AIREEN ANDIKA | 04

550 31 1
                                    

"Kita buat apa dekat sini?" Soal Aireen. Mata hanya merenung bangunan besar dihadapannya. Pusat beli belah.

"Abang, Aireen tanya ni- auch." Tangan Aireen laju sahaja naik mengusap hidungnya yang baru sahaja mencium belakang badan Andika.

"Sorry. Tak sengaja." Ujar Andika. Dia juga turut mengusap dahi Aireen. Dari penglihatannya, jelas hidung dan dahi gadis itu sudah merah.

"Abang kenapa berhenti mengejut." Bebel Aireen perlahan. Dia memandang wajah Andika dengan muka berkerut.

"Aireen panggil apa tadi? Tak dengar lah." Soal Andika nakal. Dia tersenyum senget melihat wajah Aireen yang sudah kemerahan itu.

"Abang." Ulang Aireen lagi.

"Abang hm?"

"Iya lah. Abang kan tua dari Aireen. Lepastu abang juga suami Aireen, jadi tanda hormat Aireen panggil abang, abang." Panjang penerangan Aireen. Andika di depannya terangguk-angguk tanda faham.

"Abang suka." Ujar Andika pula. Sudah menukarkan panggilannya.

"Eh sudah lah. Jom ikut abang." Tangan halus Aireen digenggam sebelum ditarik mengikutinya.

"Pergi mana?"

"Beli barang Aireen. Like baju, tudung, keperluan harian." Balas Andika lembut.

"Aireen kan nak masuk belajar, kena lah ada baju yang sesuai sikit. Baju yang Aireen pakai sekarang ni erm."

"Selekeh?" Soal Aireen dan mendapat sengihan dari suaminya.

"Don't get me wrong, abang cuma rasa pakaian tu tak sesuai je." Aireen tergelak melihat wajah cuak suaminya itu. Kepala digeleng perlahan.

"Tak apa, Aireen faham."

"Tapi abang, sini harga mahal lah. Kita pergi tempat lain boleh?" Tangan sasa Andika ditarik lembut. Kepala digeleng dengan wajah berkerut.

"Abang yang bayarkan, Aireen." Lembut sahaja tutur kata Andika, namun Aireen tetap kaku, tidak mahu masuk ke dalam butik yang berada di hadapan mereka.

"Tak nak. Abang simpan duit abang. Sini mahal sangat lah."

"Ish budak kecil ni. Degil betul." Pipi Aireen dicubit geram. Tangan isterinya ditarik agar mengikutinya. Nak tak nak Aireen ikut juga langkah suaminya itu.

"Pilih baju yang Aireen nak and selesa. Abang bayar." Ujar Andika lembut.

"Anggap je ni nafkah abang untuk Aireen, boleh?" Aireen mengeluh lembut sebelum mengangguk. Sempat dia mencebik sebelum bergerak untuk melihat baju-baju di butik itu.

"Orang dah bagi, dia tak nak pula. Kalau perempuan lain ni, mahu berpuluh ribu aku habis." Getus Andika perlahan.

Tuah badan dapat bini macam Aireen ni.

Tuah badan dapat bini macam Aireen ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama." Panggil Aurora perlahan. Puan Mariam yang sibuk menyiapkan bahan masakannya ditatap lama.

"Kamu nak apa?"

"Ada lah tu nak bergossip." Ujar Aulia datar. Kenal sangat dengan adik perempuannya itu.

"Sibuk lah kak ngah ni." Aurora cebik. Sempat dia menjeling kakaknya itu sebelum kembali memandang ibunya.

"Mama rasa Andika tu layan Aireen baik tak?" Terhenti segala kerja Puan Mariam selepas mendengar soalan dari anak ketiganya itu. Kepala dipusing memandang anaknya itu.

"Apa maksud Aurora?" Soal Puan Mariam kembali.

"Iya lah. Mereka tu kenal pun tidak. Bercinta apa lagi. Lepastu tiba-tiba kena kahwin." Bersungguh Aurora berkata. Dia mengerling sekejap kakaknya yang sudah duduk disebelahnya. Nak join juga lah tu.

"Lagipun mama tahu kan, Andika tu bukan layan sangat perempuan."

"Haah lah. Dah ramai sangat perempuan datang dekat dengan dia, semua dia tak layan. Itu tak kira lagi yang datang rumah nak meminang dia." Sampuk Aulia pula.

Kepala digeleng perlahan apabila mengingati beberapa perempuan yang menyukai adik bongsunya itu datang ke rumah untuk meminang lelaki itu.

Tak pasal-pasal jadi perigi cari timba.

"Kan! Ni tiba-tiba kahwin. Mama rasa okay ke hubungan diorang tu." Puan Mariam tersenyum sahaja. Kerja yang tergendala tadi disambung.

"Kita doakan yang baik-baik saja lah. Mana tahu adik kamu tu boleh berubah lepas Aireen muncul dalam hidup dia." Ujar Puan Mariam lembut.

"Lagipun dia nak bertanggungjawab atas apa yang dah jadi. Dia dah sentuh Aireen. Walaupun waktu tu dalam keadaan tak sedar."

"Baguslah kalau dia fikir macam tu." Aurora angguk tanda setuju. Sekurang-kurangnya adik mereka itu tidak lepas tangan.

"Mama kenal anak-anak mama macam mana." Ujar Puan Mariam dengan senyuman.

"Aurora tanya ni bukan apa, cuma takut Andika tu layan Aireen teruk je." Aurora menyambung.

"Awal-awal tu mungkin diorang kekok lagi. Lama-lama mana tahu, lagi sweet dari kamu semua."

"Orang tua cakap berkenalan dan bercinta selepas kahwin lagi indah, kan?" Aulia dan Aurora hanya diam mendengar kata-kata ibu mereka.

Betul lah tu. Wanita itu lebih berpengalaman dari mereka. Jadi diam dan setuju saja lah.

"Tapi kan, macam mana papa dan mama boleh terima Aireen dengan senang?" Soal Aurora pelik.

"Aurora bukan apa. Cuma kita tak kenal dia, tapi dari apa Aurora tengok, papa dan mama layan dia baik sangat, macam anak sendiri dah." Aurora berkata lagi.

Dia tahu kedua ibu bapanya itu baik, tidak berkira dengan semua orang. Namun, kadang-kadang dia pelik bagaiman mereka boleh menerima Aireen sesenang begitu.

"Mama tahu Aireen budak baik. Mungkin ada khilaf dia buat, sebab tu dia diuji macam ni." Ujar Puan Mariam lembut.

Walaupun tidak terlalu mengenali gadis itu, namun dari pandangan seorang ibu, dia dapat rasakan bahawa Aireen mempunyai hati yang baik.

"Kau patut belajar dengan papa dan mama. Bukan nya tahu bergossip je." Tajam jelingan Aurora buat kakaknya itu. Geram betul, suka sangat cari gaduh dengan dirinya.

"Sudah lah. Daripada sibuk hal adik kamu tu, baik pergi hantar susu anak kamu tu cepat. Karang menangis, dia juga susah." Aurora sengih mendengar perlian dari ibunya itu.

Botol susu dihadapannya diambil sebelum dia bangun dan bergerak keluar dari dapur.

"Busybody betul anak mama yang seorang tu. Ikut perangai siapa tak tahu." Aulia menggeleng. Dia juga turut bangun sebelum membantu Puan Mariam menyiapkan makanan tengah hari.

"Macam kamu tak kenal adik kamu tu."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now