AIREEN ANDIKA | 14

379 20 3
                                    

"Ayah, ibu ada! Aireen ingat ayah dengan ibu tak datang tadi." Ujar Aireen ramah selepas melihat kedua ibu bapanya yang seperti ingin beredar.

"Jangan nak perasan sangat. Aku datang sini pun sebab terpaksa." Hilang terus senyuman gadis itu selepas mendengar jawapan dari Puan Amina.

Tangan yang tadinya diangkat ingin bersalam terus dijatuhkan ke sisi kembali. Senyuman kelat terbit pada wajahnya.

"Aku datang sini bukan sebab nak tengok majlis kau. Aku datang nak minta duit." Kasar suara Encik Sufian berkata. Sesekali kepala melilar ke sekeliling, tidak mahu ada yang melihatnya.

"Aireen tak ada duit, ayah."

"Kahwin dengan orang kaya, buat majlis pun bukan main mewah. Takkan tak ada langsung." Balas Puan Amina datar. Langsung tidak percaya akan gadis itu.

"Aireen memang tak ada duit. Yang kaya tu abang Andika dengan keluarga dia. Bukan Aireen." Bersungguh Aireen berkata.

Agak kecewa dengan kedua ibu bapanya itu. Dia fikirkan mereka datang untuk dia malah kerana duit.

"Jangan nak kedekut lah Aireen. Kau ingat sikit dah banyak duit aku kau habiskan dulu. Jangan ingat kau dah masuk keluarga orang kaya, kau boleh jadi sombong dengan aku!"

Keras suara Encik Sufian menggertak Aireen. Tangan kecil Aireen turut dicengkam kuat membuatkan gadis itu mendesis sakit.

"Ayah sakit."

"Ayah nak apa lagi ni?" Soal Andika yang baru sahaja tiba di tempat tiga sekeluarga itu. Tangan milik Encik Sufian ditepis kasar sebelum dia menarik Aireen ke sebelahnya.

"Baguslah kau ada dekat sini. Daripada aku minta dengan budak tak guna ni, baik aku minta dengan kau, kan." Encik Sufian tergelak perlahan. Dia memandang lama wajah kacak Andika.

"Aku nak duit." Terlepas tawa halus milik Andika. Dia menatap lama wajah dua orang didepannya itu dengan padangan tajam.

"Haritu saya dah bagi duit kan untuk ayah? Banyak lagi tu. Kalau ikut pengiraan saya, duit tu boleh bertahan lebih dari sebulan. Takkan dah habis kut?"

Aireen pantas memandang Andika dengan dahi berkerut. Sedikit terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Setakat seratus ribu tu, apa lah sangat. Lagipun kau tu kaya, takkan kau nak bayar anak aku dengan harga tu je?" Terlepas satu carutan kecil dari bibir Andika. Dia memandang tajam wajah bapa mertuanya.

"So sekarang ayah nak cakap ayah jual Aireen ke?" Tanya Andika dengan suara menahan geram. Tidak menyangka sungguh teruk perangai lelaki tua dihadapannya itu.

Encik Sufian tergelak sebelum mengangguk. Dia menjeling sekilas Aireen yang sudah menunduk di sebelah Andika.

"Kalau ya pun, kenapa?"

"Kau patut bersyukur tau aku jual dia dekat kau. Hei ramai lagi orang nak budak ni. Tengok badan lah. Aku tengok pun terliur." Tambah Encik Sufian membuatkan Andika laju menerpa kearahnya.

"Kurang ajar!"

"Abang!" Aireen laju menarik lengan Andika. Kepala digeleng perlahan. Dia agak terasa dengan ayat ayahnya itu, namun dia tidak mahu Andika buat hal di situ. Sudah lah tetamu masih ramai.

"Macam ni lah. Aku akan bagi duit, berapa je kau nak. Tapi dengan syarat, kau jangan kacau Aireen lagi." Ujar Andika. Wajah cengkung lelaki tua itu direnung.

