AIREEN ANDIKA | 12

448 26 4
                                    

Andika menarik tangan halus Aireen mengikutinya masuk ke dalam dewan. Ternganga luas mulut gadis itu tatkala melihat hiasan dewan yang cantik itu.

"Tutup mulut sayang." Aireen sengih sebelum segera menutup mulutnya. Kaki melangkah mengikuti Andika menuju ke arah Encik Affan dan Puan Mariam.

"Assalamualaikum papa, mama." Sapa Andika. Tangan tua kedua orang tuanya disalam diikuti Aireen.

"Waalaikumussalam. Cepatnya sampai. Bukan tadi baru call ke?" Soal Puan Mariam pelik. Baru tadi Andika menelefon dirinya kerana ingin bertanyakan keberadaan dia dan suami.

"Kitorang tadi makan dekat-dekat sini je. Lepas mama cakap ada dekat dewan, itu yang Andika ajak Aireen datang." Terang Andika. Kepala menoleh memandang Aireen yang masih menatap takjub dewan itu.

"Aireen, suka tak?" Aireen pusing pandang Puan Mariam. Laju kepala angguk dengan senyuman teruja.

"Suka. Cantik sangat mama!" Kata Aireen.

Pandangan beralih pula pada dua buah pelamin. Satu pelamin kecil di sebelah kanan dewan, dan satu lagi pelamin yang mewah berada di tengah.

"Tapi kenapa ada dua pelamin?" Andika di sebelah hanya senyum. Kepala digeleng sedikit kepada ibunya.

"Itu yang memang dah tersedia dekat sini, yang tu yang kita punya."

"Tapi yang tu pun cantik." Ujar Aireen perlahan. Andika di sebelah sudah mengemam bibirnya menahan ketawa. Comel aje muka isterinya itu.

"Ni, tadi aunty Farra pergi rumah hantarkan baju. Aurora kata dia letak dalam bilik kamu. Balik nanti cuba tau." Kedua mereka hanya mengangguk mengiyakan.

"Andika, pergi bawa Aireen pusing-pusing dewan. Tengok decoration. Puas hati tak." Arah Encik Affan pada anaknya. Bukan dia tidak perasan yang Aireen dari tadi terpusing-pusing memandang sekeliling dewan besar itu.

"Jom sayang."

"Aireen nak tengok pelamin tu dulu boleh?" Pinta Aireen. Andika tanpa berkata terus menarik tangan itu ke arah tengah dewan.

"Cantiknya abang!" Jerit Aireen perlahan. Tangan kecilnya menggoyang perlahan tangan Andika. Teruja selepas melihat pelamin itu dari jarak dekat.

"Tak sabar abang nak tengok bidadari cantik abang duduk sini nanti." Bisik Andika. Tangan Aireen ditarik pula ke arah satu meja dimana makanan untuk tetamu akan dihidang.

"Aireen tak layak lah nak dipanggil bidadari." Gumam Aireen. Meja bulat yang sudah dihias cantik disentuh.

"Siapa cakap?"

"Aireen lah." Balas Aireen. Muka polosnya memandang suaminya. Andika menggeleng, badan dirapatkan dengan Aireen, kepala lelaki itu menunduk memandang gadis kecil itu.

"Tapi bagi abang, Aireen bidadari abang. Bidadari cantik kiriman terindah dari Allah SWT untuk abang." Luah Andika dengan suara yang cukup lembut dan memikat.

Aireen didepan sudah tersenyum suka. Dada lelaki itu ditolak lembut.

"Ee mulut manis betul dia ni." Ujar Aireen sebelum laju kaki melangkah meninggalkan Andika. Malu apabila mendengar tutur kata suaminya tadi.

"Comel je budak kecil ni malu." Bisik Andika. Senyuman langsung tidak hilang dari wajah. Suka apabila dapat melihat wajah merah Aireen.

"Macam mana abang tak jatuh cinta kalau macam ni perangai Aireen."

"Ni baju apa?" Soal Aireen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni baju apa?" Soal Aireen. Tangan membelek baju kurung moden yang berwarna putih itu sebelum memandang Andika.

