Andika tersenyum manis melihat Aireen yang sedang bersiap. Dia sekarang sedang duduk bertinggung di sebelah meja solek sambil menatap wajah cantik itu. Jelas wajah isterinya nampak lebih berseri selepas ditacap oleh Farra.
"Aunty tahu isteri kamu ni cantik, tapi jangan lah tenung macam nak makan dia pula." Andika tersengih malu tatkala mendengar teguran itu. Dia berdehem kecil sebelum kembali menatap wajah cantik Aireen.
"Sabar ya Andika. Dah habis majlis nanti tenung lah isteri kamu ni puas-puas." Sambung Farra lagi.
"Tak boleh lah aunty, bidadari Andika ni lawa sangat." Tutur Andika selamba. Tanpa sedar telah membuat pipi Aireen bertukar tona dek kerana ayat manis dari suaminya itu.
"Tengok, aunty tak letak blusher lagi dah merah pipi isteri kamu ni." Usik Farra sebelum dirinya tertawa perlahan.
"Sudah, daripada kamu tenung isteri kamu ni, baik kamu pergi sambung bersiap. Karang lewat baru tahu." Arah Farra lembut.
Kepala digeleng perlahan apabila melihat cebikan dari lelaki itu. Sempat dia mencium kekura tangan Aireen sebelum bergerak keluar dari bilik itu.
"Patutlah Andika tenung je. Memang cantik." Puji Farra. Dia hanya membuat solekan simple sahaja pada wajah gadis itu atas arahan Andika namun wajah gadis itu tetap nampak cantik dan berseri.
"Terima kasih aunty." Farra senyum mendengar suara lunak Aireen. Gadis itu sangat sopan. Tidak pelik kalau keluarga Andika terlalu sayang padanya walhal mereka baru sahaja kenal.
"Dah siap. Kita pakai tudung pula ya." Aireen angguk. Duduk dibetulkan menghadap Farra. Tudung bawal berwarna senada dengan baju songketnya diletakkan dikepala.
"Aunty mesti dah berpengalaman kan siapkan pengantin." Aireen bertanya. Dia hanya kaku di kerusi, membiarkan Farra memakaikan tudung kepadanya.
Awal-awal lagi Andika sudah berpesan kepada Farra agar memastikan tudung isterinya itu labuh dan solekan yang dikenakan juga tidak terlalu tebal. Cukuplah semua itu biasa-biasa sahaja.
"Lama juga. Dari aunty bujang, sampai lah dah ada tiga orang anak." Aireen senyum tanda faham.
"Tapi dalam banyak-banyak client aunty, Aireen lah salah seorang yang ikut je apa aunty buat. Tak kisah macam mana sekalipun rupa, terima je." Farra gelak perlahan.
Mana tidaknya, sewaktu dia siapkan Aireen untuk majlis sesi pagi tadi pun gadis itu diam dan hanya mengiyakan sahaja apa yang dia lakukan. Langsung tidak ada sebarang bantahan.
"Sebab Aireen tak tahu sangat semua ni, jadi Aireen serahkan semua dekat aunty je." Aireen sengih.
Dia memang tidak tahu apa-apa berkaitan solekan. Skincare pun dia tahu kerana diajar oleh Aurora. Kalau tidak mungkin dia hanya mencuci muka dengan air biasa saja.
"And...done!" Ujar Farra teruja. Dia merenung lama Aireen di hadapannya dengan senyuman manis.
"Aunty puas hati tengok hasil tangan aunty kalini. Sebab orangnya pun cantik sangat!"
"Terima kasih aunty." Ujar Aireen lembut. Suka melihat dirinya tika itu. Tampak lain dari biasa.
"Bertuah Andika ada bidadari macam kamu."
"Aireen nervous lah. Macam ramai je orang kat dalam." Bisik Aireen. Kuat tangan menggenggam tangan Andika.
"Jangan risau okay. Semua dekat dalam tu saudara dan kenalan papa, mama dan abang je."
"Malu." Ujar Aireen membuatkan Andika tertawa perlahan.
"Abang ada. Jangan takut okay." Aireen angguk perlahan.
Tangan yang tadi menggenggam tangan Andika dilepaskan sebelum dia merangkuk lengan suaminya atas arahan jurugambar.
"Pengantin ready." Andika mengangguk faham. Dia pandang Aireen dengan senyuman manis.
"Baca Bismillah dan selawat. Nanti hilang lah nervous tu." Bisik Andika sebelum mencium sekilas sisi kepala Aireen. Usai itu terus kepala mereka berpusing menghadap kehadapan.
Pintu dewan itu terbuka dari dalam. Perlahan-lahan Andika dan Aireen berjalan masuk diiringi lagu 'For The Rest Of My Life' yang dinyanyikan oleh Maher Zain.
Tidak lekang senyuman manis dari pasangan itu buat tetamu yang hadir. Andika menoleh sedikit memandang Aireen disebelah.
"Abang suka lagu ni." Andika bersuara tiba-tiba. Dia merenung sekejap Aireen sebelum kembali memandang ke arah tetamu mereka.
"Hm? Kenapa?" Soal Aireen. Dia diam menunggu jawapan dari Andika, namun lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Kaki melangkah sehinga kedua-dua mereka akhirnya tiba di hadapan pelamin.
Andika memegang kemas tangan Aireen, membantu isterinya menaiki tangga dengan berhati-hati. Mereka sempat tersenyum sebelum duduk di atas pelamin yang sudah dihias cantik hasil tangan Farra.
"Abang tak jawab lagi soalan Aireen." Ujar Aireen bernada merajuk, namun senyuman langsung tidak pudar di bibirnya.
"Cuba Aireen dengar betul-betul lagu tu." Bisik Andika. Dia merenung dalam wajah Aireen membuatkan pipi gadis itu terus bertukar merah.
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there's a couple of words I want to say.Andika senyum melihat Aireen yang fokus mendengar bait-bait lagu itu.
"Aireen buka hati abang untuk menyayangi perempuan lain selain mama dan kakak-kakak abang." Terang Andika lembut.
"Selama ni abang ingat cinta tu hanya benda yang biasa. Yang langsung tak penting dalam hidup abang."
"Tapi semua tu berubah lepas abang jumpa Aireen. Aireen ajar dan buatkan abang faham apa erti cinta yang sebenarnya." Sambung Andika lagi. Lama dia memandang wajah Aireen yang seperti tergamam mendengar ayatnya.
For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you.For the rest of my life, through days and nights
I've thanked Allah for opening my eyes
Now and forever I, I'll be there for you
I know it deep in my heart."Dan lagu ni juga dah terangkan semuanya tentang isi hati abang untuk Aireen. Jujur abang rasa bersyukur sangat sebab dipertemukan dan dijodohkan dengan bidadari cantik abang ni."
"Abang akan sentiasa ada untuk Aireen tak kira susah atau senang. Abang sayang isteri abang, forever." Aireen angguk laju.
Sesungguhnya dia agak tersentuh dengan luahan suaminya itu. Kalau tiada tetamu di hadapan mereka tika itu, mungkin dia sudah teruk menangis kerana terharu dengan ayat suaminya itu.
"InsyaAllah cinta abang untuk Aireen kekal sampai akhir hayat abang. Dan abang harap cinta kita sampai syurga." Ujar Andika lembut. Tangan menggenggam erat tangan Aireen.
"Aireen pun mengharapkan benda yang sama."
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...