AIREEN ANDIKA | 26

340 21 2
                                    

"Papa, Aireen mana?" Soal Andika sebaik sahaja tiba di hospital. Wajah ayahmya ditatap dengan tatapan penuh kerisauan.

Dapat sahaja panggilan dari Puan Mariam berkaitan isterinya tadi, terus dia memecut dari office ke hospital.

"Aireen dekat dalam dengan mama. Pergi lah masuk tengok." Ujar Encik Affan tenang. Jari menunding ke arah pintu ward yang menempatkan Aireen.

"Andika masuk dulu ya, pa." Pinta Andika sebelum berlalu masuk ke dalam ward meninggalkan Encik Affan di kerusi menunggu seorang diri.

"Sayang." Laju kaki melangkah mendekati Aireen yang bersandar di kepala katil. Pipi Aireen ditekup lembut dengan dua belah tangannya. Wajah pucat itu ditatap penuh risau.

"Mama keluar dulu. Kamu tengok-tengokkan dulu isteri kamu ni." Puan Mariam terus sahaja bangun dari duduk sebelum bergerak keluar meninggalkan pasangan itu.

Hilang sahaja kelibat milik Puan Mariam, terus tumpuan milik Andika tertumpu seratus peratus terhadap Aireen.

"Sayang kenapa ni hm?"

"Aireen cuma rasa tak sedap badan je abang. Abang jangan risau." Andika menggeleng tidak suka. Dahi gadis itu dijentik perlahan.

"Abang.." Rengek suara itu tidak suka.

"Jangan risau? Hei, suami mana tak risau kalau tengah buat kerja tiba-tiba dapat panggilan isteri dia masuk hospital hm?" Marah Andika namun dengan nada lembut. Mata memandang serious wajah isterinya dihadapan.

"Doktor cakap Aireen okay lah. Ini pun dia tambah air dalam badan sebab Aireen lemah sangat." Bebel Aireen kembali.

Tidak suka pula dia mendengar bebelan Andika itu. Sikit-sikit nak marah orang tua ni. Santai sudah lah.

"Budak ni kan, ada je dia nak balas." Pipi merah Aireen dicubit perlahan. Dia yang tadi duduk di atas kerusi terus bertukar ke atas katil.

Badan kecil itu ditarik sedikit supaya dekat dengannya sebelum bahu Aireen dipeluk.

"Abang betul-betul risau tau." Aireen senyum nipis. Pinggang Andika dipeluk erat dengan kepala disandarkan di dada lelaki itu.

"Aireen tak apa-apa. Promise." Dahi Aireen dicium sekilas.

"Good to hear that."

"Cantiknya bidadari Raden Andika ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantiknya bidadari Raden Andika ni." Puji Andika seraya melingkarkan tangannya di pinggang ramping Aireen.

Dagu diletakkan di atas bahu Aireen. Mata pula memandang lama wajah manis itu di dalam cermin. Sangan cantik dan berseri-seri.

"Pucat macam ni pun dia cakap cantik." Balas Aireen. Wajah pucatnya ditatap tidak suka. Nampak seperti orang sakit.

Dia baru sahaja keluar dari hospital dua hari lepas, namun keadaannya masih tidak baik. Kini dia sedang bersiap untuk ke majlis perkahwinan Amanda.

"Nak buat macam mana, isteri abang ni memang cantik. Natural beauty with no makeup. Terlalu cantik sampai abang tak nak bagi lelaki lain tengok isteri abang ni." Balas Andika penuh semangat.

"Bukan main memuji ya." Aireen tergelak perlahan. Tangan Andika di perutnya diusap lembut. Kepala pula disandarkan pada bahu Andika.

"Sayang betul-betul larat ke nak pergi majlis Amanda ni hm?" Soal Andika. Lama Aireen merenung wajah suaminya sebelum mengangguk.

"Aireen larat. Kalau tak larat pun Aireen tak risau sebab Aireen tahu abang ada dengan Aireen." Jawab Aireen bersahaja membuatkan Andika mencubit manja pipinya.

"Amboi jawapan dia." Giliran hidung Aireen pula ditarik akibat terlalu geram. Gadis itu pula hanya tergelak sahaja di situ.

"Dah, jom gerak. Papa dengan mama pun tadi dah chat abang kata dah gerak ke sana." Pelukan dileraikan. Tangan kecil Aireen dicapai lalu digenggam kemas.

"Selamat pengantin baru, Amanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pengantin baru, Amanda." Ucap Aireen ramah. Tangan dihulurkan pada sepupu suaminya dan disambut mesra oleh Amanda.

"Thank you Aireen." Amanda senyum manis. Badan kecil Aireen ditarik masuk kedalam pelukannya.

Andika disebelah memandang pelik tingkah laku sepupunya itu. Namun bibir tetap mengukirkan senyuman.

Wajah suami kepada Amanda ditatap sekejap sebelum tangan milik lelaki itu disalam.

"Congrats bro." Ujar Andika dan mendapat anggukan sahaja dari lelaki itu. Mata memandang dua gadis yang masih berpelukan itu.

"Amanda minta maaf sangat-sangat dekat Aireen. Amanda banyak salah dengan Aireen." Bisik Amanda. Badan kecil itu diusap lembut.

"Aireen dah maafka semua. Benda dah lepas Amanda, biar lah semua tu berlalu." Balas Aireen lembut. Bahu Amanda diusap.

Bibir mengukir senyuman tanda dia sudah melupakan semua benda itu.

"Aireen doakan Amanda dan Jefri bahagia sampai syurga."

"Amanda pun doakan Aireen dan abang Andika bahagia juga." Amanda berkata lembut. Dia menoleh memandang Andika di sebelah.

"Jaga Aireen elok-elok. Abang bertuah dapat isteri yang baik macam dia." Pesan Amanda. Andika senyum senget sebelum angguk.

"Ya, aku bertuah sangat dapat isteri macam Aireen. Insya Allah aku jaga dia macam aku jaga nyawa aku sendiri." Balas Andika santai. Tangan Aireen digenggam kemas dengan mata merenung lama wajah cantik itu.

"Eh jemput lah makan. Tu ayahngah, makngah dengan yang lain pun dah ada." Ujar Amanda selepas lama mereka berbual di situ. Meja yang dipenuhi dengan keluarga Andika ditunjuk olehnya.

"Iyalah. Kami minta diri dulu. Sekali lagi, selamat pengantin baru."

"Terima kasih abang Andika, Aireen."

"Jom sayang."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now