap lembut sebelum menarik badan Aireen merapatinya. Kepala gadis itu diletakkan di atas ribanya.

"Lepas je dinner tadi, sayang tak berhenti study. Tak penat ke hm?" Aireen sengih sahaja mendengar suara prihatin suaminya. Tangan naik memegang pipi Andika.

"Aireen bukan apa abang, cuma Aireen tak nak waktu exam nanti Aireen lost."

"Aireen tak nak kecewakan abang, papa dan yang lain." Ujar Aireen perlahan. Bibir tercebik sedikit, sengaja ingin meraih simpati dari lelaki itu.

"Papa bersungguh-sungguh nak bagi Aireen belajar, jadi sebagai balasan, Aireen nak banggakan dia dengan keputusan Aireen." Kata Aireen lagi. Andika di situ hanya mengangguk-angguk tanda faham.

"Abang faham. Tapi jangan terlampau paksa diri tu. It's not good for your health." Pesan Andika. Dahi putih Aireen dicium lembut.

"Aireen tahu. Aireen tak paksa pun, tadi Aireen dah rest kejap. Minum air coklat, sambil-sambil makan biskut oat yang abang beli tu." Kata Aireen riang. Jari naik menunjukkan arah meja lampu.

"Good." Pipi Aireen dicubit geram. Badan gadis itu diangkat seperti anak kecil sebelum diletakkan kembali di atas katil.

Buku-buku serta alat tulis Aireen dikemaskan dan diletakkan di atas meja sebelah katil. Aireen pula sudah terkebil-kebil melihat tindakan pantas lelaki itu.

"Abang, Aireen tak habis lagi study." Rengek Aireen. Dia kini sudah terduduk di atas katil dengan memandang Andika dengan pandangan tidak puas hati.

Tangan kecil Aireen naik bersilang di dada dengan bibir yang mencebik. Merajuk dengan Andika.

"I know. But enough for today. Sekarang abang dah mengantuk, jom tidur." Ujar Andika dengan senyuman tidak bersalah.

Baju t-shirt yang tersarung pada badan dibuka sebelum diletakkan ke dalam bakul baju kotor. Suis lampu ditutup lalu dia melangkah ke arah katil.

"Abang tidur je lah, Aireen tak kacau pun." Kata Aireen bernada merajuk membuatkan Andika tertawa perlahan.

Pipi gadis itu dicubit sebelum dia menarik dan memeluk erat badan kecil itu. Ciuman sekali lagi dilabuhkan pada dahi serta kedua belah pipi gadis kesayangannya itu.

"Memang lah tak kacau, tapi tidur abang tak akan lena kalau tak peluk sayang abang ni." Bisik Andika. Selimut ditarik menutupi separuh badan kedua mereka. Pelukan pada Aireen dieratkan apabila merasakan balasan dari gadis itu.

Merajuk pun tetap balas pelukannya. Budak manja ni.

"Good night, sayang."

"Good night, abang. I love you."

"Aireen!" Terhenti langkah Aireen tatkala mendengar seseorang memanggil namanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aireen!" Terhenti langkah Aireen tatkala mendengar seseorang memanggil namanya. Badan dipusing sebelum senyuman manis diberikan kepada pasangan yang berjalan ke arahnya.

"Along, kaklong, kenapa ni?" Soal Aireen apabila dua pasangan itu sudah berada di depannya. Tangan milik Qhadeeja disalam olehnya.

"Aireen nak pergi mana ni? Cafe?" Aireen angguk menjawab. Kaki kembali melangkah untuk ke arah cafe bersama abang ipar serta kakak iparnya itu.

"Haah along. Nak rehat kejap, pukul 1 nanti Aireen ada exam lagi."

Tempat kosong yang di cafe itu diambil oleh mereka. Beg diletakkan sebelum mereka bergerak ke arah kaunter untuk membuat pesanan.

Usai membeli makanan, Aireen terus duduk berhadapan abang serta kakak ipar suaminya itu. Dia sudah terbiasa berseorangan, namun kadang-kadang pasangan itu lah yang akan menjadi peneman untuknya di tempat itu.

"Paper tadi macam mana? Boleh jawab tak?" Aireen senyum bangga sebelum angguk laju. Ibu jari naik tanda semuanya baik-baik sahaja.

"Alhamdulillah, semua boleh jawab."

"Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu. Harap paper lepasni pun boleh jawab." Ujar Arjuna lembut. Lega apabila gadis itu berkata begitu.

"Nanti habis exam tunggu along dengan kaklong dekat sini tau." Pesan Arjuna.

"Kenapa along?" Soal Aireen.

"Tadi Andika call, dia cakap dia mungkin tak sempat ambil Aireen. Jadi dia minta tolong along hantarkan Aireen pergi office dia." Bulat mulut Aireen dengan kepala diangguk tanda faham.

"Alright. Habis je exam nanti Aireen terus datang sini."

"Ye lah. Dah makan cepat, nanti lambat pula nak masuk dewan." Aireen sengih sahaja. Air bandungnya disedut perlahan.

Mata-mata yang melihat ke arah dirinya langsung tidak dilayan, sudah terbiasa. Lagi-lagi apabila dia bersama dengan Arjuna dan Qhadeeja.

 Lagi-lagi apabila dia bersama dengan Arjuna dan Qhadeeja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now