"Ni baju sanding." Ujar Andika pendek. Sepasang baju songket klasik berwarna biru gelap diangkat. Aireen menggeleng. Bukan itu jawapan yang dia nak.

"Aireen tahu yang itu. Aireen tanya yang ini lah abang." Ujar Aireen tidak puas hati. Dia meletakkan kembali baju itu ke atas katil.

"Aunty Farra salah hantar ke?" Soal Aireen lagi. Dia kembali memandang Andika apabila lelaki itu menghulurkan kedua-dua pasang baju tadi kepadanya.

"Nah pergi cuba. Abang nak tengok."

"Tapi ni?"

"Ni baju kita juga, sayang. Nanti abang terangkan okay. Dah pergi tukar sana. Ke Aireen nak tukar depan abang?" Tanya Andika nakal. Terangkat-angkat kening melihat Aireen.

Aireen mencebik. Gatal betul lelaki dihadapannya itu. Tangan pantas mengambil dua pasang baju tadi. Laju kaki melangkah ke arah tandas.

Karang Andika suruh tukar depan dia, memang naya Aireen nanti.

Dalam beberapa minit Aireen berada di dalam tandas, akhirnya pintu tandas itu dibuka, namun hanya kepalanya sahaja yang keluar dari tandas.

Andika yang berada di hadapan cermin meja solek dipandang sekejap sebelum perlahan-lahan dia berjalan mendekati lelaki itu.

"Abang." Andika berpusing memandang Aireen. Kening terjungkit seolah menyuruh gadis itu meneruskan percakapannya.

"Tolong zip kan. Aireen tak sampai." Aireen sengih. Tangan langsung tidak lepas dari memegang bajunya dari depan. Risau kalau-kalau melorot jatuh. Tak pasal-pasal Andika dapat freeshow nanti.

"Come." Bahu Aireen dipegang lalu dipusing agar membelakanginya. Terus dia menarik zip baju itu keatas. Usai dia zip kan baju itu, dia kembali memusingkan badan Aireen menghadapnya.

"Cantik." Ujar Andika perlahan. Dia membetulkan sedikit baju yang tersarung di badan Aireen.

"Abang pun nampak handsome." Puji Aireen pula. Dia memandang Andika dari atas kebawah. Baru cuba baju pun dah nampak handsome, ini kalau dia bersiap betul-betul mahu pengsan Aireen.

"Cuba pandang cermin." Arah Andika sebelum kedua mereka mula pusing menghadap cermin. Bahu Aireen dirangkul.

"Eee cantiknya." Kata Aireen teruja. Kedua tangan naik memeluk pinggang Andika. Dagu pula disangkut pada dada lelaki itu membuatkan Andika terus menunduk memandangnya.

"Aireen tak sabar lah nak tunggu hari tu." Kata Aireen dengan senyuman.

"Abang pun tak sabar." Pipi Aireen dicubit manja. Satu ciuman dilabuhkan pada dahi putih itu.

"Dah, pergi cuba baju kurung putih tu pula."

"Kenapa kena ada sampai dua baju abang? Tu baju untuk apa?" Pinggang Andika dilepaskan. Baju melayu putih milik Andika dipandang sekejap.

"Untuk kenangan." Ujar Andika membuatkan dahi Aireen berkerut tidak faham.

"Huh?"

"Kalau orang lain kahwin kan ada sesi batalkan wuduk. Abang pun nak juga kita merasa yang tu." Terang Andika lembut. Rambut panjang Aireen yang menutupi wajah diselitkan ke belakang telinga.

"Abang nak juga sarungkan cincin dekat cari comel ni. Dan abang tahu Aireen pun mesti nak merasa semua tu."

"Sekurang-kurangnya kita ada juga memori indah untuk tunjuk dekat anak-anak kita nanti." Aireen senyum. Kepala diangguk tanda faham.

"Terima kasih abang sebab bagi Aireen rasakan semua tu." Ujar Aireen. Kaki dijinjingkan sedikit agar menyamai paras mukanya dengan Andika sebelum pipi milik lelaki itu dicium lama olehnya.

"Anything for you, sayang. Asalkan isteri abang happy."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Cinta Kiriman Tuhan Where stories live. Discover now