Aireen berhenti di tangga yang terakhir. Andika yang duduk di sofa dipandang dari belakang. Dari tadi dia menunggu lelaki itu di bilik namun tidak juga lelaki itu masuk.
Kaki melangkah perlahan-lahan mendekati Andika. Mata jelas melihat kertas-kertas kerja milik suaminya itu bersepah di atas meja.
"Abang lukis pelan ke?" Soal Aireen sebaik sahaja dia berdiri di sebelah meja yang tersedia di ruang tamu.
Beberapa lukisan hiasan halaman serta hiasan dalaman rumah yang dilukis oleh Andika dilihat satu persatu.
"Haah. Sebab esok dah kena submit. Papa nak tengok before proceed dekat customer." Andika meletakkan pensil sebelum belakang disandarkan pada sofa. Wajah diraup kasar.
"Kenapa turun ni? Abang ingat Aireen dah tidur." Tangan menggamit Aireen agar duduk di sebelahnya. Kepala diletakkan di atas bahu Aireen dengan tangan merangkul erat pinggang isterinya.
"Aireen tunggu abang, tapi tak masuk juga bilik. Itu yang Aireen turun." Adu Aireen. Tangan mengusap pipi Andika di sebelahnya. Tampak wajah penat lelaki itu.
Penat ingin menyiapkan lukisan-lukisan itu. Tambahan pula lukisan itu semestinya perlu kelihatan kemas. Bukan mudah untuk menyiapkan semua itu dalam masa sekejap.
"Sorry sayang. Abang nak siapkan kerja dulu." Aireen angguk tanda faham. Dia menggenggam pula tangan besar Andika. Bibir tersenyum melihat perbezaan saiz tangan mereka.
"Abang nak air apa-apa tak? Aireen boleh buatkan."
"Nak." Pendek jawapan Andika. Pinggang ramping Aireen dipeluk kemas.
"Air apa?"
"Nak I love you." Bisik Andika perlahan membuatkan pipi gadis kesayangannya itu bertukar merah. Tangan kecil itu laju memukul paha Andika tatkala lelaki itu ketawa.
"Abang ni. Betul-betul lah." Rengek Aireen tidak puas hati. Tangan Andika yang tadi berada di pinggangnya ditolak geram. Merajuk karang.
"Hehe sorry sayang." Ujar Andika dengan sisa tawanya. Badan Aireen kembali ditarik merapatinya.
"Buat lah air apa pun. Tapi tak nak coffee. Abang takut tak tidur malam ni." Aireen patuh sahaja arahan Andika. Dia mula bangun sebelum bergerak ke dapur.
Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, gadis itu keluar bersama dua cawan ditangannya.
"Nah. Hot chocolate special untuk suami kesayangan Aireen." Andika ketawa perlahan. Cawan yang dihulur Aireen diambil lalu air itu dihirup perlahan.
"Thank you sayang."
"Banyak lagi ke kerja abang yang tak siap?" Aireen memanjangkan leher ingin melihat lukisan suaminya.
"Sikit je lagi. Kalau sayang nak naik tidur dulu, pergi lah. Tak payah tunggu abang." Lembut suara Andika mengarah. Gelas kaca tadi diletakkan di atas meja.
"Aireen nak teman abang dekat sini." Balas Aireen. Duduk dibetulkan lalu belakang bersandar pada sofa. Dia hanya memerhati sahaja Andika yang sibuk menyiapkan tugasnya.
Lama keadaan menjadi sunyi, Andika mengambil keputusan untuk berpaling menghadap Aireen. Tawa halus milik lelaki itu terlepas perlahan tatkala melihat Aireen yang sudah lena di sebelahnya.
"Nak teman abang konon." Bisik Andika perlahan. Kepala Aireen diusap sayang. Bibir mengukir senyuman nipis apabila terpandang parut kecil di dahi gadis itu.
"Comelnya isteri abang." Jujur Andika. Entah kenapa matanya seperti tidak boleh lari dari memandang Aireen.
Wajah polos itu sangat menenangkan dirinya. Entah bagaimana masih ada orang membenci gadis kecil itu sedangkan baginya gadis itu sangat tenang untuknya.
Tanpa membuang masa, terus alatan yang bersepah di atas meja dikemaskan. Sempat dia mencium dahi Aireen lembut sebelum badan gadis itu didukung dengan penuh berhati-hati.
"Abang sentiasa sayangkan Aireen."
"Abang. Saya nak tanya sikit ni." Puan Mariam meletakkan secawan kopi di atas meja sebelum melabuhkan duduk di sebelah Encik Affan.
"Kenapa?"
"Abang perasan tak, ibu ayah Aireen tu dah tak datang sini." Soal Puan Mariam membuatkan suaminya mengangguk perlahan.
Selepas ditanya oleh lelaki itu barulah sia perasan, sudah lama dia tidak nampak kelibat Encik Sufian dan Puan Amina.
Dulu, kalau boleh setiap hari datang ke rumahnya dengan alasan ingin berjumpa Aireen.
"Mungkin sebab kejadian haritu buatkan diorang takut nak datang. Lagipun Andika ada cakap kan dia nak buat report pasal tu." Ujar Encik Affan, menjawab soalan isterinya itu.
"Abang rasa diorang bersembunyi ke?"
"Abang pun tak pasti. Tapi abang tahu buat masa sekarang diorang tak akan tunjukkan muka depan kita." Puan Mariam angguk tanda faham.
Dia yakin pasangan itu sudah tidak berani untuk muncul di depan mereka. Tambahan lagi Andika pernah mengugut mereka untuk membuat laporan polis berkaitan apa yang telah mereka lakukan terhadap Aireen.
"Tapi Yam tahu Andika tu cakap je nak buat report, tapi tak buat pun. Tu keluarga mertua dia, tak mungkin dia nak buat macam tu."
"Awak pun tahu anak bongsu kita tu macam mana kan." Encik Affan tergelak perlahan.
Raden Andika itu biasanya mulut je lebih tapi dia tidak akan melakukan apa yang dia katakan lagi-lagi benda itu melibatkan keluarga.
Melainkan orang itu betul-betul menguji kesabarannya.
"Sekarang kita mampu doakan aje untuk diorang. Harap diorang tu berubah dan insaf." Kata Encik Affan lembut.
"Betul tu. Yam kesian dekat Aireen. Dah banyak benda dia lalui. Dah lama mental dia terluka sebab ibu ayah dia tu."
"Tapi Yam yakin walau macam mana sekalipun diorang layan Aireen, Aireen tetap sayang diorang sebagai ibu bapa." Tambah Puan Mariam lagi.
Walaupun baru beberapa bulan dia mengenaki Aireen, namun dia tahu gadis itu mempunyai hati yang baik.
"Macam macam sekali pun, diorang tetap mak ayah Aireen kan."
"Doakan yang baik-baik. Abang tak harapkan apa, cuma harapkan anak menantu kita tu bahagia, itu pun dah cukup."
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...