"Lagipun bukan kau sendiri cakap yang kau dah tak anggap dia sebagai anak. Siap haramkan lagi dia jejak kaki dekat rumah kau. Jadi buat apa lagi kau nak terhegeh-hegeh minta duit pada orang yang kau dah buang? Takkan lah nak tebalkan muka mengaku anak sebab duit." Sindir Andika sinis.

Dia nampak wajah dua orang di hadapannya itu berubah, namun apa dia kisah. Siapa suruh mereka kurang ajar dengannya.

"Aireen, isteri aku. Tanggungjawab aku dan hak milik aku. Dan aku tak akan biarkan orang macam kau ni sakiti dia lagi, tak kisah lah siapa sekali pun kau."

"Ingat, kau cari pasal dengan aku, kau yang nahas. Lagipun bukan aku tak tahu kau nak buat apa dengan duit tu." Bisik Andika keras pada telinga Encik Sufian.

Sempat dia menjeling Puan Amina yang hanya diam disebelah lelaki tua itu sebelum menarik Aireen pergi dari situ.

Sempat dia menjeling Puan Amina yang hanya diam disebelah lelaki tua itu sebelum menarik Aireen pergi dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang ada bagi duit dekat ayah sebelum ni?" Soal Aireen. Dia dan Andika kini sudah berada di dalam bilik tidur mereka.

Andika angguk menjawab soalan Aireen. Dia membuka bajunya sebelum disangkut pada sofa. Kaki melangkah mendekati Aireen yang duduk di katil.

"Abang bagi waktu kita pergi rumah diorang haritu."

"Seratus ribu?" Andika angguk lagi membuatkan Aireen mengeluh lemah.

"Kenapa sayang?" Soal Andika tidak faham. Dari wajahnya sahaja, Andika tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa abang tak bagitahu Aireen pasal ni. Seratus ribu tu banyak abang." Ujar Aireen lembut.

Andika di sebelah tersenyum sahaja. Dia tahu Aireen sedang marah, tapi gadis itu masih menahannya.

"Abang minta maaf sebab tak bagitahu Aireen. Tapi abang bagi tu ikhlas sebagai seorang menantu kepada mertua." Aireen angguk tanda mengerti. Dia menatap mata Andika lama.

"Aireen kenal ayah macam mana. Kalau sekali abang dah bagi duit dekat dia, dia akan sentiasa minta." Adu Aireen perlahan. Tambahan pula jumlah yang diberikan itu besar. Lagi lah ayahnya itu suka.

"Aireen bukan nak halang abang bagi duit dekat diorang. Tapi Aireen cuma takut. Aireen takut ayah makin kerap beli benda tu bila dia ada duit banyak."

Andika menarik badan Aireen rapat dengannya. Sisi kepala gadis itu dicium lama sebelum dia memeluk badan kecil itu.

"Kita doakan yang baik-baik je lah sayang. Harap ibu dan ayah berubah." Ucap Andika lembut.

"Satu lagi, abang nak minta maaf sebab kurang ajar dengan ayah Aireen tadi." Aireen geleng tanda tidak mengapa. Lagipun kalau dia di tempat Andika, pasti dia akan buat perkara yang sama.

"Tak apa. Aireen faham. Abang buat macam tu sebab abang sayang Aireen kan." Seloroh Aireen dengan tawa kecil nya. Kepala didongak memandang Andika yang tersenyum.

Andika menundukkan sedikit kepalanya sebelum bibir merah asli Aireen dikucup lembut olehnya. Ciuman dilepaskan lalu tangan kasarnya naik merangkul pinggang gadis itu.

"Sayang sangat-sangat, sampai abang rasa macam tak nak lepas je budak kecil ni." Bisik Andika lembut. Semakin erat rangkulannya pada pinggang Aireen membuatkan isterinya itu tergelak.

"Eee gatalnya suami Aireen ni."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now