AIREEN ANDIKA | 23

345 21 4
                                    

"Sayang." Andika memanggil Aireen lembut. Tangan naik menggamit gadis itu agar dekat dengannya.

"Kenapa abang?" Aireen menyoal. Tempat kosong disebelah Andika diambil sebelum dia memandang tepat wajah suaminya.

"Abang ada sesuatu nak tunjuk dekat sayang, tapi janji sayang kena kuat." Kata Andika lembut. Badan Aireen ditarik merapatinya.

Aireen disitu sudah terkebil-kebil mendengar kata-kata dari Andika. Wajah lelaki itu ditatap lama.

"Apa maksud abang? Abang okay? Kenapa nampak macam ada masalah je ni." Bertubi-tubi Aireen bertanya.

Jantungnya yang tadi tenang juga sudah berubah kencang tatkala melihat wajah sugul lelaki itu.

Pipi Andika ditekup agar wajah mata lelaki itu bertentang dengan matanya.

"Janji dengan abang dulu." Ujar Andika lagi membuatkan Aireen teragak-agak untuk mengangguk.

Andika menarik nafas dalam sebelum telefonnya dihulurkan kepada Aireen. Berita yang terpapar pada skrin telefon itu dibaca.

'Seorang lelaki ditemui maut dipercayai membunuh diri selepas menikam isterinya di kediaman mereka. Mangsa Amina Khaled, 58 maut selepas mendapat 15 tikaman di badan oleh suaminya, Sufian Muhammad, 63 sebelum menikam dirinya sendiri.'

"Ibu ayah." Gumam Aireen perlahan. Mata merenung lama skrin telefon yang masih menyala itu dengan mata yang sudah berkaca.

"Sayang."

"Abang, ni tak betul kan?" Soal Aireen laju. Dia merenung Andika dengan pandangan berharap.

Andika dihadapannya sudah menatap sayu wajah cantik itu. Pipi Aireen diusap lembut.

"Abang, ni bukan ibu ayah kan?" Soal Aireen lagi dengan tangisan halusnya.

Berita yang baru sahaja diterimanya tadi sungguh di luar jangkaannya. Tangan yang sudah menggigil mencengkam lembut baju milik Andika. Meminta lelaki itu bersuara.

"Abang jawab lah." Jerit Aireen sedikit kuat. Dada Andika dipukul lembut apabila lelaki itu bertindak untuk memeluk dirinya.

"Sayang tak nak macam ni." Pujuk Andika. Belakang badan Aireen diusap lembut apabila merasakan gigilan halus dari gadis kecil itu.

"Kita pergi hospital atau balai polis terdekat dulu ya untuk pengesahan. Tapi sayang kena bertenang dulu. Tak boleh macam ni." Ujar Andika, berusaha memujuk gadis itu.

Badan kecil itu dipeluk kemas. Belakang badan Aireen ditepuk perlahan, cuba untuk memberhentikan tangisan isterinya.

"Kena kuat sayang, tak boleh macam ni."

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang." Panggil Andika lembut. Dia melabuhkan duduk di pinggir kolam bersebelahan Aireen. Wajah tanpa perasaan gadis itu ditatap dalam.

"Sayang okay? Kenapa duduk sini seorang diri je?" Soal Andika. Badan kecil itu ditarik merapatinya. Angin malam yang bertiup perlahan-lahan membuatkan badannya itu sedikit menggigil.

"Aireen cuma nak ambil angin je." Tutur Aireen perlahan. Mata haya merenung air kolam yang tenang itu. Langsung tidak terganggu dengan kedatangan Andika disebelah.

"Sejuk lah sayang dekat luar ni. Jom masuk dulu, nanti Aireen demam." Aireen diam tidak membalas apa-apa. Namun tangan kecilnya tetap juga membalas genggaman dari suaminya itu.

"Aireen rindu ibu dan ayah." Ujar Aireen sayu. Kepala dijatuhkan pada bahu Andika. Lama dia merenung kolam sebelum pandangan beralih pada Andika.

"Kenapa ayah sanggup buat semua ni, abang." Esakan kecil mula kedengaran. Apa yang dikatakan oleh anggota polis yang mengambil alih kes kedua ibu bapanya itu masih terngiang-ngiang di fikiran.

"Encik Sufian disahkan positif dadah semasa kejadian berlaku. Dari apa yang dikatakan saksi, sebelum dia membunuh Puan Amina, dia sudah mengamuk dan memukul Puan Amina dengan sebatang besi sebelum menikam mangsa berkali-kali."

"Ayah memang tak berubah sampai dia mati." Ujar Aireen tertahan. Lama sudah dia tidak berjumpa dengan Encik Sufian dan Puan Amina, namun tidak menyangka pula dia akan berjumpa dengan mereka dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

"Tak baik cakap macam tu, sayang." Pujuk Andika.

Dia tahu Aireen masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun dia tidak mahu gadis itu terus bersedih dan menyalahkan Encik Sufian.

"Kita tak boleh terus salahkan ayah atas apa yang jadi. Mungkin dah tertulis takdir untuk ibu dan ayah pergi dalam keadaan macam tu." Terang Andika lembut. Rambut panjang Aireen diusap sayang.

"Abang tahu sayang anak yang baik. Teruskan berdoa dan berbakti untuk ibu dan ayah. InsyaAllah, Allah dengar doa sayang."

"Tapi Aireen tak pernah jadi anak yang baik untuk ibu dan ayah." Balas Aireen, menidakkan apa yang dikatakan oleh Andika tadi.

"Siapa cakap hm?" Aireen tatap Andika. Mata hitamnya dan Andika berlawan.

"Sayang abang ni dah cuba sehabis baik untuk ubah mereka. Abang tahu, setiap sujud Aireen, akan ada doa yang isteri abang selitkan untuk ibu dan ayah. Abang tahu dalam hati sayang sentiasa berharap agar ibu dan ayah akan berubah suatu hari nanti." Kata Andika panjang lebar.

"Teruskan berdoa. Allah tak pernah tidur sayang, dia sentiasa dengar doa dari hambanya." Pesan Andika. Pipi merah Aireen diusap.

"Boleh abang minta satu benda?" Andika tiba-tiba menyoal selepas lama berdiam diri. Dia memandang tepat pada wajah Aireen.

"Kenapa abang?"

"Abang nak Aireen senyum. Abang rindu semyuman isteri abang." Ujar Andika manja. Bibir tercebik sedikit sebelum mengukir senyuman tatkala Aireen tergelak perlahan.

"Macam tu lah sayang abang." Badan kecil itu ditarik rapat ke tubuhnya lalu dirangkul erat. Ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun Aireen.

"Kita yang masih hidup kena teruskan hidup. Banyakkan beribadah kepada-Nya. Dan untuk yang dah pergi, kita kena sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan doa yang baik-baik untuk mereka."

"Boleh sayang abang?" Tanya Andika dan mendapat anggukan laju dari Aireen.

"Aireen cuba." Balas Aireen dalam pelukan suaminya. Tangan naik merangkul pinggang Andika

"Macam tu lah sayang abang."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now